welcome

Wednesday, February 25

Semi final.

Salam satu hati satu suara, dengar tu je lah kot malam nie, hmm sedih, takdak mood n dah lahh, mmg org akan fokus krpada yg lain,
Esok quiz, doakan km.

Bahas masuk semi je, alhamdulillah, tu lah pengalaman, n alhamdulillah dan inshaAllah, kita kena lebihkan byk fikir tentang masalah ummah keLak haha.

Wishlist tercapai dgn mencabar diri ckp kat depan org ramai, pastu berdebat pulak, fuhhhh. Moga aku kuat. InshaAllah, 
Jom study n nnt tido, 
Rindu mak, selamat malam.
Doakan saya.

Tuesday, February 24

Debat, bahas

Un expected events which i joined n participated , fuhhh.
For a long time im not in this arena, i had do the longggg com back babe. Haha bajet artis, haha
Then, lose for first time, then today, very short time, alhamdulillah, we won 2 games, n last games, me as the best speaker, alhamdulillah,.
May Allah ease our way, 
Fighting halia. 
Keep faith.
Keep fighting.

Monday, February 23

Kisah winter break 15 - finale -

Hari terakhir, dah dalam flight dah nk ke frankfrut dan seterusnya ke cairo. Huhu sedihhnya taknak balik, sobson, jatuh cint dengan keindahan alam ciptaan dunia yg Allah ciptakan utk manusia. SubhanAllah,
Okayy jom i cerita pasal smlm, okay smlm lepas makan, km keluar ke Camp Nou Stadium, iaitu stadium rasmi Baecelona Fc. Perghh, i takpernah pun amik tahu pasal barcelona tp tau messi n neymar je, tu pun tau nama je lah, hahabaca info, masuk stadium, tangkap gambar n buat macam2 lagi.pastu, km naik bas terus ke Montjuic Aragon di puncak bukit barcelona. Hebat, tapi tak masuk pun, hoho, naik bas sampai punjak, time kerajaan aragon depa tawan bukit ini, bukit ini sangat strategik dan menjadi kubu pertahanan mereka dari darat dan laut, dari laut boleh tgk laut meditereanian dan dari darat boleh tgk seluruh lembah barcelona dan city nya yg cantik. Kemudian km turun ke bawah dgn cable car, pergh terserlah kegayatan aku, hoho subhanAllah lagi sekali, sangat cantik, bumi yang Allah anugerahkan utk mereka. Dan km seterusnya ke masjid utk solat dan membeli belah utk masak2 malam nnt, kemudian pergi jalan2 sampai pukul 8, yeayy dah pandai guna public transport sini seronok, haha public transpot depa sangatlah smooth dan cekap. Moga Malaysia juga begitu kelak, inshaAllah.  Pastu balik dan masak, makan, dan ada sedikit muhasabah dari ustaz dan cadangan serta komen km, balik kemas beg dan siap barang utk berangkat esok seawal 5 pg. Ustaz dah ke airport dulu sbb flight dia pukul 8 dan km pukul 9, maka dua org doktor yg baru grad ini bersama km ke irport, best gak cari jalan sendiri, hehe skrg dah dalam flight, moga perjalanan ini selamat dan sejahtera. Moga ibrah Andalusi juga tersemat di hati dan sentiasa bangunkan diri menuju Maradhatillah. InshaAllah.
Tamat sudah penggembaraan sembilan orang pengembara cilik. Jumpa lagi pada winter break dan cuti akan datang, inshaAllah . Stay tuned!
Doakan km!

Adios Espanya.
Adios barcelona,
Selamat tinggal winterbreak 2015!
Will miss u❤️

Kisah winter hreak 14

Semalam after 4 jam dah sampai barcelona, skrg dekat stadium rasmi barcelona fc! Yeayy dah masuk dah keluar dah pun, happy dan seronok sgt, walaupun tak minat bola tapi setia langkah tu patut dihayati dan dibaca, baru berbaloi 17 euro masuk, ada gambar jual tp tak amik pun, hehe 
Skrg tgh rehat, dan ada sambungan lagi lah, sabar yaa, sambungan cerita akan bersambung, hehe jom makAn dulu.

Sunday, February 22

Kisah winter break 13

Sampai je station bas Valencia nie, fuh naik bas  9 jam kot, haha kalo kat msia tu mcm dari alor star ke kuantan pahang lah, pernah naik masa persediaan di ikip dulu. Hehe
Sampai je km bersihkan diri dan ambil wudhu utk solat nnt, dan km terus bergerak ke La Cathedral Valencia dan kebetulan pada hari nie hari Ahad dan mereka telah membuat satu pertandingan persembahan tarian tempatan, best sgt, berbaloi naik bas jauh2 boleh tgk persembahan mereka. Kemudian ustaz tunjukkan di sebelah cathederal tu ada bangunan kerajaan, yang dahulunya adalah ostana dan telah diubah menjadi temoat pentadbiran dan ditukarkan masjid menjadi Cathederal. Kemudian km ke tores de tak ingat apa, kat situ ada jugak menara tinjauan pada satu ketika dahulu digunakan sebagai pintu masuk ke Kota Valencia, ada lgi tembok tapi ada kesannya saja. Kebanyakkan bandar besar adalah terdiri daripada sungai dan begitu jugak Valencia , tetapi air sungai telah disekat dan Jalan air sungai itu digunakan oleh pihak kerajaan dijadikan sebagai kawasan rekreaksi setempat sehinggalah sekarang, kerana di hilir sungai terdapat pelabuhan dan dibangunkan kawasan itu. Setelah itu, km pergi ke Masjid Valencia dan solat di situ, ada seorang muslim ini menjual buah buahan dan sayur sayuran di perkarangan masjid, maka km pun beli dan makan di situ, keudian pergi ke kedai makanan halal untuk beli lunch. Kemudian ke station bas balik untuk ke barcelona. 
Masa menunggu taxi, aten tahan teksi dan pemandu taxi tu perempuan, wahh seronok lah first time  naik teksi pemandu dia perempuan. Ustaz cabar k. Semua untuk bercakap dgn warga tempatan semasa nk tahan teksi nnt, haha mcm2. Sampai station bas dah pukul 3.30 so km ambil beg dan makan di situ, dan pukul 4 naik bas ke Barcelona, yakni deatinasi terakhir km sebelum pulang ke egypt lusa. Sedihnya nk tinggalkan spain. Huhu
Skrg agas bas , masih dalam perjalanan ke Barcelona, inshaAllah lagi 30 minit kan sampai. InshaAllah.
Ustaz cakap malam ini aktiviti bebas. So lapar. Nak makan maggi lah jap lg. hehe
Adios, nk tgk battle ship nie, hehe daaaa

Friday, February 20

Alhambra, kota kemegahan disebalik kemusnahan.

Alhambra kemegahan dan kehancuran.
Kenapa nama dia Alhambra? Dan siapa bina bangunan indah ini? Kenapa ia dibina? Wow banyaknya soalan! Ok kita jawab satu2 dehh.
Dinamakan Alhambra kerana bangunan nya berwarna merah, dalam bahasa arab, ahmar kan merah, so dari situlah dia dapat nama. Okay bangunann ini dibina pada tahun 889 masihi oleh pemerintah Granada pada zaman itu. Arkitek Alhambra ini terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa, bersatu dan diupah oleh raja utk membangunkan Alhambra. Senibina yang halus lagi cantik dan sangat unik, penuh ciri2 keislaman dan dipenuhi dgn sistem teknologi yg canggih.
Yang popular di Alhambra adalah jam 12 singa dan dataran balai pengadapan yg jernih tu, unik kan? Ustaz dan mengisahkan ttg Granada yg dijatuhkan akibat perebutan kuasa. Kemudian dia telah diserahkan kepada kerajaan castel akibat desakan ke atas Alhambra. Maka penyerahan kunci berlaku pada 2 Januari. Sultan terakhir pada ketika itu ialah Abu Muhammad, dia telah membuat perjanjian dengan Raja fernadan pada ketika itu iaitu, ahli keluarga diraja sultan perlu keluar dari Alhambra dengan aman dan seluruh umat Islam di bawah pengaruh Granada bebas untuk mengamalkan  agama mereka. Pada ketika Abu Muhammand keluar dan dia berpaling semula ke Alhambra, dia menangis teresak-  esak dan ditegur oleh ibunya "usah kau menangis seperti seorang perempauan,kerana kau takpernah mempertahankan kota ini seperti seorang lelaki." Deep sungguh, dan quote ini sgt popular.
Kemudian diambil alih oleh castel dan berikutan dengan cerita ini, Cordova turut merasa tempiasnya. Peristiwa yg mana saya dah ceritakan sebelum ini, iaitu paderi di cordova meminta izin kepada king Fernandan nk ubah masjid, tetapi malangnya terikat dengan perjanjian, maka Raja Fernandan pun menyuruh paderi pergi menghantar surat kepada Paus di Rome. Maka diluluskan dan dibtalkan semua panjanjian, maka terjadilah pembatalan perjanjian dan masyarakat Islam diburu dan diberi pilihan sama ada ingin kekal Islam atau murtad. Masyarat islam yg kekal islam dihalau keluar dan mereka memlilih ke Maghribi dan yang kekal dalam negara berpura pura Islam dan wajib menggantungkan paha khinzir di rumah masing2 dan pintu rumah mereka tidak dibenarkn berselak supaya memudahkan mereka meronda dan melihat adakah mereka masih mengamalkan islam. Dan islam yg kekal hanya pada satu generasi sahaja kerana mereka yg dewasa takkan mengamalkan islam seperti solat di hadapan anak mereka, kerana mereka bimbang akan anak mereka akan memberitahu hal ini kepada orang lain. Ada satu perayaan itu, mereka mengajak org mourish (org islam yg telah murtad) ke majlis itu dan diasingkan serta diberi minum arak dan makan babi, sesiapa yang tak makan itu akan dibunuh segera itu jugak. Sedih kan? Dan kita dapat lihat banyak dah berita macam itu dekat negara seperti Rohingga dan tempat yg penduduk islamnya minoriti. Kemudian setelah mereka mengambil alih Granada, mereka telah membina satu Istana yg dibeli nama Istana Carlos V dan sebuah gereja yg besar untuk menggandingi Alhambra, tetapi istana yg dibina itu takpernah pun siap, kesian sihhm dan raja Carlos V itu tak pernah pun duduk situ, hoho kemudian ustaz bawa km ke atas kubu, dan ustaz suruh km bayangkan km nie as sultan Abu Muhamad yg terakhir, pandang ke arah tanah Granada nie, apa yg anda rasa? Anda telah mengecewakan ramai org dan Islam yg gah di sini telah jatuh disebabkan anda. Sedihh,,
Okay lepas tu, pusat pentadbiran castel berpindah dari Granada ke Teledo dan akhir ya ke Madrid. So Alhambra ditinggalkan sebegitu sahaja tanpa diusik pun oleh penduduk tempatan sehinggalah ada seorang penulis ini membuat tulisan tenatang Granada, yang menceritakan tentang Granada. Lalu ada seorang pembacanya, telah datang dan mencari dimanakah Alhambra, dan berita pencarian Alhambra diketahui oleh kerajaan spain apa ketika itu, maka kerajaan telah datang ke Alhambra dan menyelenggara Alhambra dan membangunkannya sehingga dijadikan tarikan pelancong sampai skrg. Semasa orang itu hendak datang dan melawat Alhambra, patung orang putih (kristian) telah dibuat dengan patung itu berdiri dan menembalikkan tiang yg bertulis "la ila ha ila Allah" dibawah, ini menunjukkan penghinaan ke atas Islam, dan patung itu diadabikan hingga sekarang, sedih. Dulu Slam yg gah telah dihancurkan sebegini rupa. Masyarakat islam ayuh bangkit dan bangunkan diri demi agama, ingat matlamat, dan menujulah kejayaan. 
Selepas tu, masa menurun bukit, ada seorang muslimin ini telah menyediakan perkhidmatan menulis Khat, aku pun ambil kesempatan untuk menulis nama aku di atas ketas itu. Cantik, Alhamdulilah, kemudian pergi solat dan kembali ke apartment untuk mengambil barang, dan bergegas ke station bas untujk mengambil bas ke Serre Neovada iaitu tempat orang main ski dan bersalji, km request kat ustaz, hehe Alhamdulillah ustaz bawa kami ke sana dan dapat buat snowman dan main salji, best! Hehe pastu ada ribut taktahan minum hot choc then sejuk lg, cari cafe yg bertutup pulak maka ke kafe lain dan order hot choc dan french fries, pastu ustaz dan boys datang join dan kawan2 yg lain jugak, seronok sungguh main salji, balik ke station bas dan nk beli tiket bas ke Valencia, tetapi tiket dah habis, huhu terpaksa lah km menungu bas keesokkannya.
Ustaz telah buat dua option, option pertama tunggu bas ke Valencia pukul 3 pg nnt dan yg kedua, tido di Granada dan nnt ambik flight terus ke Barcelona. So km pilih yg pertama, so bermula kehidupan agak merempat di station bas tu sampailah pukul 3 pg. sejuk tu jangan cakap lah, huhu pastu tunggulah, ustaz belanja minum hot choc, aku dah tertido dlm keadaan sejuk tu,taktahu nk buat apa kan, huhu pengalaman, haha aku suka ja, barulah dapat rasa macam mana org yg merempat tu dok dlm musim sejuk kat luar sana. Sedihh, ikhtibar kepada diri sendiri, muhasabah.
Dan akhirnya ke Valencia pukul 3 pg dan sampai ke sana pukul 12, dan skrg dah sampai pun ke Valencia, so nnt i sambung story k, daa

Thursday, February 19

Kisah winter break 11

Okayy hari terakhir di Cordova, ustaz bawa km pergi ke madinat Al zahra, umpama bandar putrajaya pada zaman andalusia, dibina oleh Abdul Rahman 3 dan disambung dan digunakan oleh Al hakam 2 serta perdana menterinya Y'far yg merupakan adik sultan itu sendiri.  Teknologi di madinat al zahra sgt hebat, lengkap dgn keselematan, keindahan dan kesenian, tetapi sayang telah pun dimusnahkan ketika perang saudara yg berlaku di Cordova. Jika madinat al zahra masih lagi wujud hingga sekarang, ia mampu menandangi jauh lebih cantik dan indah dari Alhambra di Granada. Selepas itu, km pulang ke hostal dan ambil beg kemudian rushing naik bas utk ke granada. Pergh rushing tu yg taktahan, huhu 
Lepas 2 jam 15 minit km pun sampai di Granada, dan ambil teksi utk ke tempat penginapan di lereng bukit. Check in, aku dah kagum dengan seni bina dan hiasan dalam apartment nie, dah lah wifi laju dan best lahh, hehe masa tu pukul 6 dan ustaz ckp kena kumpul kat luar pukul 7.30 mlm, so kalut lah km, tp pada masa tu dan lagi masa spagetthi dan masak kuah sup cendawan, sedap sgt! Alhamdulillah. Pastu keluar, ustaz bawa ke tempat view yg cantik lg menarik, nampak keindahan Alhambra dari seni, dan bandar sekitarnya. SubhanAllah! Kau berikan ilham kepada orang dahulu utk bina bangunan seindah ini, hebat!
Pastu nk ke plaza nk shopping , tp time tu dah lewat, dan kedai pun dah tutup, so p je lah kedai runcit, aku beli telur utk masak esok . So balik bilik, aku masak nasi dan rebus spagetthi utk esok . Kemudian before tido, aku tgk lah manisnya cinta di Cappadocia. Alahai, cerita best tp yg tak best tu aku nangis, emo dohh, so konklusinya halia tak boeh cerota cinta dan kena tgk cerita action komedi dan seram ja, haha tu baru kental.
Yeayy hari yg ditunggu, nak masuk ke dalam Alhambra. Nak tau kisah Alhambra? Jom kita buka page baru dan cerita only the story of Alhambra.

Wednesday, February 18

Kisah winter break 10

Okay kita mula page baru untuk cerita pasal basikal, haha nie baru main extreme aku pernah buat kat spain nie, haaa cari tempat sewaan basikal, aku sewa basikal kecik je, mini chooper, hehe comel kan? Nad sewa basikal tua, haha aisyah sewa basikal perempuan ayu ke sekolah, syaza n syida sewa basikal couple, 3 jam hanyalah 6 euro. Fuhhh mmg puas main, haha rasa seronok bila dah dapat basikal, cari jalan nk ke roman bridge dan sambil tu singgah kedai beli buah oren yg popular sngat kat spain nie, hasil dari super duper teknologinpertanian yg dikaji pada zaman umayyah 2 dahulu. 
Pergi ke brigpdge, neji dan ain tgh buat time lapse untuk itu dan km naik basika sampai ke seberang tgk langit cordova tgh mengubah warna , subhanaAllah sungguh cantik!
Kembali ke hotel untuk mengambil peta, haha takut sesat lagi, odw tu km jumpa faiq dan aten yg baru balik dari shopping souviner. Pastu bawa depa naik basikal jugak, hehe pastu hantar aten n barang faiq balik hostal. Kemudian km cari jalan untuk ke tempat sewaan basikal td, masa odw tu berlaku accident, kaki aisyah bersagat dengan rim basikal, hmm sbb kasut dia tu longhar so kaki dia terkenalah rim tu, kesian dia. Pastu km berhenti kejap kat  pintu utama, berhenti tepi kolam untuk makan limau yg syahidah beli td. Amazing! Sedap gila limau tu. 
Kemudian km hantar basikal tp sebelum tu main basikal kat dataran air pancut dulu, sementara aisyah n faiq pergi cari kasut baru kat aisyah. Pastu main, buat video, amik gambar dan macam2 lahh, best gak! Sampai penat lah main basikal tu, kemudian dah pukul 8.45 mlm tp faiq n syahidah belum sampai2 lg, so km pun p lah dulu kedai basikal dan hantar dan tunggu depa kat sana, pukul 9 depa pun sampai sini, so km pun balik naik teksi huhu kaya doh kat europe naik teksi nie, sobsob sob syazana n syahidah pergi cari kasut pulak, dan km pulang berasingan.
Sampai je bilik aku lapar dah , tapi bila minta kat reception hot water dia cakap dah tajkdak sbb cafe dah gptutup, sobsob lagi, so aku oun naik atas dan siapkan diri dan beg kemudian tido. So sambung next entry, hehe 

Kisah winter break 9

Assalamualaikum, huhu momentum menulis dah menurun eh?  Huhu doakan saya. 
Okay skrg dalam bas nk pergi main salji, yeayy, to yg tak bestnya kasut aku bakal basah sob sob sbb kasut kain, huhu doakan lahh. Tunggu sat g i cerita pasal salji k, jom kita enjoy perjalanan dulu. Hehe

New sem

Assalamualaikum, this post should be post last 3 weeks. Hmm so sorry.
Welcome to new sem, new life, new hectic, new havoc, new clincal life.
Haa dah besaq dahh, dah boleh treat patient dahh, atas bantuan doctors osem kat sini, hehe
Well. Nk dijadikan kisah, km kena cari patients for complete denture and simple class 1 for operative. 
Hmmm. Jom cari patients!
Aku akui aku sibuk dengan mtc dan benda lain, aku gaga fokus lagi utk sem nie, tp tu bukan alasan utk putus asa. Aku kena usaha sampai dapat jugak, rabbuna yusahhil. Amin.

Hari nie paling sedih aku rasa.
Semalam aku feeling excited, kol mak suruh dia doakan sebab anak dia nak treat patients hari nie, so anak dia nie p la kelas seawal 7 pg . Jalan kaki seorang diri dan pergi ke loker dan menunggu klinik buka dan masuk terus disinfect kan peralatan dan dental chair for my very first patient.
Smlm ptg dah kol patient, n dia ckp dia nk mai, aku happy je, tu yg excited tu, huhu
Patut ttba hidayah , partner operative aku, dia pun patient dia mai, so km pun plan la, buat asing2 tp minta kawan yg lain tlg assist nnt, hehe 
Kita merancang dan Allah juga merancang tetapi perangan Allah lebih baik lagi.
Patient tu bukan jodoh aku, sbb dia perlukan treatment lain inatu endo dan patient dayah perlukan cervical restrorative so we cant do it. Pasrahh. P cari patient kat luar tp takjumpa, so balik kinik n tlg kawan utk assist depa masa buat kerja.
Alhamdulillah byk benda yg aku belajar dengan depa, buk lg yg aku taktahu, sebab tu Allah suruh n bg peluang aku assist kawan aku dulu. Alhamdulillah.
Pastu aku stress sbb aku kol patient rpd aku takdapat, so aku nekad nk p cari dia kat manshiyyah. So after kelas aku p b1 dulu daftar nama utk cari patient, aku jumpa makcik klinik n bg nama n no telefon, pastu doktor maryam tegur aku, aku mengadu yg aku takdapat reach patient aku, so dia ckp dun worry, nnt kalo dr osama setuju boleh share patient dengan kawan. InshaAllah, dia ckp usaha cari dulu, inshaAllah ada lah tu. Boleh nangis dngar dr maryam ckp mcm tu, dah lembut dan baik, aku tersentuh.
Pastu pergi dentalis beli material utk restorative nnt, pastu aku bg 60 tp harga tu cuma 56 so balmce should be 4 la kan, dia bg aku 5 baki so aku bg segenih balik tp dia dia ckp tak mengapa. Wahh, blink2 aku time tu, hehe alhamdulillah, murah rezeki, kemudian aku pergi manshiyyah , dan tunggu tramco ke sana, jumpa dgn kak skin n kawan dia kebetulan nk ke manshiyyah jugak, so aku tumpang dia naik teksi ke sana, aku p jumpa pakcik tu, alhamduliah dia masih di situ dan dia ingat aku agi, dia ckp dia nk mai esok, inshaAllah, doakan aku ya, moga patient aku dtg, 
Moga Allah permudahkan urusan ini. 
Segalanya berserah setelah berusaha.
Jangan pernah mengaku kalah.
Fighting!


Monday, February 16

Kisah winter break part 8

Skrg dlm bas nak ke medina al zahra. Umpama putrajaya bagi cardova pada suatu ketika dahulu. Okayy nk sambung cerita smlm nie, hehe
Lepas berkumpul kat dobi, ustaz bawa jalan sekeliling kota cardova sambil cerita setiap apa yg km nampak.
Okay kita stat dr kanan dulu, tepi dinding atau tembok bangunan  mezquita itu ada satu dinding yg masih kekalkan seni bina islam dan satu lg telah dimusnahkan tapi kemusnahan itu seolah olah kelihatan tak lengkap dan tak siap. Pastu jalan lagi ke bangunan yg dahulunya dikenali sbg madrasah fiqh mazhab maliki kerana pada ketika zaman itu mereka berpegang pada mazhab imam maliki. Hanya tinggal pintu je yg kekal , yg lain itu dah dijadikan bangunan lain dahh. Sedih kan? Hmm
Pastu km pergi ke satu bangunan yg masih mengekalkan senibina rumah pada zaman andalusia. Kawasan yg kecik dan padat, tetapi dlm kawasan perumahan mereka masih boleh buat taman dan fountain untuk menenangkan kawasan perumahan. Hebat kan? Hebat ilham yg Allah turunkan kpd mereka, dan aku nk buat rumah macam tu one day, terasa nk kawen dgn engineer or arkitek lah pulak, haha okayy sudahh gedikss. Maaf.
Pastu km kembali kpd hujung jalan, yg mana sampai ke medan mezquita. Kat situ ada satu tembok yg memperingati abdul rahman 3 , dia bgtau bila masa pemerintahan dan waktu wafat beliau.
Kemudian km berjalan ke seberang sana pulak, ke sebelah kanan pulak, kat sebelah sana ada satu bahagian dinding yg bercorak islam dan sebelah lg bercorak lain. Nak tau kisahnya? Haha nantikan.
Kalo kita perhatikan,kawasan hujung dekat kawsan mimbar ada satu pintu, yang mana pintu itu bersambung dari mezquita hingga ke istana. So bila khalifah nk solat or ke masjid, just naik n lalui jambatan tu je lah, mudah kan? 
Okayy kita kembali balik dalam kisah kenapa ada mcm corak yg diukir di dinding mcm tak siap? Okay begini, selepas kerajaan umayyah di cardova nie jatuh, maka mezquita ini pun jatuh ke tangan org kristian dan dijadikan gereja, tapi pada waktu itu ukiran islam masih lagi ada cuma mereka (kristian) takboleh ubah apa2 kerana terikat dgn perjanjian dan undang2 islam yg masih dikekalkan pada waktu itu. Pada suatu hari, ketua kerajaan kristian pada waktu itu, San Farnandan datang dan dia pun ckp bagus kamu telah jadikan ini kerajaan utk kita, kemudian paderi itu meminta kebenaran kepada san farnanda untuk mengubahsuai bangunan ini seperti menghapuskan ukiran islam dan tulisan khat di dinding2 bangunan. San farnandan membenarkan tetapi dgn syarat harus meminta kebenaran daripada Paus, ketua agama kristian di Rom. Maka paderi tersebut pun tulislah surat kenenaran, dan Paus meluluskan. Maka terjadilah pengubahsuaian terhadap mezquita. Kemudian , san Farnandan datang kepmbali ke Cardobva untuk melihat apa yg telah dilakukan oleh paderi tersebut, alangkah terkejutnya beliau apabila mezquita menjadi sedemikan rupa. Maka, beliau berkata, "ini bukanlah lagi masjid, bukanlah jugak gereja tetapi ini adalah kemusnahan"
Beliau arahkan kerja mengubahsuaian dihentikan kerana beliau seorang yg sangat mencintakan kesenian dan kecantikan, apabila melihat keadaan sebegitu rupa, maka beliau sangat kecewa. Sebab tu lah ada ukiran yg hilang dan ada jugak penambahan yg dibuat tak siap.
Kemudian km berjalan lagi ke Roman Gate dan Roman Bridge. Kawasan yg berhadapan betul2 depan sungai wadi kabir. Kawasan yg sungguh cantik dan menjadi penggambaran drama Spain U'olls. Dan km singgah jugak di hujung bridge ini ada satu lagi torre de la carahorra. Yg bermaksud qal'ah. Iaitu kubu. Ia merupakan pintu masuk utama para pengunjung ke cardoba dari seville. 
Masuk ke dalam torrer de la carahora tu adalah sebuah muzium, yg dibina oleh seorang muslim yang menceritakan kehebatan islam dari segi ilmu dan teknologinya. Masha Allah hebat sgt Islam pada masa tu. Dari pertanian sampailah ilmu astronomi, dari gaya hidup sampailah bidang agama, semua ada dalam tu. Kehidupan mereka sgt toleransi dan boleh bekerja dan mentadbir dalam satu sistem sahaja dan menjadi begitu hebat. Khalifah dibantu oleh perdana menteri yg berbangsa yahudi dan dibantu jugak oleh saintis yg beragama kristian. Hebat kan? Kagum sgt dengan masyarakat andalus pada ketika itu.
Kemudoan ustaz bawa km pergi lunch kat kedai pakistan di kota , nasi briyani ayam dia, perghh terangkat beb! Sementara menunggu order, aku nad n syida pergi bersembang dgn kawan dari jordan, mereka menggembara bersama 5 org ke jerman, itali, paris dan spain. Hebat kan? Dah la perempuan pastu travel lg, hebat la !
Selesai makan, ustaz bg masa selama sejam utk solat dan berehat, kemudian sambung lg tour utk tgk tempat lain lagi.
Ustaz membawa km ke singgoga yahudi, iaitu tempat ibadah yahudi dan tempat tinggal mereka dalam kota cordova, km jugak melawat bekas tinggalan souq mereka di sana. Kemudian km keluar dari pintu gerbang utama di sebelah barat. Pintu yg sangat gah dan di tepi pintu itu terdapat kolam hiasan , menampakkan seni dan keindahan kawasan sekeliling. Hebat! Musuh datang pun terkejut, sbb di tembok kota terdapat taman yg begitu indah.
Kemudian km mengelilingi tembok kota dan ustaz ada cerita ada di atas tembok ada penambahan sedikit bentuk segi tiga itu, itu adalah ciri binaan rom yg ditambah masa kristian mula mengambil alih kota ini. Yang menariknya, ustaz ada menceritakan ttg pencintaan antara dua darjat yg berlaku pada zaman itu. 
Nk tau cerita tak? Nak! Korang nie kalo bab cinta laju je, hehe
Okay la saya mulakan cerita.
Ibnu Zaydun dan Valada. Ibnu Zaydun hanyalah org kebanyakkan dan Valada adalah anak golongan bangsawan ketika itu. Pencintaan mereka dapat dihidu oleh ayah Valada dan ayahnya mendakwa Ibnu Zaydun dan Ibnu Zaydun dihukum buang negeri. Pada masa itu, ayah Valada telah mencari seorang lelaki yg setaraf dgn mereka untuk mengahwini Valada. Dalam tempoh itu, Ibnu Zaydan tidak pernah berkahwin sampailah ke usia tua. Ibnu Zaydan pulang ke tempat asalnya dan dia mengetahui bahawa Valada tidak lagi berkahwin, lalu dia pun pergi ke rumah Valada dan memanggilnya sambil bersyair, tetapi Valada tidak turun dari rumahnya kerana dia bimbang Ibnu Zaydun tidak mahu lagi dengan nya kerana wajahnya telah tua dan tidak cantik lagi. Sehingga itu, Ibnu Zaydun pun berlalu pergi, dan percintaan mereka berhenti di situ sahaja. Sedihhh sob sob sob
Selepas berjalan, ustaz ada tunjukkan hamam mashwi, tapi tak jumpa jalan ke sana, dan km jugak tak berpeluang nak mandi kat situ. So sad. Kemudian ustaz bagi kebebasan untuk berjalan di sekeliling kota dan melakukan aktiviti bebas. Ustaz ckp boleh tengok sunset lawa dari Roman Bridge, so km pun pergi ke sana. Tetapi ustaz nak beli souviner so km pun follow ustaz, lepas tu km pergi cari sewaan basikal, jauh jugak jalannya, huhu tp Alhamdulillah jumpa juga setelah sesat sesat, huhu 

Saturday, February 14

Kisah winter break 7


Haii lama tak taip, huhu penat jalan, yhen tido, huhu maaf yaa..
Ok , lets start.
Km sampai cordova pukul 6 ptg. Pastu pukul 7 km keluar mkn di kedai maghribi berdekatan dan belanja para doktor yg berjaya grad dgn cemerlang . Alhamdulillah. Hehe masa tgh mkn tu km jumpa kawan2 dari france, depa belajar kat sana, bestnya, depa jalan2. 
Masa odw balik ustaz tunjuk tepi mesquita tu, ada ukiran islam yg telah musnah sikit dan sikit, sedih. Boleh nangis tgk. Serius dah takcantik dahh, huhu
Lepas makan, dan isi minyak penuh org kata, km pun p jalan2 kat belakanghotel, kat hotel tu dekat dengan sungai wadi kabir yg bersambung sampai ke seville. Pastu ada jambatan, so km pun naik atas jambatan, dan kat sana ada seekor anjing kecik sedang jalan dgn tuan dia, puppy only 2 months old. Km semua ke tepi kecuali nad yg lari, so anjing tu ingat nad tgh main dgn dia, so dia pun lari seolah olah tgh kejar nad, so nad lari dan menjerit, km semua tercengang dan terkejut. Lepas tu km gelak ramai2. Tuan dia marah km lah sbb mungkin ingat km tak suka anjing dia, to sebab km takut, dan cara penyuciannya juga susah sebenarnya.lepas tangkap gambar km pun balik , dan tido.
Pastu balik hostal dan tido. Sejuk ya mlm tu hanya Allah tahu. Huhu sejuk bangun sampai byk kali la,, huhu dan yg paling best jeans aku dah kering, yeayy. Jemur belakang heater, hehe
Bangun pg km p mezquita, free time pukul 8.30-9.30 pg. tp ustaz ckp masuk sorang2 atau berdua sbb kalo group nnt kena tahan kat dlm depa tak mau bg kita buat penerangan kat dlm tu. Pastu ustaz dah bg direction dah smlm, so perlu ikut je apa ustaz ckp. Then ustaz ckp ada benda yg menunjukkan bekas mezquita dulu adalah bekas gereja dan dikaca supaya kita boleh tgk bekas tu. Jumpa kawan dr egypt yg lain, yaya, haziqah , amir haziq, khal, baihaqi dan lain lg. hehe best gakk, haha
Lepas tu berkumpul kat lobi dan ustaz bawa keliling kota dan ceritakan pasal andalus 2.
Sambung esok, mengantuk sgt dah nie, huhu sorry.

Thursday, February 12

Kisah winter break part 6

Assalamualaikum, haa rindu dahh? Dah seharian semalaman tak taip cerita, hehe maaf byk tido pula, maklumlah first time dpt tempat yg boleh tido dgn nyaman dan ada pulak wifi kan, maklumlah zaman gen y mmg anti sosial sikit, huhu
Skrg nie dlm bas nak ke cordova. So lets me tell u about some stories in seville. Lets goo
Semalam sampai di stesen bas kat seville dah ukul 8.30 mlm, so amik teksi dari stesen bas ke apartment utk km menginap sepanjangdi seville nie. Sampai sana sudah pukul 9. Ustaz tnya nk berjalan tak mlm nie? Km pun semua nak, haha maklumlah kaki jalan semuanya nie, haha pastu lepas solat dan siapkan diri km terus keLuar untuk berjalan di sekitar bandar, bandar dikenali old city lama.km berjalan sampai ke kawasan alcazar, gereja dan torre de oro. Hanya tiga tempat ini saja yg meninggalkan tinggalan sejarah islam. Ustaz cerita, alcazar ini dibina pada zaman islam dahulu dan gereja ini juga tetapi skrg teah menjadi milik awam sebagai historical places , begitu jugak dgn torrede oro. Torre de oro ini adalah menara tinjauan yg berada dipinggir sungai , sungai yg namanya dalam bahasa arab adalah wadi khabir. Dari aungai ini memisahkan dua tempat yg km duduk semalam adalah old city dan seberang sana dikenali sbg triana. Nak tahu sejarah seville tak?
Begini, selepas kerajaan umayyah jatuh, seville telah memerintah sendiri di bawah kerajah taifah, lepas itu diambil alih oleh morocobiyyan dan akhir sekali kerajaan murabitun. Kerajaan murabitun amatlah syahid pemerintahannya, dia lebih kepada individu, dan sesiapa yg duduk di dalam seville perlu menganut agama islam jika tidak mereka harus keluar ke negeri lain. Apa yg menyedihkan adalah, seville dijatuhkan oleh org islam sendiri, dengan cara, granada berkomplot dengan kerajaan castel dan mengalahkan seville, sedih kan? Apabila saudara islam kita yg buat macam tu. Lepas tu , mulalah penguasaan kristian di seville dan pengambilalihan semua milik islam diubah suai kepada kehidupan kristian.
Lepas tu, km kembali ke bilik masing2. Km masak sedikit nasi utk breakfast esok sebelum tido. Aku dah tertido dulu smlm, akibat terlalu penat mungkin, huhu kaki cramp habis. Huhu
Apa yg best kat spain adalah subuh pada musim sejuk adalah pukul 7 pg, haha heaven ya hanya Allah yg tahu. Seronokkan? Haha tp td bangun rasa lmbt sangat dah sbb dah terbiasa subuh awal di mesir, hehe 
Km mula bersihkan diri dan masak sedikit sarapan. Kemudian , km keluar berjalan di kota lama untuk lihat pemandangan di waktu siang pulak. Mmg sgt cantik dan bersih. Sedikit modern tp masih mengekalkan ciri2 lama kota itu sendiri. Ramai org berpusu-pusu pergi ke tempat kerja dan sekolah, dan km pulak mencuci mata melihat keindahan pagi terakhir di sini. 
Semasa bersiar-siar, syahidah dan faiqah telah ditahan polis dan passport mereka di check. Aku dan nadzirah sgt takut lalu km pulang dahulu ke bilik. Polis tu cuma check passport dan selepas 10 minit kemudian mereka diberi balik passport, mungkin sbb km berhijab kot, mereka menahan km. hmm paronoid sungguh org spain ini, padahal mereka pernah merima islam pada suatu ketika dahulu tapi kini, islam tu hanya sejarah yg mereka benci.
Pukul 10 pg km check out dari apatment dan mengambil teksi ke stesen bas untuk menyimpan bagasi di sana. Setelah itu , km pergi melusuri jalan di pinggir sungai semalam. Sgt cantik dan bersih, dan kawanpsan sepanjang sungai ini dijadikan kawasan tempat rekreasi bagi kawasan penduduk tempatan.
Selepas itu, km menaiki menara terre de oro untuk melihat kawasan di sekitar bandar seville, sgt cantik pandangan dari atas, setelah itu , km menaiki bot pulak untuk melihat pemandangan di sepanjang sungai ini, seorang hanya lah 15 euro. Aipp jgn convert duit tu! Haha bila convert terbayang jugak duit itu melayang, huhu
Lepas tu pergi tempat yg sgt km nk pergi , iaitu plaza de espana. Yeayy tempat yg mana dibina pada tahun 1850 oleh kerajaan kerana mengadakan satu carnival untuk semua orang dan dijemput jugak negara luar seperti amerika. Lepas acara itu, kawasan ini dijadikan ytempat pemerintahan negeri ini, kemudian sekarang dijadikan tepat tarikan pelancong. Di sini terdapat beberapa aktivit menarik yg boleh dijadikan sebagai riadah, seperti menaiki kuda, mendayung sampan dan meunggang basikal. Km memilih untuk menunggang basikal, basikal yg boleh dinaiki oleh 6 orang, haha thats crazy! Bawa macam org tak betul, gelak dan macam2 lagi, haha menarik dan rasa seronok sgt.
Lepas tu, km kembali ke stesen bas untuk mengambil bagasi dan seterusnya menaiki bas untuk ke cordova. Semasa menunggu bas, aku ke tandas, dan berjumpa dgn org lain di hadapan tandas,. Tandas masih dalam pembersihan so takboleh guna lagi, aku kembali ke group dan turun ke stesn bas, kerana time tu dah pukul 3.20 dan bas akan bertolak dalm masa 10 minit lagi. Aku kembali semua ke tandas bersama ain, dan aku berjumpa lagi orang yg td, dia bertanya kepada aku.
Ms plummer : haii we meet again. Why are u wearing this ? (Sambil tunjuk cover up the head) what are religion are u?
Me : owhh this because we are muslim, we are Islam.
Ms plummer : where are u from? 
Me : malaysia, my country is situated in southeast asia.
Rupanya mereka bukanlah org tempatan , tetapi mereka jugak dari tempat lain.
Aku rasa sedih dan sayu kerana islam tidak sampai kepada mereka. Aku harap, dengan menjawab soalan mereka td, mereka dapat mengenali islam selepas ini lagi. InshaAllah.
So, lets take a nap. Penat dahh dok gelak n jalan sepanjang siang hari di seville td. 
Nnt sampai cordova ada byk lg kisah menarik boleh dikongsi, inshaAllah. 
Selamat berehat.

Monday, February 9

Kisah winter break part 5

Sambungan menulis, hehe td terhenti menulis sbb dah selesi rehat kat masjid tu, so skrg dalm bas nk ke seville dahh. Sepanjang perjalanan nie pemandangannya subhanaAllah sgt cantik. Lalu lereng bukit mengadap pantai, tgk kincir angin dan kawasan yg hijau di sekitarnya. Indahkan ciptaan Allah kat bumi ni? "Nikmat mana kah yg kamu dustakan?"
Okayy saya sambung cerita tentang gibraltar td, baru check point kedua td, hehe kemudian km ke atas ke tempat peak point jabal thoriq.kat situ boleh nampak dua lautan , 3 negara dan seluruh tanah dan lautan dari satu puncak yg sama. Menarik kan? Dan hebat kan? Sbb tu lah saidina thoriq bin ziyad tawan kawasan ini dulu sbb nk kuasai semua kawasan lain dgn mudah. Hebat syptrategik peperangan dahulu. Laut antartik laut mediantereanian, uk , spain n morrocco. Kita jugak dapat lihat jabal musa dari arah sini. Dan segala aktiviti darat dan lautan boleh dilihat dari sini.
Kemuadian bergambar dan diteruskan ke tempat lain pulak iaitu checkpoint terakhir iaitu the siego tunnel. Yg mana tunnel ini dibina oleh british utk meningkatkan kawalan dan sebagai kubu pertahanan ketika berperang dengan spain dahulu.
Kubu ini dibina dengan tenaga manusia sahaja dan panjangnya sampai ke bawah bukit ini, semakin ke bawah semakin stiff kawasannya. Km hanya memasuki sedikit sahaja, yg lainnya km byk bergambar di luar, di luar boleh nampak seluruh bandar gibraltar.
Kemuadian km dibawa ke gibraltar square untuk lunch dan membeli sedikit souviner lagi.
Km makan fish n chip yg mmg popular di uk, alhamdulillah sedap dan harga pun sedap, hehe
Kemudian km bergerak ke masjid ibrahim , yg dibina oleh kerajaan arab saudi dan di sana km solat dn berehat. Km kemudiannya menaiki bas, ketika itu hujan turun, cuaca kurang elok tetapi Alhamdulillah skrg dah kembali biasa, panas matahari tu dapatlah dirasai. Kembali ke square td , dan ambil teksi terus ke border dan keluar menaiki bas balik ke algeracis untuk mengambil beg dan menaiki bas ke seville. Skrg dah dalam bas dahh.
Td ustaz ada cerita pasal, kenapa Saidina thoriq bin Ziyad menawan gibraltar dulu? Kena dia tak p tawan atas dulu, seperti cardoba dan negeri yg lain?
Jawapannya, sbb kita perlu berada di atas supaya kita dapat menawan dan mengawal apa yg berlaku di bawah, tu lebih bagus dan cekap kerana kita dapat lihat musuh kita lain di arah darat mahupun laut.
Saidina thoriq bin ziyad dan musa bin  adalah org dihantar oleh kerajaan umayyah utk menawan spain, lalu dihantar balik ke sana kerana sultan mulai khuatir yg mana takut jawatannya dan kuasanya dirampas. Selang 2 khalifah, kerajaan umayyah di damsyik telah musnah dan warisnya abdul rahman al dakhil telah melarikan diri ke cardoba, di sana dia telah menyatukan semua pemerintahan dan membuat kerajaan umayyah yg kedua di cardoba.
Ustaz ada cerita juga kenapa, org spain paggl org islam sini sbg moorish kerana pada ketika zaman kejatuhan islam, org spain telah menuntut 3 benda dari org islam, sama ada keluar islam (murtad) atau dihalau keluar dr spain, dibunuh atau masuk agama dia. So gelaran moorish itu utk org islm yg murtad atau semua yg dinyatakan di atas. Mereka tidak mahu ada kaitan dgn islam , lalu mereka mengelarkan masyarakat islam dgn gelaran ini. Moorish.
Sudah mengantuk, mau tido dulu, jumpa lg nnt, tunggu cerita di seville pulak, 
Adios.

Sunday, February 8

Kisah winter break part 4

Masih lagi di dalam negara kecil uk di Gibraltar. Alhamdulilahseselai km menawan jabal thoriq. Alhamdulillah. Sekarang tgh berehat dan solat jamak takdim di masjid inrahim yg dibina oleh sultan saudi arabia.
Km memasuki ke gibraltar ini dengan hanya jalan kaki dari stesen bas ke border, dan passport dicheck disitu,. Rancangannya kami akan menaiki cable car untuk ke atas jabal thariq tapi memandangkan cable car tgh under mantainance skrg, so kita naik sewa kereta ke atas sahaja. Best tak best tu lain cerita tapi dah masuk uk nie lg la best, haha sebab negara idaman setiap impian aku kan? Huhu
Dengan membayar seorang 28 euro , km pun menaiki taxi sewaan ke atas sana, Alhamdulillah.driver nya cukup ramah dan byk ceritakan kpd km pasal gibratar dan banyak memuji britain jugak hehe biasa lahh, tp yg paling best, i love their accent, haha rasa mcm dok dlm cerita narnia dan harry potter pun ada gak, haha
Dari bawah km ke atas dapat lihat hampir seluruh pemandangan gibraltar secara keseluruhan. SubhanAllah hebat ciptaan Allah, hebat sehebatnya. Sungguh cantik pemandangan di sini. Km berhenti di check point pertama yg menceritakan ttg perang antara britain dan spanish dalam berebut gibraltar. Kawasan gibraltar yg strategik yg enjadi idaman semua kuasa besar, dan byk kuasa besar pernah menawan di sini sehinggalah gibraltar telah pun danditawan di bawah britain smpaiah sekarang.
Kawasan nie diberi nama the pilar of herecelus. Dari sini kita dapat lihat laut meditereanian dan lautan antlantik. Di sebelah sana dapat tgk morroco dan spain. Di tanah morrocco masih ada lagi kawasan milik spain yg menjadi strategik spain utk menawan kembali gibratar dari uk kelak, tapi wallahu alam benda tu bila akan berlaku. 
Kemudian km mendaki lagi ke atas dan km singgah di check point kedua iaitu st micheal cave. Cave yg terjadi akibat gerakkan bumi ke atas, boleh nampak gua batu kapur yg sgt cantik , dan sekarang gua itu dijadikan tempat persembahan opera teater kepada masyarakat tempatan. Di sana juga , km ada beli sedikit cenderehati buat keluarga dan kawan2. Ok sambung di next entry k. See u.

Thursday, February 5

Kisah winter break part 3

Perjalanan ke Gibraltar.
Masuki alam dunia uk sikit, hehe Gibraltar adalah negeri di bawah pemerintahan uk, jadi di sana guna mata wang pound sterling dan passport sgt penting sbb kita masuk ke negara yg lain. Kami memilih perjalanan dengan menaiki bas awam biasa atau lebih dikenali sbg bas lompat, yg mana dia akan berhenti di setiap bas stop utk mengambil org bagi memenuhkan bas.
Td sampai di algeciras pukul 5.30 pg, km ada lg lebih kurang 1 jam setengah untuk siapkan diri sebelum solat subuh pukul 7 nnt. Bas km ke gibraltar pulak pukul 7.30 pg. selesai solat km terus menyimpan bagasi km di stesen bas bagi memudahkan perjalanan km ke sana. Simpanan loker lebih murah dan lebih kecik saiznya, aku share loker dgn ustaz, 3.2 euro saja. Km terus menaiki bas ke gibraltar dgn harga 2.45 euro.
Sekarang ada dlm bas dahh, nnt cerita lg bila sampai sana, negara uk di andalusia. 
Oh ya, td ustaz ada bgtau gibraltar
 Bukanlah negr pertama datangnya islm tp di tarifa yg awal dua tahun dari di gilbraltar.
Dah nampak gibraltar td. So ayuh tgk pemandangan.
Adios.

Wednesday, February 4

Kisah Winter Break part 2

R n R di Pedro Abad odw ke algeciras dari madrid.
Semalam sampai dekat spain, yeayy Alhamdulillah. Tak sedar pun masa mendarat, huhu sbb ttido lepas makan. Sampai je kat airport, km disambut mesra dengan ustaz azrul azwan. Mula2 cm segan2 gak, tapi bila dok lelama , haa boleh masuk sekali rupanya, haha thats normal halia, u easy to get in with others.
Perjalanan km bermula, cehh bajet sungguh ayat, haha
Mula2 jln naik metro, ustaz bg kad a day in madrid for all metro in madrid. Tiket tu harga 8.40 euro. Tu lg mudah n berboloi jika guna kad tuh, so jaga elok2 dehh. Spain terkenal dgn pencopet yg terkenal di dunia. Pencopet paling cekap dan cepat tanpa kita sedar pun, huhu kunci beg anda jika guna beg sandang belakang, kalo guna beg sisi boleh lah galas di hadapan. Tu cara yg terbaik, inshaAllah. Jika berlaku peristiwa yg tak diingini ini, dinasihatkan jgn menjerit sebaliknya jika sedar, cukup sekadar pukul tangan atau tempiskan tangannya. Nauzubillah  min zalik. Moga terhindar dari benda2 buruk nie, amiin.
Perjalanan menaiki metro sgt mudah dan cepat, kerana sistem pengangkutan awam nya sangat cekap dan menepati masa. Boleh lihat di sekitarnya org kat sini amatlah berdisiplin dan hargai waktu mereka, berlari2 kejar metro dan dalam metro ada yg membaca melalui tab atau buku sendiri. Benarlah kata2 cikgu dulu masa sekolah, org2 eropah nie khususnya org berkulit putih (dulu lah panggil cam tu) sgtlah suka membaca walaupun depa kat mana2 pun. Kita patut contohi mereka walaupun kita sudah tahu membaca tu jambatan ilmu kerana tulah wahyu pertama yg Allah turun kan kpd kekasihNya, Nabi Muhammad saw.
Km ke stesen alvero utk simpan bagasi dan beg di situ, satu loker boleh memuatkan 3 beg bagasi besar, jadi km pun berkongsi loker , halia ain n negi, nad syaza n syida, aten, aisyah n faiq. Memang berbaloi, 
Dari metro tu km turun di stesen Opera, kemudian km keluar dari bawah tanah. Haha
"Wahh boleh tgk real world of madrid!"
"Feeling cold tak?" Sbb kat dlm tak sejuk pun.
Bila keluar je dar situ, haaa baru tahu betapa sejuk ya madrid nie😅
Pastu yg lawak ya aku tertinggAl mafla yg lawa lagi tebal dalm loker. Haihh lah halia oii, hmm mcm2, hehe rasa nk tumbuk ja diri nie, hmm
Pastu km dibawa ke suatu istana lama kerajaan spain yg telah diambil alih oleh kerajaan kristian dulu, dipanggil sbg Royal Palace dan ada gereja yg agak besar di sebelah situ. Gereja yg ada byk patung, yg terkenal dgn pengaruh rom, sbb madrid nie diperintah oleh kerajaan castle yg berada dlm jajahan pengaruh kuasa rom pada suatu ketika dahulu. 
Kemudian ustaz ckp tinggalan islam kat madrid sgtlah sedikit shj, jadi takbanyak boleh kita tgk kat sini, lepas tu km pun pergilah tgk tinggalan islam yg sedikit tu, tinggalan itu cumalah tembok masjid yg telah musnah, dan dipagatkan dan dijaga dgn elok. Ada sedikit gambaran asal plan kota lama islam dan kota sekarang yg telah dibina semula oleh kerajaan kristian. Ustaz kaitkan dgn pembentukan negara , seperti kerajaan maritim dan agraria. Barulah faham pembentukan kerajaan nie setelah 5 tahun belajar sejarah, huhu its worth tau dapat sejarah A+. Alhamdulillah.
Pastu kat setiap kerajaan mesti ada sungai utk kegunaan masyarakat setempat, dan pemerintah akan duduk di atas bukit sana memantau gerak kerja rakyatnya. Hebatkan kerajaan dahulu, sgt bijak dan sistematik. Mata aku tak terlepas menangkap setiap inci sudut di sekitar perjalanan ke sungai, taking big breath kat sini sgtlah worth. Cantiknya, subhanaAllah. Inilah negara yg aku idam dahulu, tapi perancangan Allah lg hebat, Dia berikan aku peluang emas ni utk melawat ke bumi Andalus ini.
Sungai rio dan jambatan yg dibina sgt ada kaitan dgn senibina islam yg hebat, binaan yg sama juga nnt ada di Alhambra. Nk tahu nntkan episod cerita dari ustaz . (Ustaz taknak bgtau td, sedihh, huhu)
Lepas tu, km bergegas lari ke masjid madrid utk menunaikan jamak takhir asar dan zohor serta jamak taqdim maghrib dan isya. Kemudian km pergi ke pasar raya halal di situ utk membeli sedikit makanan buat alas perut, Alhamdulillah. Km berjalan lg mencari restoran arab utk mkn malam, haihh perut dahh lapar minta makanan sbb seharian berjalan. Harga di situ agak berpatutan, diingatkan jgn convert wang tau, hehe nnt takmakan lah hang, haha range harga mkn disitu 4-8 euro. Sgt2 lah kekenyangan, Alhamdulillah.
Km bergegas lari ke metro kerana km ada masa kurang dr 2 jam untuk berangkat ke algeciras dgn bas. Berlari ustaz dgn dua doktor tu, km masih lagi relax, haa aku pulak sakit nie haa pinggang dan perut rasa nk nangis pun ada , sekarang pun sakit gak, sobsob
Km pergi ke stadium rasmi real madrid, yeayy. Walaupun aku tak minat bola tp aku suka je tgk depa main walaupun aku takpaham, huhu ka sebab ada cr kat situ? Haha tu mungkin sebab jugak, dok berangan kot2 jumpa cr tp hampehh haha takpa aku lebih ada cita2 tinggi nk jumpa Rasulullah lg dr dia, amin.
Pastu km bergegas lari dlm metro utk amik beg sbb km tersalah tgk jam bas bertolak, bas sepatutnya bertolak pukul 10 mlm tp km sangkakan bertolak pukul 10.30 mlm. Dan ketika itu sudah pukul 9.30 mlm , dan km perlu amik tp metro dan perlu melalui lebih 8 station utk sampai di tempat simpanan bagasi dan terus amik bas ke algeciras. Laju tak laju, km berlari sampai semput lahh, km amik beg pukul 9.55 dan hanya bekalkan 5 min tu km berlari menuju ke bas, Alhamdulillah drebar bas masih ada dan km kenalah marah sbb lmbt, km pun pergi simpan beg dibawah dan naik ke atas, fuuhhh rasanya, nk tercabut jantung dan rasa peparu tu kurang oksigen huhu sakitnya, tahan lalu aku tertido dlm bas tanpa sedar pun. Kaki pun sakit gak, buka kasut dan bersila sambil tido. Bangun je tadi dah sampai kat r n r sini, pergi toilet, gosok gigi dan jamah sedikit droo, hehe alhamdulillah masih lg sedar,
Bas pun dah mula gerak meneruskan perjalanan ke algeciras. Tapi tak nampak apa2 pun kat laur, gelap sgt, aku pun dah mulai menguap , so moh ler tido dulu, esok pagi sambut cerita lagi.
Lagi 4 jam kot akan sampai di sana, inshaAllah.
Selamat berehat pengembara cilik. 

Monday, February 2

Kisah winter break part 1

Kisah perjalanan 9 sahabat bermula dari Iskandariah menaiki superjet selama 6 jam lebih ke cairo airport. Perjalanan yg jauh tak mematahkan semangat mereka utk menjadi pengembara di bumi Yg pernah mencipta kegemilangan islam yg terhebat. Kisah penggembaraan kami bermula.
Travelog halia dan kawan2 :
Sementara menunggu boarding ketika di airport, kami menunaikan kewajipan muslim dan ambil dinner yg dimasak oleh syahidah dan housemates. Wahh sedapnya, ya rabbi, haha sebab semua tengah kebuluran kan? Haha
Online online sembang cuci mata tgk foreigners kanak2 comel, sampailah masak untuk check in .
Berjalan masuk ke dalam untuk check in, seperti kebiasaan anak2 iskandar, km takut untuk masuk ke kaunter kerana visa kami blom siap lg di sini. Seperti yang disangka, km semua ditahan dan disuruh menunggu di tepi sementara pihak penerbangan berbincang utk melepaskan kami. Dalam hati, selawat dan berdoa moga urusan ini dipermudahkan dan kami boleh berlepas selamat ke Madrid.
Alhamdulillah setelah setengah jam kat tepi kaunter, sambil2 menunggu sempatlah bergambar beberapa keping buat kenangan. Setelah isi dan lepas, kami pergi ke imegresin pulak, kat sini juga risau, risau fulus pulak keluar untuk membayar denda 150 le. Kalut membuka beg mencari duit genih dan letak dalam poket, tapi Alhamdulillah semuanya lepas tanpa perlu bayar kecuali Nadzirah sebab dia terlupa nak bawa kernih.
Menunggu dalam keadaan yang mengantuk dan mamai, kami tetap menunggu dengan sabar sambil menonton natgeo pasal crocs vs hippo. Haha rindu nak tgk tv, huhu
Sesampainya dalam perut kapal, kepala aku terus terlentuk tertidur. Letih barangkali, begitu jugak yg lain. Hehe
Aisyah gosok lengan untuk kejut makan, yeayy. Sementara menunggu makanan pun boleh lagi terlelap, hehe luthfansa bukanlah menyediakan makanan halal untuk pelanggan kecuali di request. Tapi selamat je sbb dari egypt makanan masih lagi halal, lepas nie dari frankruf ke madrid makanan adalah tidak halal jadi kita kena pilih makanan vege je. Huhu bertahanlahh.
Mari tido lg.
Dalam masa tidak kesedaran tu, sudah sampai di frankfrut. Alhamdulillah, sudah sentuh dahi di tanah nazi ini. Selesai itu, dapat pulak wifi laju lagi best, masing2 masuk dalam dunia khayalan , dunia tanpa sempadan , yg dekat makin jauh, yg jauh makin dekat.
Tangkap gambar, main sembang cerita, belajar bahasa spain lg, dah nak masuk gate, dah nk boarding.
Jom . Nnt kita sambung lagi, inshaAllah. Adios.