welcome

Friday, November 28

Uncontrolled emotion

Assalamualaikum my peeps,
Hai , do u miss me?
Huhu i miss u, i miss my writing, my babbling, hehe

I dun know why, recently i got emo of myself,
Im angry with my masa silam, i cant accept it, 
I kept questioning about him, what had done to me.
I know, thats is fault. But why i keep do that?
Halia, keep moving forward, please, 

I cant accept, i cant hear about what everyone keep saying about a good man, a good relationship, hmm thats is not true, its doesnt exist. Im not jealous, i just phobia with my past.
Doakan saya please.

Moga Allah sentiasa merahmati dan menjaga saya.
I keep praying for a good deeds.
I dont want to memduakan my love to Allah, only him n His Rasul in my heart.
Im trying to make it.
Doakan.

Habis sudah sesi luahan perasaan. Moga Allah permudahkan.
Goodnite :)

Friday, November 14

Permulaan aku di sini.

Pengalaman paling manis ketika berusrah.

Apabila ke bumi tarbiyah, aku rasa satu yg takjub, mungkin kerana aku belum pernah merasai apa itu maknanya tarbiyah.
Perjalanan ilmu ini aku pandang sebagai satu cabaran yang tidak pernah terbayang dek fikiran. Jauh dari keluarga yang tidak pernah aku terpisah sekian kalinya.
Impian aku datang ke sini, mesir adalah satu takdir yng mana akan menjadi satu jalan cerita dalam hidup aku. Sejauh mana pun pergi, kenangan dn pesanan ibu ayah masih terbayang di mata, kerinduan itu acapkali hinggap di hati. Tanpa sedar mengalir air mata dalam diam, hanya doa yng mampu diiring moga mereka sihat hendaknya.
Di sini, aku bersama teman-teman sekuliah yang lain disambut senang oleh senior-senior. Mereka terlalu baik dengan kami, berbeza sekali dengan senior ketika di zaman persekolahan dahulu. Aku rasa satu rasa yang janggal dan rasa ingin memberontak kerana setiap masa ada sahaja senior yang ke bilik dan menanyakan khabar.
Setelah seminggu di sini, aku rasa sunyi, sunyi dalam keramaian. Aku lihat teman-teman aku begitu rapat sekali antara senior. Aku berasa kecil hati kerana aku tidak rasa sebegitu. Lalu aku menangis sampai terlelap. 
Aku dikejutkan dengan panggilan namaku yang lembut. "Halia, bangun halia, akak datang nie , bawa sedikit makanan, jom la makan bersama kawan yang lain." Aku terkejut dan aku tiba-tiba menangis lagi dan tanpa dipinta senior itu memeluk aku. Lagi kuat esakkan aku.
"Kenapa nie halia, akak ada buat salah ke? Maaf halia, kalo akak ada terlepas pandang ke tk tegur halia ke. Maafkan akak."
"Takdak apalah akak, akak tak buat salah pun. Halia je emo lebih."
Aku bangun dan pergi ke bilik air untuk bersihkan diri. Kemudian aku makan bersam teman-teman yang lain.
"Wah , roti canai lah" kataku. "Sedapnya gulai nie" "kak amal yang buatkan" "sedap2"
Sejak dari tarikh itu, aku rapat dengan dia. Dia banyak mengjar aku erti trbiyah, tarbiyah bukan sesuatu yg perlu dibelajar tetapi mesti hadir dengan kesedaran. Kesedaran yg buat aku tersedar banyak permata di sebalik debu di mesir ini.
Aku rasa satu semangt baru untuk belajar lebih dN inginkan satu perubahan dalam diri ini. Kemenjadian ke arah doktor muslimah adalah impian baru aku di sini.