Lepas berkumpul kat dobi, ustaz bawa jalan sekeliling kota cardova sambil cerita setiap apa yg km nampak.
Okay kita stat dr kanan dulu, tepi dinding atau tembok bangunan mezquita itu ada satu dinding yg masih kekalkan seni bina islam dan satu lg telah dimusnahkan tapi kemusnahan itu seolah olah kelihatan tak lengkap dan tak siap. Pastu jalan lagi ke bangunan yg dahulunya dikenali sbg madrasah fiqh mazhab maliki kerana pada ketika zaman itu mereka berpegang pada mazhab imam maliki. Hanya tinggal pintu je yg kekal , yg lain itu dah dijadikan bangunan lain dahh. Sedih kan? Hmm
Pastu km pergi ke satu bangunan yg masih mengekalkan senibina rumah pada zaman andalusia. Kawasan yg kecik dan padat, tetapi dlm kawasan perumahan mereka masih boleh buat taman dan fountain untuk menenangkan kawasan perumahan. Hebat kan? Hebat ilham yg Allah turunkan kpd mereka, dan aku nk buat rumah macam tu one day, terasa nk kawen dgn engineer or arkitek lah pulak, haha okayy sudahh gedikss. Maaf.
Pastu km kembali kpd hujung jalan, yg mana sampai ke medan mezquita. Kat situ ada satu tembok yg memperingati abdul rahman 3 , dia bgtau bila masa pemerintahan dan waktu wafat beliau.
Kemudian km berjalan ke seberang sana pulak, ke sebelah kanan pulak, kat sebelah sana ada satu bahagian dinding yg bercorak islam dan sebelah lg bercorak lain. Nak tau kisahnya? Haha nantikan.
Kalo kita perhatikan,kawasan hujung dekat kawsan mimbar ada satu pintu, yang mana pintu itu bersambung dari mezquita hingga ke istana. So bila khalifah nk solat or ke masjid, just naik n lalui jambatan tu je lah, mudah kan?
Okayy kita kembali balik dalam kisah kenapa ada mcm corak yg diukir di dinding mcm tak siap? Okay begini, selepas kerajaan umayyah di cardova nie jatuh, maka mezquita ini pun jatuh ke tangan org kristian dan dijadikan gereja, tapi pada waktu itu ukiran islam masih lagi ada cuma mereka (kristian) takboleh ubah apa2 kerana terikat dgn perjanjian dan undang2 islam yg masih dikekalkan pada waktu itu. Pada suatu hari, ketua kerajaan kristian pada waktu itu, San Farnandan datang dan dia pun ckp bagus kamu telah jadikan ini kerajaan utk kita, kemudian paderi itu meminta kebenaran kepada san farnanda untuk mengubahsuai bangunan ini seperti menghapuskan ukiran islam dan tulisan khat di dinding2 bangunan. San farnandan membenarkan tetapi dgn syarat harus meminta kebenaran daripada Paus, ketua agama kristian di Rom. Maka paderi tersebut pun tulislah surat kenenaran, dan Paus meluluskan. Maka terjadilah pengubahsuaian terhadap mezquita. Kemudian , san Farnandan datang kepmbali ke Cardobva untuk melihat apa yg telah dilakukan oleh paderi tersebut, alangkah terkejutnya beliau apabila mezquita menjadi sedemikan rupa. Maka, beliau berkata, "ini bukanlah lagi masjid, bukanlah jugak gereja tetapi ini adalah kemusnahan"
Beliau arahkan kerja mengubahsuaian dihentikan kerana beliau seorang yg sangat mencintakan kesenian dan kecantikan, apabila melihat keadaan sebegitu rupa, maka beliau sangat kecewa. Sebab tu lah ada ukiran yg hilang dan ada jugak penambahan yg dibuat tak siap.
Kemudian km berjalan lagi ke Roman Gate dan Roman Bridge. Kawasan yg berhadapan betul2 depan sungai wadi kabir. Kawasan yg sungguh cantik dan menjadi penggambaran drama Spain U'olls. Dan km singgah jugak di hujung bridge ini ada satu lagi torre de la carahorra. Yg bermaksud qal'ah. Iaitu kubu. Ia merupakan pintu masuk utama para pengunjung ke cardoba dari seville.
Masuk ke dalam torrer de la carahora tu adalah sebuah muzium, yg dibina oleh seorang muslim yang menceritakan kehebatan islam dari segi ilmu dan teknologinya. Masha Allah hebat sgt Islam pada masa tu. Dari pertanian sampailah ilmu astronomi, dari gaya hidup sampailah bidang agama, semua ada dalam tu. Kehidupan mereka sgt toleransi dan boleh bekerja dan mentadbir dalam satu sistem sahaja dan menjadi begitu hebat. Khalifah dibantu oleh perdana menteri yg berbangsa yahudi dan dibantu jugak oleh saintis yg beragama kristian. Hebat kan? Kagum sgt dengan masyarakat andalus pada ketika itu.
Kemudoan ustaz bawa km pergi lunch kat kedai pakistan di kota , nasi briyani ayam dia, perghh terangkat beb! Sementara menunggu order, aku nad n syida pergi bersembang dgn kawan dari jordan, mereka menggembara bersama 5 org ke jerman, itali, paris dan spain. Hebat kan? Dah la perempuan pastu travel lg, hebat la !
Selesai makan, ustaz bg masa selama sejam utk solat dan berehat, kemudian sambung lg tour utk tgk tempat lain lagi.
Ustaz membawa km ke singgoga yahudi, iaitu tempat ibadah yahudi dan tempat tinggal mereka dalam kota cordova, km jugak melawat bekas tinggalan souq mereka di sana. Kemudian km keluar dari pintu gerbang utama di sebelah barat. Pintu yg sangat gah dan di tepi pintu itu terdapat kolam hiasan , menampakkan seni dan keindahan kawasan sekeliling. Hebat! Musuh datang pun terkejut, sbb di tembok kota terdapat taman yg begitu indah.
Kemudian km mengelilingi tembok kota dan ustaz ada cerita ada di atas tembok ada penambahan sedikit bentuk segi tiga itu, itu adalah ciri binaan rom yg ditambah masa kristian mula mengambil alih kota ini. Yang menariknya, ustaz ada menceritakan ttg pencintaan antara dua darjat yg berlaku pada zaman itu.
Nk tau cerita tak? Nak! Korang nie kalo bab cinta laju je, hehe
Okay la saya mulakan cerita.
Ibnu Zaydun dan Valada. Ibnu Zaydun hanyalah org kebanyakkan dan Valada adalah anak golongan bangsawan ketika itu. Pencintaan mereka dapat dihidu oleh ayah Valada dan ayahnya mendakwa Ibnu Zaydun dan Ibnu Zaydun dihukum buang negeri. Pada masa itu, ayah Valada telah mencari seorang lelaki yg setaraf dgn mereka untuk mengahwini Valada. Dalam tempoh itu, Ibnu Zaydan tidak pernah berkahwin sampailah ke usia tua. Ibnu Zaydan pulang ke tempat asalnya dan dia mengetahui bahawa Valada tidak lagi berkahwin, lalu dia pun pergi ke rumah Valada dan memanggilnya sambil bersyair, tetapi Valada tidak turun dari rumahnya kerana dia bimbang Ibnu Zaydun tidak mahu lagi dengan nya kerana wajahnya telah tua dan tidak cantik lagi. Sehingga itu, Ibnu Zaydun pun berlalu pergi, dan percintaan mereka berhenti di situ sahaja. Sedihhh sob sob sob
Selepas berjalan, ustaz ada tunjukkan hamam mashwi, tapi tak jumpa jalan ke sana, dan km jugak tak berpeluang nak mandi kat situ. So sad. Kemudian ustaz bagi kebebasan untuk berjalan di sekeliling kota dan melakukan aktiviti bebas. Ustaz ckp boleh tengok sunset lawa dari Roman Bridge, so km pun pergi ke sana. Tetapi ustaz nak beli souviner so km pun follow ustaz, lepas tu km pergi cari sewaan basikal, jauh jugak jalannya, huhu tp Alhamdulillah jumpa juga setelah sesat sesat, huhu
No comments:
Post a Comment