welcome

Monday, February 2

Kisah winter break part 1

Kisah perjalanan 9 sahabat bermula dari Iskandariah menaiki superjet selama 6 jam lebih ke cairo airport. Perjalanan yg jauh tak mematahkan semangat mereka utk menjadi pengembara di bumi Yg pernah mencipta kegemilangan islam yg terhebat. Kisah penggembaraan kami bermula.
Travelog halia dan kawan2 :
Sementara menunggu boarding ketika di airport, kami menunaikan kewajipan muslim dan ambil dinner yg dimasak oleh syahidah dan housemates. Wahh sedapnya, ya rabbi, haha sebab semua tengah kebuluran kan? Haha
Online online sembang cuci mata tgk foreigners kanak2 comel, sampailah masak untuk check in .
Berjalan masuk ke dalam untuk check in, seperti kebiasaan anak2 iskandar, km takut untuk masuk ke kaunter kerana visa kami blom siap lg di sini. Seperti yang disangka, km semua ditahan dan disuruh menunggu di tepi sementara pihak penerbangan berbincang utk melepaskan kami. Dalam hati, selawat dan berdoa moga urusan ini dipermudahkan dan kami boleh berlepas selamat ke Madrid.
Alhamdulillah setelah setengah jam kat tepi kaunter, sambil2 menunggu sempatlah bergambar beberapa keping buat kenangan. Setelah isi dan lepas, kami pergi ke imegresin pulak, kat sini juga risau, risau fulus pulak keluar untuk membayar denda 150 le. Kalut membuka beg mencari duit genih dan letak dalam poket, tapi Alhamdulillah semuanya lepas tanpa perlu bayar kecuali Nadzirah sebab dia terlupa nak bawa kernih.
Menunggu dalam keadaan yang mengantuk dan mamai, kami tetap menunggu dengan sabar sambil menonton natgeo pasal crocs vs hippo. Haha rindu nak tgk tv, huhu
Sesampainya dalam perut kapal, kepala aku terus terlentuk tertidur. Letih barangkali, begitu jugak yg lain. Hehe
Aisyah gosok lengan untuk kejut makan, yeayy. Sementara menunggu makanan pun boleh lagi terlelap, hehe luthfansa bukanlah menyediakan makanan halal untuk pelanggan kecuali di request. Tapi selamat je sbb dari egypt makanan masih lagi halal, lepas nie dari frankruf ke madrid makanan adalah tidak halal jadi kita kena pilih makanan vege je. Huhu bertahanlahh.
Mari tido lg.
Dalam masa tidak kesedaran tu, sudah sampai di frankfrut. Alhamdulillah, sudah sentuh dahi di tanah nazi ini. Selesai itu, dapat pulak wifi laju lagi best, masing2 masuk dalam dunia khayalan , dunia tanpa sempadan , yg dekat makin jauh, yg jauh makin dekat.
Tangkap gambar, main sembang cerita, belajar bahasa spain lg, dah nak masuk gate, dah nk boarding.
Jom . Nnt kita sambung lagi, inshaAllah. Adios.

No comments:

Post a Comment