Semalam sampai dekat spain, yeayy Alhamdulillah. Tak sedar pun masa mendarat, huhu sbb ttido lepas makan. Sampai je kat airport, km disambut mesra dengan ustaz azrul azwan. Mula2 cm segan2 gak, tapi bila dok lelama , haa boleh masuk sekali rupanya, haha thats normal halia, u easy to get in with others.
Perjalanan km bermula, cehh bajet sungguh ayat, haha
Mula2 jln naik metro, ustaz bg kad a day in madrid for all metro in madrid. Tiket tu harga 8.40 euro. Tu lg mudah n berboloi jika guna kad tuh, so jaga elok2 dehh. Spain terkenal dgn pencopet yg terkenal di dunia. Pencopet paling cekap dan cepat tanpa kita sedar pun, huhu kunci beg anda jika guna beg sandang belakang, kalo guna beg sisi boleh lah galas di hadapan. Tu cara yg terbaik, inshaAllah. Jika berlaku peristiwa yg tak diingini ini, dinasihatkan jgn menjerit sebaliknya jika sedar, cukup sekadar pukul tangan atau tempiskan tangannya. Nauzubillah min zalik. Moga terhindar dari benda2 buruk nie, amiin.
Perjalanan menaiki metro sgt mudah dan cepat, kerana sistem pengangkutan awam nya sangat cekap dan menepati masa. Boleh lihat di sekitarnya org kat sini amatlah berdisiplin dan hargai waktu mereka, berlari2 kejar metro dan dalam metro ada yg membaca melalui tab atau buku sendiri. Benarlah kata2 cikgu dulu masa sekolah, org2 eropah nie khususnya org berkulit putih (dulu lah panggil cam tu) sgtlah suka membaca walaupun depa kat mana2 pun. Kita patut contohi mereka walaupun kita sudah tahu membaca tu jambatan ilmu kerana tulah wahyu pertama yg Allah turun kan kpd kekasihNya, Nabi Muhammad saw.
Km ke stesen alvero utk simpan bagasi dan beg di situ, satu loker boleh memuatkan 3 beg bagasi besar, jadi km pun berkongsi loker , halia ain n negi, nad syaza n syida, aten, aisyah n faiq. Memang berbaloi,
Dari metro tu km turun di stesen Opera, kemudian km keluar dari bawah tanah. Haha
"Wahh boleh tgk real world of madrid!"
"Feeling cold tak?" Sbb kat dlm tak sejuk pun.
Bila keluar je dar situ, haaa baru tahu betapa sejuk ya madrid nie😅
Pastu yg lawak ya aku tertinggAl mafla yg lawa lagi tebal dalm loker. Haihh lah halia oii, hmm mcm2, hehe rasa nk tumbuk ja diri nie, hmm
Pastu km dibawa ke suatu istana lama kerajaan spain yg telah diambil alih oleh kerajaan kristian dulu, dipanggil sbg Royal Palace dan ada gereja yg agak besar di sebelah situ. Gereja yg ada byk patung, yg terkenal dgn pengaruh rom, sbb madrid nie diperintah oleh kerajaan castle yg berada dlm jajahan pengaruh kuasa rom pada suatu ketika dahulu.
Kemudian ustaz ckp tinggalan islam kat madrid sgtlah sedikit shj, jadi takbanyak boleh kita tgk kat sini, lepas tu km pun pergilah tgk tinggalan islam yg sedikit tu, tinggalan itu cumalah tembok masjid yg telah musnah, dan dipagatkan dan dijaga dgn elok. Ada sedikit gambaran asal plan kota lama islam dan kota sekarang yg telah dibina semula oleh kerajaan kristian. Ustaz kaitkan dgn pembentukan negara , seperti kerajaan maritim dan agraria. Barulah faham pembentukan kerajaan nie setelah 5 tahun belajar sejarah, huhu its worth tau dapat sejarah A+. Alhamdulillah.
Pastu kat setiap kerajaan mesti ada sungai utk kegunaan masyarakat setempat, dan pemerintah akan duduk di atas bukit sana memantau gerak kerja rakyatnya. Hebatkan kerajaan dahulu, sgt bijak dan sistematik. Mata aku tak terlepas menangkap setiap inci sudut di sekitar perjalanan ke sungai, taking big breath kat sini sgtlah worth. Cantiknya, subhanaAllah. Inilah negara yg aku idam dahulu, tapi perancangan Allah lg hebat, Dia berikan aku peluang emas ni utk melawat ke bumi Andalus ini.
Sungai rio dan jambatan yg dibina sgt ada kaitan dgn senibina islam yg hebat, binaan yg sama juga nnt ada di Alhambra. Nk tahu nntkan episod cerita dari ustaz . (Ustaz taknak bgtau td, sedihh, huhu)
Lepas tu, km bergegas lari ke masjid madrid utk menunaikan jamak takhir asar dan zohor serta jamak taqdim maghrib dan isya. Kemudian km pergi ke pasar raya halal di situ utk membeli sedikit makanan buat alas perut, Alhamdulillah. Km berjalan lg mencari restoran arab utk mkn malam, haihh perut dahh lapar minta makanan sbb seharian berjalan. Harga di situ agak berpatutan, diingatkan jgn convert wang tau, hehe nnt takmakan lah hang, haha range harga mkn disitu 4-8 euro. Sgt2 lah kekenyangan, Alhamdulillah.
Km bergegas lari ke metro kerana km ada masa kurang dr 2 jam untuk berangkat ke algeciras dgn bas. Berlari ustaz dgn dua doktor tu, km masih lagi relax, haa aku pulak sakit nie haa pinggang dan perut rasa nk nangis pun ada , sekarang pun sakit gak, sobsob
Km pergi ke stadium rasmi real madrid, yeayy. Walaupun aku tak minat bola tp aku suka je tgk depa main walaupun aku takpaham, huhu ka sebab ada cr kat situ? Haha tu mungkin sebab jugak, dok berangan kot2 jumpa cr tp hampehh haha takpa aku lebih ada cita2 tinggi nk jumpa Rasulullah lg dr dia, amin.
Pastu km bergegas lari dlm metro utk amik beg sbb km tersalah tgk jam bas bertolak, bas sepatutnya bertolak pukul 10 mlm tp km sangkakan bertolak pukul 10.30 mlm. Dan ketika itu sudah pukul 9.30 mlm , dan km perlu amik tp metro dan perlu melalui lebih 8 station utk sampai di tempat simpanan bagasi dan terus amik bas ke algeciras. Laju tak laju, km berlari sampai semput lahh, km amik beg pukul 9.55 dan hanya bekalkan 5 min tu km berlari menuju ke bas, Alhamdulillah drebar bas masih ada dan km kenalah marah sbb lmbt, km pun pergi simpan beg dibawah dan naik ke atas, fuuhhh rasanya, nk tercabut jantung dan rasa peparu tu kurang oksigen huhu sakitnya, tahan lalu aku tertido dlm bas tanpa sedar pun. Kaki pun sakit gak, buka kasut dan bersila sambil tido. Bangun je tadi dah sampai kat r n r sini, pergi toilet, gosok gigi dan jamah sedikit droo, hehe alhamdulillah masih lg sedar,
Bas pun dah mula gerak meneruskan perjalanan ke algeciras. Tapi tak nampak apa2 pun kat laur, gelap sgt, aku pun dah mulai menguap , so moh ler tido dulu, esok pagi sambut cerita lagi.
Lagi 4 jam kot akan sampai di sana, inshaAllah.
Selamat berehat pengembara cilik.
No comments:
Post a Comment