Okayy saya sambung cerita tentang gibraltar td, baru check point kedua td, hehe kemudian km ke atas ke tempat peak point jabal thoriq.kat situ boleh nampak dua lautan , 3 negara dan seluruh tanah dan lautan dari satu puncak yg sama. Menarik kan? Dan hebat kan? Sbb tu lah saidina thoriq bin ziyad tawan kawasan ini dulu sbb nk kuasai semua kawasan lain dgn mudah. Hebat syptrategik peperangan dahulu. Laut antartik laut mediantereanian, uk , spain n morrocco. Kita jugak dapat lihat jabal musa dari arah sini. Dan segala aktiviti darat dan lautan boleh dilihat dari sini.
Kemuadian bergambar dan diteruskan ke tempat lain pulak iaitu checkpoint terakhir iaitu the siego tunnel. Yg mana tunnel ini dibina oleh british utk meningkatkan kawalan dan sebagai kubu pertahanan ketika berperang dengan spain dahulu.
Kubu ini dibina dengan tenaga manusia sahaja dan panjangnya sampai ke bawah bukit ini, semakin ke bawah semakin stiff kawasannya. Km hanya memasuki sedikit sahaja, yg lainnya km byk bergambar di luar, di luar boleh nampak seluruh bandar gibraltar.
Kemuadian km dibawa ke gibraltar square untuk lunch dan membeli sedikit souviner lagi.
Km makan fish n chip yg mmg popular di uk, alhamdulillah sedap dan harga pun sedap, hehe
Kemudian km bergerak ke masjid ibrahim , yg dibina oleh kerajaan arab saudi dan di sana km solat dn berehat. Km kemudiannya menaiki bas, ketika itu hujan turun, cuaca kurang elok tetapi Alhamdulillah skrg dah kembali biasa, panas matahari tu dapatlah dirasai. Kembali ke square td , dan ambil teksi terus ke border dan keluar menaiki bas balik ke algeracis untuk mengambil beg dan menaiki bas ke seville. Skrg dah dalam bas dahh.
Td ustaz ada cerita pasal, kenapa Saidina thoriq bin Ziyad menawan gibraltar dulu? Kena dia tak p tawan atas dulu, seperti cardoba dan negeri yg lain?
Jawapannya, sbb kita perlu berada di atas supaya kita dapat menawan dan mengawal apa yg berlaku di bawah, tu lebih bagus dan cekap kerana kita dapat lihat musuh kita lain di arah darat mahupun laut.
Saidina thoriq bin ziyad dan musa bin adalah org dihantar oleh kerajaan umayyah utk menawan spain, lalu dihantar balik ke sana kerana sultan mulai khuatir yg mana takut jawatannya dan kuasanya dirampas. Selang 2 khalifah, kerajaan umayyah di damsyik telah musnah dan warisnya abdul rahman al dakhil telah melarikan diri ke cardoba, di sana dia telah menyatukan semua pemerintahan dan membuat kerajaan umayyah yg kedua di cardoba.
Ustaz ada cerita juga kenapa, org spain paggl org islam sini sbg moorish kerana pada ketika zaman kejatuhan islam, org spain telah menuntut 3 benda dari org islam, sama ada keluar islam (murtad) atau dihalau keluar dr spain, dibunuh atau masuk agama dia. So gelaran moorish itu utk org islm yg murtad atau semua yg dinyatakan di atas. Mereka tidak mahu ada kaitan dgn islam , lalu mereka mengelarkan masyarakat islam dgn gelaran ini. Moorish.
Sudah mengantuk, mau tido dulu, jumpa lg nnt, tunggu cerita di seville pulak,
Adios.
No comments:
Post a Comment