welcome

Friday, February 20

Alhambra, kota kemegahan disebalik kemusnahan.

Alhambra kemegahan dan kehancuran.
Kenapa nama dia Alhambra? Dan siapa bina bangunan indah ini? Kenapa ia dibina? Wow banyaknya soalan! Ok kita jawab satu2 dehh.
Dinamakan Alhambra kerana bangunan nya berwarna merah, dalam bahasa arab, ahmar kan merah, so dari situlah dia dapat nama. Okay bangunann ini dibina pada tahun 889 masihi oleh pemerintah Granada pada zaman itu. Arkitek Alhambra ini terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa, bersatu dan diupah oleh raja utk membangunkan Alhambra. Senibina yang halus lagi cantik dan sangat unik, penuh ciri2 keislaman dan dipenuhi dgn sistem teknologi yg canggih.
Yang popular di Alhambra adalah jam 12 singa dan dataran balai pengadapan yg jernih tu, unik kan? Ustaz dan mengisahkan ttg Granada yg dijatuhkan akibat perebutan kuasa. Kemudian dia telah diserahkan kepada kerajaan castel akibat desakan ke atas Alhambra. Maka penyerahan kunci berlaku pada 2 Januari. Sultan terakhir pada ketika itu ialah Abu Muhammad, dia telah membuat perjanjian dengan Raja fernadan pada ketika itu iaitu, ahli keluarga diraja sultan perlu keluar dari Alhambra dengan aman dan seluruh umat Islam di bawah pengaruh Granada bebas untuk mengamalkan  agama mereka. Pada ketika Abu Muhammand keluar dan dia berpaling semula ke Alhambra, dia menangis teresak-  esak dan ditegur oleh ibunya "usah kau menangis seperti seorang perempauan,kerana kau takpernah mempertahankan kota ini seperti seorang lelaki." Deep sungguh, dan quote ini sgt popular.
Kemudian diambil alih oleh castel dan berikutan dengan cerita ini, Cordova turut merasa tempiasnya. Peristiwa yg mana saya dah ceritakan sebelum ini, iaitu paderi di cordova meminta izin kepada king Fernandan nk ubah masjid, tetapi malangnya terikat dengan perjanjian, maka Raja Fernandan pun menyuruh paderi pergi menghantar surat kepada Paus di Rome. Maka diluluskan dan dibtalkan semua panjanjian, maka terjadilah pembatalan perjanjian dan masyarakat Islam diburu dan diberi pilihan sama ada ingin kekal Islam atau murtad. Masyarat islam yg kekal islam dihalau keluar dan mereka memlilih ke Maghribi dan yang kekal dalam negara berpura pura Islam dan wajib menggantungkan paha khinzir di rumah masing2 dan pintu rumah mereka tidak dibenarkn berselak supaya memudahkan mereka meronda dan melihat adakah mereka masih mengamalkan islam. Dan islam yg kekal hanya pada satu generasi sahaja kerana mereka yg dewasa takkan mengamalkan islam seperti solat di hadapan anak mereka, kerana mereka bimbang akan anak mereka akan memberitahu hal ini kepada orang lain. Ada satu perayaan itu, mereka mengajak org mourish (org islam yg telah murtad) ke majlis itu dan diasingkan serta diberi minum arak dan makan babi, sesiapa yang tak makan itu akan dibunuh segera itu jugak. Sedih kan? Dan kita dapat lihat banyak dah berita macam itu dekat negara seperti Rohingga dan tempat yg penduduk islamnya minoriti. Kemudian setelah mereka mengambil alih Granada, mereka telah membina satu Istana yg dibeli nama Istana Carlos V dan sebuah gereja yg besar untuk menggandingi Alhambra, tetapi istana yg dibina itu takpernah pun siap, kesian sihhm dan raja Carlos V itu tak pernah pun duduk situ, hoho kemudian ustaz bawa km ke atas kubu, dan ustaz suruh km bayangkan km nie as sultan Abu Muhamad yg terakhir, pandang ke arah tanah Granada nie, apa yg anda rasa? Anda telah mengecewakan ramai org dan Islam yg gah di sini telah jatuh disebabkan anda. Sedihh,,
Okay lepas tu, pusat pentadbiran castel berpindah dari Granada ke Teledo dan akhir ya ke Madrid. So Alhambra ditinggalkan sebegitu sahaja tanpa diusik pun oleh penduduk tempatan sehinggalah ada seorang penulis ini membuat tulisan tenatang Granada, yang menceritakan tentang Granada. Lalu ada seorang pembacanya, telah datang dan mencari dimanakah Alhambra, dan berita pencarian Alhambra diketahui oleh kerajaan spain apa ketika itu, maka kerajaan telah datang ke Alhambra dan menyelenggara Alhambra dan membangunkannya sehingga dijadikan tarikan pelancong sampai skrg. Semasa orang itu hendak datang dan melawat Alhambra, patung orang putih (kristian) telah dibuat dengan patung itu berdiri dan menembalikkan tiang yg bertulis "la ila ha ila Allah" dibawah, ini menunjukkan penghinaan ke atas Islam, dan patung itu diadabikan hingga sekarang, sedih. Dulu Slam yg gah telah dihancurkan sebegini rupa. Masyarakat islam ayuh bangkit dan bangunkan diri demi agama, ingat matlamat, dan menujulah kejayaan. 
Selepas tu, masa menurun bukit, ada seorang muslimin ini telah menyediakan perkhidmatan menulis Khat, aku pun ambil kesempatan untuk menulis nama aku di atas ketas itu. Cantik, Alhamdulilah, kemudian pergi solat dan kembali ke apartment untuk mengambil barang, dan bergegas ke station bas untujk mengambil bas ke Serre Neovada iaitu tempat orang main ski dan bersalji, km request kat ustaz, hehe Alhamdulillah ustaz bawa kami ke sana dan dapat buat snowman dan main salji, best! Hehe pastu ada ribut taktahan minum hot choc then sejuk lg, cari cafe yg bertutup pulak maka ke kafe lain dan order hot choc dan french fries, pastu ustaz dan boys datang join dan kawan2 yg lain jugak, seronok sungguh main salji, balik ke station bas dan nk beli tiket bas ke Valencia, tetapi tiket dah habis, huhu terpaksa lah km menungu bas keesokkannya.
Ustaz telah buat dua option, option pertama tunggu bas ke Valencia pukul 3 pg nnt dan yg kedua, tido di Granada dan nnt ambik flight terus ke Barcelona. So km pilih yg pertama, so bermula kehidupan agak merempat di station bas tu sampailah pukul 3 pg. sejuk tu jangan cakap lah, huhu pastu tunggulah, ustaz belanja minum hot choc, aku dah tertido dlm keadaan sejuk tu,taktahu nk buat apa kan, huhu pengalaman, haha aku suka ja, barulah dapat rasa macam mana org yg merempat tu dok dlm musim sejuk kat luar sana. Sedihh, ikhtibar kepada diri sendiri, muhasabah.
Dan akhirnya ke Valencia pukul 3 pg dan sampai ke sana pukul 12, dan skrg dah sampai pun ke Valencia, so nnt i sambung story k, daa

No comments:

Post a Comment