Okayy jom i cerita pasal smlm, okay smlm lepas makan, km keluar ke Camp Nou Stadium, iaitu stadium rasmi Baecelona Fc. Perghh, i takpernah pun amik tahu pasal barcelona tp tau messi n neymar je, tu pun tau nama je lah, hahabaca info, masuk stadium, tangkap gambar n buat macam2 lagi.pastu, km naik bas terus ke Montjuic Aragon di puncak bukit barcelona. Hebat, tapi tak masuk pun, hoho, naik bas sampai punjak, time kerajaan aragon depa tawan bukit ini, bukit ini sangat strategik dan menjadi kubu pertahanan mereka dari darat dan laut, dari laut boleh tgk laut meditereanian dan dari darat boleh tgk seluruh lembah barcelona dan city nya yg cantik. Kemudian km turun ke bawah dgn cable car, pergh terserlah kegayatan aku, hoho subhanAllah lagi sekali, sangat cantik, bumi yang Allah anugerahkan utk mereka. Dan km seterusnya ke masjid utk solat dan membeli belah utk masak2 malam nnt, kemudian pergi jalan2 sampai pukul 8, yeayy dah pandai guna public transport sini seronok, haha public transpot depa sangatlah smooth dan cekap. Moga Malaysia juga begitu kelak, inshaAllah. Pastu balik dan masak, makan, dan ada sedikit muhasabah dari ustaz dan cadangan serta komen km, balik kemas beg dan siap barang utk berangkat esok seawal 5 pg. Ustaz dah ke airport dulu sbb flight dia pukul 8 dan km pukul 9, maka dua org doktor yg baru grad ini bersama km ke irport, best gak cari jalan sendiri, hehe skrg dah dalam flight, moga perjalanan ini selamat dan sejahtera. Moga ibrah Andalusi juga tersemat di hati dan sentiasa bangunkan diri menuju Maradhatillah. InshaAllah.
Tamat sudah penggembaraan sembilan orang pengembara cilik. Jumpa lagi pada winter break dan cuti akan datang, inshaAllah . Stay tuned!
Doakan km!
Adios Espanya.
Adios barcelona,
Selamat tinggal winterbreak 2015!
Will miss u❤️
No comments:
Post a Comment