welcome

Friday, January 29

Sem 8

Assalamualaikum, haiii, mcm mana cuti? Buat tak list g nak buat tu? Dah complete ke blom? Hee bagi yg baru nk mula cutitu, selamat bercuti yer sis dan bro, moga cuti kalian bermanfaat.

Haa, haii adik2 abang kakak sekolah gigi, cam mana persediaan esok? Labcoat dah iron ke? Hee aduh selamat lah kembali ke dunia reality okay? Dunia fantasi dah habis, kena siapkan diri penuh berani dan rajin utk sem kali nie, dengarnya lebih mencabar dengan 7 clinic, 9 subjek dan non stop quiz dan patients, hmm doakan halia dan kawan2 ya. 
Jadual yg taknampak tak pack , tp i will expect the worst dulu. Huhuhu

Saya nk cerita pasal dahab,tp blom ada masa, nnt lahh okay?
Good night!
Doakan saya!
Kata semangat utk diri sendiri, dan i love myself badly๐Ÿ˜Œ

Sunday, January 24

Aku rasa

Sebenarnya trip aku bukan berhenti di Sinai, tapi kami terus ke Dahab lepas tu. Cuma aku rasa, dan aku bertanya diri sendiri, "sinai tu bukan kesalahan kami nk daki, bukan kami nak hebohkan kesusahan kami, atau nk tunjukkan apa2, tapi km hanya share pengalaman kami saja."
Mungkin pengalaman kita berbeza, so kita perlu terima pandangan dan cara org lain. Tak perlu pun condemn org lain, ckp aku pergi relax je, aku pergi mcm makan kacang je, dan macam2 lagi yg senang, tapi kita harus faham lain org lain cara penerimaan dan body stamina dia pun lain.
Sungguh, aku tak marah, tapi aku kecewa. Kalo kita tak suka akan satu keadaan tu, kita senyum dan senyap sudah, dan kita amik lah yg mana ada pengajaran tu.
Bagi aku org yg naik dengan begitu kudah tu, adalah org yg bertuah , aku jeles tau,sbb korang boleh rasa dengan tenaga sendiri, happy dan senangnya naik atas tu, sbb korang dapat hayati mcm mana nabi Musa as naik atas tu pun sendiri tapi saya takpasti dan wallahu 'alam lahh perasaan nabi tu bagaimana waktu tu.
 
Kenapa pilih sinai?
Semenanjung sinai, adalah antara semenanjung yang ada di mesir, yg memisah antara benua asia dan afrika , duduk antara dua selat , dan tempat nabi Musa as menerima wayu kitab taurat. Hebat kan?
So mana mungkin kita tak memilih untuk melawat tempat anbiya sebegini. Kita harus pergi nerjalan dan mengambil ibrah sebanyak mungkin , bukan sahaja kita menikmat suasana indah alam, tapi tengok dengan pandangan hati, ciptaan Allah, lukisanNya yang indah, tempat singgah manusia sebelum berjumpa dengan Nya. Maka, ucaplah subhanaAllah.

Di sepanjang perjalanan di sinai, kami singgah melawat makam nabi Soleh as dan makam nabi Harun as. Seterusnya berhadapan dngan makam nabi Harun as terdapat patung samiri penyembahan kaum yahudi yang nabi Musa tinggalkan mereka selama 40 hari. Patung tu hanya tinggal ukiran di batu.





Cari patung samiri tu? 

Kemudian, sepanjang perjalanan aku tidur, hahaha sampai dekat dahab, depan hotel pun tak mahu turun sbb terlalu penat sangat๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜‚
Tu je cerita di sinai, mungkin nnt ada waktu , next entry cerita pasal Dahab pulak. InshaAllahh.

"Jika inginkan tarbiyah sehebat nabi Musa as, nanda harus daki Sinai"
"Sinai bukan tempat batu atau pelancongan, tapi tempat kita terima ujian, cabar diri, letakkan kita dalam kesusahan nabi dahulu dalam menempuh payah berdakwah di jalan Allah"
"Akhirat tu payah, dunia itu murah, sebab tu kalo penat, ingat balasan payah tu lagi indah"

Sinai, satu pengorbanan.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Assalamualaikum, fuhhh bertahan je nk bercerita pasal trip kali ini. Second trip round egypt.
Mcam saya ckp dalam post yg lepas, mungkin kami yg belajar kat sini , taknampak how beauty Egypt is, sbb kmduduk dan dah kenal sgt egypt, katanya, tp di sebalik Egypt yg kami sangka, seperti langit dan bumi, bukan indah khabar dari rupanya yang pasti. Egypt , Ardul Kinanah, Ummul Dunya. Tempat Firaun, tempat nabi Musa dan banyak lagi gelarannya. Yang pasti anda akan mudah terjatuh cinta akan bumi Allah ini.

Okayy, jom saya cerita pengalaman pendakian Ke puncak Tursina dan seangkatan dengannya. InshaAllahh.
Kami mulakan perjalanan ke Sinai pada jam 7 pagi , dan kena lalui banyak jugak checkpoint yg rasa mcm dah kat palestine dahh hee. Tp Alhamdulillah semuanya baik2 saja. Kisah sedih , bila singgah resthouse kami terpaksa tunggu giliran nk guna toilet sbb share lelaki perempuan dan terpaksa tunggu air dipasang dulu baru boleh guna, ttba masa last tu ada kawan ckp, "aku mmg datang nk tgk toilet dia pun" betul lahh, org tgh nk gosok gigi ttba air tu dia tutup yg main tu, dah mcm mana nk pakai, dah bayar dah bayar. Hmm well egyptian kan?

Sebelum ke sSinai, aku takpernah cerita pelik pun dttg sinai, kesusahan nk panjat atau apa2 lahh, semua yg aku tnya, semua ckp best dan semua yg positif lahh. Kami mulakan perjalanan yg panjang tu pada pukul 11.30 mlm, aku janji dengan Amirah utk jalan sesama siap ada password lagi , iaitu, bila aku sebut 'Rendang' dia akan jawab 'tok' hee mcm kem tak? Hahaha
Tapi bila sampai half jalan pendakian, aku terpisah dgn Amirah, sbb aku terlalu lembap jalannya, aku asyik berhenti je, tak fit langsung. Sedih jugak tp aku seuka je dalam jalan sorang dan tak beban kan org lain utk tunggu aku. Aku jalan sambil mkn coklat bar, sbb aku nk refill energy kononnya. Lepas tu, aku rasa seksa nafas dan jantung aku berdegup laju macam tak sempat nk pam darah tu , hmm sakit dada sebab pressure pun sakit, rasa mcm nk putus asa je, sepanjang jalan tu aku diam, ttba aku teringat kelas bicara hati AsmaUlhusna masa tafaqquh, alhamdulillah, it really works. Aku dok sebut Al Qowiy, Al Hafiz tu je, zikir nama tu je, sambil dalam hati berdoa, aku kena sampai puncak, jgn give up, everytime penat, aku berhenti dan gigit coklat dan aku sebut, SubahanAllah, sungguh Allah tu dekat je dgn kita, selalu ada bila kita perluNya. Aku yg rasa kaki nak lucut nie, ttba bila aku gerakkan kaki ringan kembali bila setiap kali nk mula langkah bila berhenti. Aku rasa je nk pitam tapi aku ckp lagi kat diri aku,
  " kalo kau pitam, kau fail, kau tak rasa rugi ke, kalo ada peluang dah nk panjat nie, pastu kau give up, pastu kau tak sedar ke, nielahh jalan yang nabi Musa as jalan dulu tau" 
So aku kembali semangat nk sampai atas tu, walaupun cuaca sejuk gila, dan membeku sehingga -3 kat atas puncak, kami gagahkan diri jugak nak ke sana. Tahniah korang, serius moment daki Sinai mmg akan kenang sampai bila2.
Dalam perjalanan tu banyak jugak negatif vibes, tapi yg negative tu semua berjaya naik sampai atas, alhamdulillah, dalam2 banyak kenangan tu, ada satu rungutan aku kat Amirah "Amirah, kita nie datang bercuti ke datang kem motivasi" Astaghfirullah, rasa nk cili je mulut aku, bila aku ckp tu, time aku ckp tu dah 5 pg dan selamat sampai ke puncak, kami ttgh tunggu nk tgk sunrise dan solat subuh.
Tapi serius tau, cantik sangat sunrise, walaupun sejuk dan banyak gila dugaan yg km terima, semua nya berjalan lancar. Alhamdulillah. 
Tahniah kawan2 yg berjaya daki dgn kaki kurniaNya . Dalam langkah kita sepanjang di Sinai tu, adalah langkah2 para Anbiya dahulu, so kita harus berasa bangga lah, sbb kita dapat peluang sampai ke sini.
Ttba aku imagine, Nabi Musa as gigih utk berjalan mencari Allah, untuk terima wahyu dalam usaha mengembangkan syiar agam Allah masa itu, susah payah nabi panjat gunung tu sangatlah perit, tapi nabi berjaya, maka apalah sangat kita dgn ujian sebegitu bagi pendosa mcm kita. 
"Benar, jalan ke akhirat tu susah, jalan ke dunia tu senang, tapi pilihlah jalan akhirat nescaya kau juga akan dapat jalan di dunia"
Sungguh, jalan menuju Allah tu payah, tapi tu lah ujian Allah utk kita, dan jika kita bersabar, nescaya Allah tu tolong kita untuk mudahkan segalanya. Biiznillah.

Coretan penuh emosi dan ibrah.

Monday, January 18

Manfaatkah hari anda?

Hmm tajuk dushh tumbuk diri letak kat dinding hee
Soalan yg patut aku tnya kat cermin dan oantul balik kat diri aku๐Ÿ˜‚

Okayy, kan aku dahh g jaulah suwa tu, pastu balik tu, siangnya aku g bersosial kejap sampailahh malam, balik je tu hantar my hello kitty yg nk g travel eastern europe tu, alahai sedih je hati kecik aku nie๐Ÿ˜ฟ sedih sbb org g jalan best2 tapi aku , hmm takpalah rzeki kan? Egypt pun best apa, rugi aku tak jalan habis lagi nie๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Pastu hari nie, ingat nk g jogging pastu ttba ribut angin kuat sampai jadi planet marikh kejap alex hari nie๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข so amik langkah berjaga duduk bertapa dalam umah je lahh, 
On laptop, pastu biarkan dia bunyi sorang2, buat aktiviti cuci umah yg paling suka sekali cuci toilet dan dapur, puas hati aku selama nie, dah lama aku geram lantai kat dapur tu, yes, semua dah mati, aku dah chlorox kan semua lantai satu umah hari nie๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ walaupun umah bau chlorox tp aku tetap gembira sbb dah cantik๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป
Alhamdulillah, barulah rumahku syurga ku๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Sebelum tu, sembang dgn laili, hee haii laili, finally ur name is here. Hohoho gosip2, cerita2 pastu sambung mop guna pewangi pulak supaya wangi balik umah ini๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Pergi meeting, pastu buat kerja. Hee
Perasaan dia bila, kau buat kerja ada 10 chatbox yg kau kena handle ada dua kerja berbeza yg kau kena buat, dan ipad n fon kau dok bunyi jugak, rasa mcm stress je bunyi nie๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ tp tu eprasa mcm tak kesunyian dan kita buat kerja yg bermanfaat kot!
Alhamdulillah, moga Allah berkeberkatan waktu tu, walaupun aku selalu rasa tak cukup๐Ÿ˜ข
Housemate mai sembang, gosip lagi, dan halia kau kena kuat! Walaupun org kata kau bodoh terima keja ini, tp at least kau bekerja yg kau suka dan dapat tlg org lain. Besar tau pahala tlg org lain๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ ingat tu.

Hati kuat๐Ÿ’ช๐Ÿป
Jiwa kental❤️
Peduli org kata๐Ÿ™‰
Jaga amanah saja๐Ÿ˜‰

Saturday, January 16

Winter break 2016

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillahh.
Selesai sudah oerang kami 10 subjek untuk semester 7 kali ini.
Penat dan malas tu ada, tapi tu tak kesahlhh sbb dahh selesai dahh.
Hmm kadang2 menyesal jgak belajar main2, tapi bila masuk exam baru tau diri tu takat mana. Adehh.

Semalam lepas je exam, aku balik umah kemas bilik dan buku2 sem nie, pastu g meeting. Hmm pastu balik umah kemas barang nk ke jaulah pulak, alhamdulillahh jauhlah kali ini best!
Terimakasih semua yg terlibat kawan2 dan juniors dan seniors yg ada nie๐Ÿ˜Š

Kami bertolak ke siwa malam pukul 12 lebih sudah, sampi di sini sudah pukul 10 , jalan2 sekitar siwa dan ptg kami pergi ke gurun pulak untuk tgk oasis dan naik kereta laju2. Gayat tu takpayah cerita lahh. Dengan sandborading yg ntah apa2 tu, aku naik sampai tersembam, aduhh sakit gila kot. Naseb cool je depan kawan2 hee. Malam jalan pulak kat pekan siwa, beli kurma utk bawa balik alex. Sedap tau kurma sini. Aku pernah beli masa 1 st year dulu je, hee

Hari nie kami bertolak ke matrouh pulak nak tgk pantai lawa2 kat meditereanian nie, hee serius lawa sgt, takjub rasa. SubhanaAllah. Lukisan bumi Allah tu takde tandinganNya ❤️

Aku mampu letak gambar je. Jemput2 tgk, kot2 ada yg ingin lawat ke mesir nnt boleh datang ke sini. Hee inshaAllahh.

Safari siwa, naik kereta turun bukit dan jalan2 dekat gurun

Uyun Cleopatra, mata air yg bila musim sejuk dia panas dan bila musim panas dia sejuk. SubhanaAllahh

Tasik garam, di siwa. MashaAllah, nikmat yg Allah kurniakan utk masyarakat siwa di sini. Ada garam yg dieksport ke luar siwa dan seluruh mesir

Di pantai Ageeba. MashaAllahh, kagum tgk 7 tona color air kat sini, masa sunset lagi cantik org kata.

Hee, nie baru trip pertama cuti winter halia, jumpa trip akan datang, inshaAllahh.
Egypt looks nothing, but Egypt has everything❤️