welcome

Thursday, May 28

Transit in Dubai

Assalamualaikum, hmm sedihh, dahh dalam perut pesawat nak balik msia, sobsobsob
Nak stay sikit lg kat sini, sbb blom puas jalan, 
Kalo ada rezeki nak singgah n berjalan lagi, inshaAllah :)

Ramai yg berkongsi tips utk keluar masa long transit, dan saya pun nak share jugak pengalaman saya transit dan keluar dari airport dan melawat kawasana2 menarik di Dubai.
InshaAllah.
So lets begin.
Sorry kalo perkongsian saya kurang menarik , tp taksalah utk buat ala2 travelog huehue

Saya bertolak dari Alex pada pukul 12.45 pg , so sampai kat dubai pukul 7 pg waktu tempatan. Lebih kurang 4 jam sahaja. Dan km akan bertolak balik ke kuala lumpur pukul 9.45 malam waktu dubai. Kiranya cuma 15 jam km transit di dubai.
Sampai kat terminal, km keluar naik teksi ke terminal 1, sbb nak amik metro untuk ke dubai mall, alhamdulillah km dapat pemandu teksi yg baik lagi informative n dia adalah org syria yg bekerja sana, alhamdulillah, dia cadangkan km amik noi card, iaitu card metro yg hanya bernilai 25 AED yg boleh guna daily dan boleh ke mana sahaja, kalo beli setiap kali nak naik mahal, soanda disarankan beli kad noi, beli kat kaunter je, so senang :)
Kemudian , km pun naiklahh metro ke dubi mall, mashaAllah nk sampai ke mall tu, jauhh sangat, saba je lahh kaki berjalan, haha sambil jalan sambil selfie, alhamdulillah tak penat sgt! Haha
So saya dan kawan saya, aka my kak long, fatin telah buat sedikit pembacaan dan kajian tempat utk dilawati sebelum transit lg.
Km book tiket burj khalifa awal dan tiket underwater zoo . Haha saja sbb lama rasanya tak feel as kanak2 riang pergi zoo, haha

Tiket burj khalifa sgt digalakkan beli awal sbb kalo beli on the spot harganya 4 kali ganda!
Km beli sampai level 124 je, 126 AED, lebih kurang RM 126 jugak, sbb currency UAE lebih kurang currency msia aje, alhamdulillah tak terasa sgt lahh, tp harga brg agak 2 kali ganda lahh, sbb lg pun depa kan taraf hidup lebih tinggi lagi msia lagi, so okayy ajaa.

Tiket underwater zoo , km memilih utk underwater tunnel and underwater zoo, 70 AED per person. Km memilih utk pergi aquarium sbb alang2 dekat dubai mall, so sekali harung semua lahh, pastu pulak, nak lawat jugak makhluk Allah dalam air, sbb lama tak tgk.

Lepas tu , km amik metro terus ke ibn battuta, iaitu theme mall yg terbesar di dunia, ada 6 theme semuanya, egypt, persin, andalusia, tunisia, china dan india. Sangat menarik, dan foodcourt nya diletakkan di dalam court andalusia, dan lelangit bumbungnya di lukis bentuk awan dan langit tiruan yg seakan langit yg terbuka, sangat menarik.

Kemudian, km naik metro lagi ke deira, tp malangnya km salah berhenti stesen, so kmterpaksa amik teksi ke old dubai, deira floating side, utk menaiki bot yg hnya 1AED sahaja. Tetapi pemandu teksi tu hantar km ke tempat lain, cabaran betul petang tu, so km jalan kaki di sepanjang persisaran pantai itu. Jalan punya jalan, alhamdulillah akhirnya km dapat jumpa jugak tempat utk naik bot.

Km naik bot dengan ramainya lelaki dalam tu, mak aihh, cuak pun ada, tapi nasib jugak ada perempuan yg lain , kiranya km tetap minoriti, huhu

Lepas tu , km amik teksi ke terminal 3, utk pulang ke msia. Huhu penat tapi seronok dan puas hati, sbb km cari sendiri dan berdikari for first time.
Dan kat sini jugak, kita lebih kenal kawan kita , bila kita travel mcm nie!

Ukhwahh tu lagi mantap lahh, beb! Hehe

Harap post nie membantu bagi sesiapa yg mahu transit di dubai dan menikmati bandar Dubai secara keseluruhan. 
Sebarang pertnyaan boleh drop di sini, atau hubungi saya di fb :)
*alamak, feeling famous pulak, hoho

Selamat ber summer break. Moga cuti yg panjang nie dapat digunakan dgn sebaiknya. :)
Pesanan lebih sikit kpd diri ini.

3 comments:

  1. Kak haliaaaaaaaaaaaaaaaa bestnya transit lelamaaa! How I wish boleh transit lama jugakkk T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, 😉 enjoy ur holidays, n spend ur time with ur family k, :)

      Delete