welcome

Saturday, May 6

10 hari di Cairo

Assalamualaikum wbt. Haa kerap pulak menulis blog kann hahahaha
Alhamdulillah hari nie hari terakhir di Cairo dan pulang ke Alex.
Kami ke Cairo untuk ke kelas Tahsin Al Quran , alhamdulillahh dah habis kelas dlm masa 5 hari je. Baca kemain laju, dari 7 pg hingga 9 malam, hmm. Sheikh2 dan sheikhah tlg ajarkann. Alhamdulillahh habis jugak. Aku baca 6 hari,ahh baru habis, hee aisyah n syida baca 5 hari je, laju, aku peringkat tram sikit hee depa ets. Hahhaa
Baca al quran best sgt pastu aku baru sedar aku ada dyklesia, hmm huruf aku baca main2 terbalik .  ู† aku kata ุจ ุช pulak aku kata ูŠ hmm asyik kena marah, tapi aku sedih lahh sbb tu masalah aku, susah nk betulkann . Doa2 aku dapat baca lebih baik lepas nie. Hmm
Lepas hari ke 6 , kami kena tahsin pulak dgn Sheikh Nabil, utk dpt sanad. Aku tak amik pun, Aisyah n Syahidah je amik, so nnt boleh baca al Quran dgn depa lahh hee. 
Ada masa aku rasa malas sgt nk habiskan alquran tu, pastu ttba aku baca al quran dlm surah al Nahl. , ttba ada nama aku, pastu sheikh ckp, tu tgk dlm al quran ada nama awak, pastu baca lagi ayat seterusnya ada pulak nama Abah๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ aku terus rasa nk nangis. Ya Allahh, ayatMu sgt menyentuh hati, org yg malas terus insaf dan rasa kagum sgt. Kena praktis utk terus baca dan kerap lagi baca. Balik azam nk beli al quran yg lebih besar, so lepas solat bo,eh baca hee.
Doakan saya istiqamah๐Ÿ’ช๐Ÿป
Pada hari aku khatam tu, aku happy sgt, sbb aku berjaya habiskan dlm masa yg sama result pun keluar, alhamdulillah for very first time aku dpt result pangkat mumtaz๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ nangis aku tau masa dpt tuuu. Tp disebab result sem lain mcm biasa je, so aku grad dental school dgn pangkat jayyid jiddan je. Alhamdulillah. Terimakasih mak abah doakan, dan kawan2 yg banyak tlg. Terutamanya 4 flat, Nusaibah yg tlg ajar study sesama . Mesti nnt zaman sambung master rindu huhuhuhu
Pada hari tu, Allah bg nikmat byk sgt. Sampai aku nangis sedu sedan. 
Lepas hari tu, kami jalan kat cairo pulak, pergi cairo tower, opera house , museum egytian. Best tgk mumia firaun. Dalam alquran ada cerita, mayat dia Allah simpan utk bg kita tgk dan amik iktibar. Byk jugak pengajaran aku dpt, pastu ttba rasa mcm sambungan tour dari aswan ke luxor dan cairo hee
Hari kedua, pegi hadiqah azhar, pergi Cairo Festival City, mall dan balik. Pastu next pergi islamic museum pulak, ada nama msia tau kat museum tu bangga sat hee ada nama melaka jugak hee. Lepas tu pergi jalan2 kat tepi nil, naik boat malam2, balik pengsan terus, hahahaa
Dan hari nie kami balik alex. 
Kat cairo best jugak hidup tp takut lahh sbb ramai org sesak, tu yg tak suka sgt. Tp yg best sekali makanan lahh, byk sgt kedai best2, kedai thailand, kedai melayu dan kedai indon, setiap hari ada je kedai aku p hee. Alhamdulillahh. Taksabar tunggu along n mak maii. Bawa depan jalan2. Hee
Okay lahh , jumpa di next page, hee 
Thankyou baca blog tak seberapa nie hee.
Love, 
Halia❤

Wednesday, April 26

Luxor Aswan, ditawan!

Assalamualaikum wbt. 
Tahniahh halia dah habis grand final dental school๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
Semoga cuti yg ada b4 grad digunakan dgn baik๐Ÿ˜
Lepas je exam 12hb, 13hb tu ada lagi ot. Pastu kami cuti sempenan easter break sampai 16hb . Lepas tu ada garage sale , jual brg2 dentist. Alhamdulillahh dahh habis dahh๐Ÿ™†๐Ÿป thankyouu adik2 beli moga dapat digunakan ๐Ÿ˜Š
Lepas je garage sale, mlm tu aku ke cairo airport dgn Afiqah, new partner in crime ๐Ÿ‘ฑ๐Ÿป♀️ kami ke Aswan!
Fuhh, keputusan nie mendadak, plan dah lama nk pergi tp tak g pun cari tour agent yg boleh bawa ke sana, maka, nekadnya kami berdua, kami pergi ke tour arab utk cari agent. Alhamdulillah berkat jalan tengah panas kami berjaya jumpa hee. 
Jumpa hari rabu, hari jumaat dah terbang ke sana. 

Cruise : usd 40 semalam , kami duduk 3 malam usd 120
Tiket flight : le 1642 (berubah ikut masa)
Belanja : le 500
Abu simbel : usd 70
Nubian village : usd 20

Gerka ke cairo dgn superjet pukul 1 pg sampai di cairo pukul 5. Solat subuh di airport dan breakfast nasi lemak tempah kat ksp hee. Sambil tunggu tu, sempatlah berbual dgn seorang Dr pakar kanak2 hospita, Damanhur, dulu study kat alex jugak, dia dlm perjalanan ke Jerusalam utk menghadiri acara kebangkitan nabi Isa as dari persemadiannya. Ini adalah acara tradisi dan kepercayaan org2 kristian. Saya pun takpasti sgt apa sebenarnya tp begitulah cerita Dr tu kepada saya dan Afiqah. Pukul 10 kami masuk utk check in dan tak sabar nak mendarat di Aswan๐Ÿ˜
Kami sampai di Aswan sekitar jam 1 petang dan dijemput oleh Tour Guide, Me Galal dan turut dlm tour kami tu adalah Dr Alia Sagad dari Iraq , beliau Dr pakar sakit puan di bahgdad. Wahh best jumpa dan kenal ramaii org๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Lepas ke airoprt kami diberi lunch pack dan teruskan perjalanan ke High Dam yg dibina di Lake Nasser pada Zaman pemerintah pan Jamal Abdul Nasser dan disiapkan pada zaman pemerintahan Anuar Sadat. Ada byk cerita disebalik high dam, tp taklarat nk taip hahaha high dam nie bukan saja empangan tapi jugak kawasan penjana elekrik. Di dalam tasik tu ada buaya, ikan dan sebagainya, sbb tasik tu adalah dari sungai Nil sebenarnya dan 40 km persegi kawasan tasik itu berada dalam wilayah negara Sudan. Dulu2 tasik ini adalah tempat org Nubia, lepas nk buat tasik nie, depa dihalau keluar dan dipindahkan di kawasan sekitar aswan, jauh dari kawasan tasik itu. 
Lepas tu, kami ke Aswan dam pulak utk melawat philae temple. Philae temple tu sebenarnya dalam aswan dam, so bila depa besarkan kawasan tu depa ubah temple tu ke tempat yg lebih selama mcm sekarang, so kawasan dam nie sgt cantik. MashaAllahh.

Kemudian ke kedai perfume, tak beli pun main bau2 je hahaha pastu ke Nubian Village dengan Dr Alia je sbb Afiqah tak sihat. Sepanjang perjalanan ke nubian village saya sgt kagum, dan sangat takjub, ada byk tempat menarik di mesir nie yg blom saya terokaii. Sampai di Nubian illage dah maghrib, kemudian kami minum teh di guest house dan apa yg mengejutkan dalam guest house tu ada buaya๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ
Dua buaya besaq dan dua yg kecil, mr galal mintak kami pegang tapi aku takut walaupun dia cuma anak buaya. Sudahhlah dulu aku kenal dgn buaya darat, aku taknak kenal lagi, ehh hahahaa

Balik ke hotel dan makan malam, fuhh makan dalam cruise tau iols hee sedap sgt!๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
Lepas mkn kami naik atas deck, hee cantik sgt suasana kat aswan bila malam, dari sg nil pulak, lagi cantik. MashaAllahh๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Lepas subuh, cruise kami terus bergerak ke Edfu. Dalam perjalanan , kami singgah di Horeris Temple, crocrodile museum dan edfu temple, haa di sinilah kami berkenalan dgn keluarga yg join cruise nie jugak. Ada keluarga kecil arab , pasangan yg dtg honeymoon, hmm yg nie aku kena jadi tukang tangkap gambar sbb dia kata aku pandaii amik gmbr, amboii bodek nmpk hahaha kemudian family dari Brazil hee kami panggil depa family in law sbb anak dia hensem bangat sih tapi sayang dah ada girlfriend maaa huhuhu

Lepas Edfu kami terus ke Esna, kami tengok Esna Lock , best sgt, nk tahu mcm mana, boleh tgk kat youtube, sbb buat video tapi disebabkan malam, maka takdapat nk tunjuk apa2๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
So pagi tu bangun terus sampaii di Luxor๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Di Luxor seharian kami berjalan di sekitar bandarnya, dari east bank ke west bank, dari darat ke dlm tanah tgk firaun, pastu naik kuda keliling kota luxor. Asyik sekali aktiviti kami di sini. Alhamdulillah Luxor tidaklah sepanas aswan, angin dari sg nik sempoi2 bahasa menyambar pipi dan melayangkan yudung tu sudah memadai utk katakan suasananya cukup windy dan bagus sekali๐Ÿ˜Š
Dari Karnak Temple, ke Hephutsut temple, king of valley dan luxor temple. Fuh semua tempat nie ada gambar dalam buku sejarah tauu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ rasa bangga gila dapat tgk dgn mata sendiri. Kagum dgn ilham yg Allah berikan kpd org dulu utk bina binaan seperti ini. Sejarahnya jugak hebat. Dan boleh kutip byk pengajaran. 
Pada keesokan pagi isnin tu, kami pulang ke Cairo pada jam 6.30 pg dgn Flight di Luxor. Kemudian menaiki bas ekspress ke Alex, sampai di Alex jam 1.30 ptg. Alhamdulillah. Tamat sudah pengembaraan dua kakak di Luxor dan Aswan. Walaupun saya terkilan takdapat pergi Abu Simbel๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ semoga jodoh saya dan mesir masih ada, makanya boleh dtg melawat lagi๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ inshaAllahh

"Nil dan Mesir adalah Jodoh, tanpa Nil tiada Mesir dan tiada Mesir , tiada Nil"
Jika kita perlukan jantung utk menjana darah ke seluruh badan, Mesir memerlukan Nil untuk memberi nadi untuk rakyatnya teruskan hidup.
Air deras tetapi tenang di sepanjang Nil menggambarkan betapa byknya Nil menjadi saksi kehebatan dan kejatuhan tamadun Mesir sehingga sekarang. suka duka mesir, Nil juga menjadi saksi .


Hidup di sini susah, namun mereka tetap teruskan, dalam pengembaraan kali nie, saya dapat kenal pelbagai jenis org dan tingkah, mereka adalah rakyat mesir yg mencorak sendiri negara mereka, menggambarkan bagaimana negara mereka. Semoga Allah sentiasa memberkati bumi ini.
Harap dapat dtg lagi ke sini!๐Ÿ˜





Wednesday, January 4

Fayoum Dalam Sejarah✨

Assalamualaikum , hee sihat semua? Haa lama pulak tak menulis rasanya hohoho
Haa berkaitan dgn tajuk , saya suka hati nk share pasal oengalaman jaulah saya ke Fayoum pada minggu lepas. Trip nie kami plan sendiri pastu minta driver arab bawakan. So sebanyak 10 org anak2 pergi ke Fayoum dgn senang hatinya tanpa ada musyrif (ish2 jgn ikut deh akak2 punya perangai nie) ๐Ÿ˜ซ
Mula2 kami plan nie, syaza yg plan pastu dia ajak org lain. Kami pun diberi tugas utk google utk cari tempat menarik di Fayoum. 
Hasil pencarian kami :
1. Tasik Qarun
2. Istana Qarun
3. Kincir angin Nabi Yusuf
4. Air terjun di wadi Al Rayyan

Maka, kami pun berjaulah lah seawal 7 pagi bertolak ke sana. Kira2 lebih kurang 4 jam dalam tramco , kami pun selamat tiba di istana Qarun. Yg mana terletaknya di tengah padang pasir dan bayaran masuk ke sana le 20 seorang atas nama pelajar. Dalam tu takde apa2 pun, cuma istana tinggalan sahaja.

Sepanjang perjalanan masuk ke Fayoum tu, kita akan lalu tasik Qarun, so kami pun tak singgah tgk dari jauh je lahh, dan tambang tramco sorang cuma le 225 sahaja, berbaloi lahh hee.

Kemudian kami , kami pergi pulak ke Wadi Al Rayyan, haaa kat sini pelbagai benda menarik ada hee, nk masuk ke wadi kena bayar seorang le 40 sebab nie adalah world heritage site, so kena lahh byar hohoho pastu p wadi al rayyan yg ada air terjun iaitu satu2 nya air terjun di bumi mesir nie☺️

Lepas tu kat wadi nie ada satu tasik, tasik tu boleh naik sampan dan kat situ jugak org2 temoatan ternak ikan. So kami pun naik sampan, bayar seorang le 20, satu sampan boleh naik 5 org sahaja, sbb satu sampan tu le 100. Atas sampan tu bercerita lahh dgn pakcik pengayuh tu, sambil2 tu kami dapat peluang untuk kayuh sampan sendiri. Pengalaman baru nie , so kena cuba๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Lepas naik sampan, kami pergi pulak main parasailing๐Ÿ˜Œ
Semua org nk test adrenaline rush masing2๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Aku n nani tak naik sbb aku ada masalah kesihatan sikit, mata aku nie haihh, dan nani pulak gayat hahahaaha tgk kawan2 naik sedih tauu sbb aku takdapat naik๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ tapi takpalahh nnt kat temoat lain boleh try hee

Naik tu sorang bayar le 100, naik tu dalam 1 minit lebih je. Mesti best hee
Nahh gambar depa

Habis je aktiviti tu kami pun balik, tapi kat sana boleh jugak naik sandboarding tp ceq rasa tak berbaloii hohoho sebab bukit tu kecik sgt hoohoho kalo nk naik sandboarding best naik kat siwa ye hee

So trip nie taklah mahal sgt utk seharian kita pergi. Boleh plan dan ajak2 kawan2 so budget akan sikit dan kita dapat enjoy dgn kawan2 dan dapat kenal dgn lebih rapat lagi, inshaAllahh

10 budak hitam kat padang pasir hee

Okayy, nnt saya cerita pulak ye cerita saya ke Dumyat inshaAllahh, doakan saya๐Ÿ™†๐Ÿป❤️

Sunday, September 18

Ke sahara๐ŸŒต

Great escape
Orang selalu cakap "Mesir" mesti org terbayang pasal padang pasir kann? Haaa so aku pun p lahh padang pasir hahahaa 
Here we go : Bahariya๐Ÿซ๐Ÿ‘ณ๐Ÿฟ
Pengembaraan 14 budak hitam di tengah gurun sahara๐ŸŒต
Bertolak dari Alex pukul 6 pagi dan sampaii di sana pukul 12. Solat dan makan tgh hari kemudian kami terus packing untuk tido di desert malam nie๐Ÿ’†๐Ÿป๐Ÿ˜ซ
Hahaha macam adventure kann? Haaa meh nak cerita๐Ÿ˜Œ
B4 sampai ke white desert, kami pergi melawat gunung berapi yg dah lama mati, tapi lava nya still ada di tepi2 gunung, along the road, we could see the black desert dan the other side pergunungan yg mcm biasa kita tgk kalo ke sinai atau desert biasa. Pastu g pulak crystal mountain, nie best mmg ada crystal pun . Tour guide ckp boleh amik tapi aku tak berani sbb takut batu tu ada benda lain ikut๐Ÿ‘ป
Pastu g main sandboarding hahaha sampai kat kawasan tu mcm nmpak snow tapi tu sebenarnya cuma lime stone yg menyebabkan dia nmpk putih2. Aku main sandboarding kali kedua. Wow nie pertama kali aku naik dan paling jauh sekali๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Jerit sampai makan pasir jugak lahh haahahaa
Lepas tu baru ke desert untuk cari tapak perkhemahan. Terdampar di padang pasir mmg takpernah aku terbayang selama nie. Pemandu dan tour guide sedang siapkan makanan dan kami pulak baring atas tilam sambil tgk langit hahaha time tu takde bintang lagi ada bulan purnama yg sangat cantik๐Ÿ˜˜
Tetiba pulak nk terkencing, cuma bayangkann di tgh padang pasir tu alahaiii. Dengan bantuan kawan2 kami pun membuang air di sebalik batu hahaha nie pengalaman paling aku takkan lupakann๐Ÿ˜‚ sementara tunggu makanan siap, kami main macam2 games sampaii cramp perut gelak๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Makan dan sesi taaruf kemudian tido. Bangun pagi tu aku buka mata terus nampak bintang kat langit๐ŸŒŒ๐ŸŒŒ๐ŸŒŒ mashaAllah subhanaAllah cantiknya tetiba main cara utk baca bintang pulak hahaha comel je trip nie hahaha
Di tengah sana mana ada line telefon so semua bercakap dan sembang2, kat subu kenal lebih rapat dgn kawan2๐Ÿ™†๐Ÿป how precious our friends. We are family๐Ÿ‘ฉ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿ‘ง
Lepas tu packing balik pergi ke famous mushroom n chick rock hahaha unik tp thats it pastu balik singgah hot spring tp takmamdi sebab air kering haahhaa so balik mandi di hotel yeayyy.
Makan je terus tido ๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค
Lepas tu pergi tgk sunset dan balik makan malam . Malam tu kami main games lagi sampaii pukul 10 mlm pastu tido lagi hahaha dan pagi nie kami dahh odw pulang ke alex. 
Trip yg sekejap tapi amat bermakna.
"Egypt always has its surprise, beauty by its own"
Semakin hari semakin sayang dan rindu , tetapi janji kita takkan pernah hilang untuk terus maju kehadapan untuk survive sebab abnaulnil ๐Ÿ’ช๐Ÿป
Fighting!
Haiii final year, please be nice to me๐Ÿ™†๐Ÿป

Thursday, August 25

Kembara Cilik demi Passport

Assalamualaikum, sihat semua? Hahaha kejap je cuti nak habis dahh huhuhu
Setelah hampir 5 tahun duduk di negara org, maka hampir jugak tamat tempoh bagi passport saya, so kenalah buat passport baru hee
Jalan pengembaraannya bermula begini. Mungkin ini boleh jadi tips kepada adik2 jugak yg akan buat passport di liar negara terutamanya di embassy dan di Egypt yg pasti.
Saya dan kawan saya bertolak ke Kaherah pada 7 pg dan plan nk balik petangnya. So sesampai je stesen Ramsis di Kaherah kami terus beli tiket tanpa rasa menyesal hohoho. Kami dah completekan semua dokumen yg diperlukan, nie senarainya :

Setelah tu, kami pun amik metro ke dokki , metro yg berhampiran kawasan Embassy Malaysia Egypt . Sebelum nak naik metro tu, kami yg masih baru dan dah lama tak datang cairo nie tercari2 mana plan jalan metro nie, metro mana perlu naik, pastu akhirnya jumpa jugak lepas seorang pakcik nie tegur kami yg kebinggungan di tengah2 ramai tu. Kami amik link ke giza. Turun je nk naik metro, metro dah sampai, makanya berlarilah kami, terpaksa masuk coach lelaki, so next stesen kami nekad untuk tukar coach, masa tgh tukar tu saya lari di hadapan dan kawan saya berlari di belakang dan akhirnya saya masuk dalam metro dan kawan saya tertinggal di luar๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ gelabahnya saya, samlai saya call dia utk jumpa di stesen yg seterusnya. Masuk je metro pecah gelak kami, hahaha sampai je dokki kemudian kami mengambil pula teksi ke kawasan Masjid Mustafa Mahmood dan di situ lahh Embassy negara kita. Tapi korang kena cari alamat tau, sebab kawan saya yg cari kemudian kami jalan sampaii lahh jumpa bendera Msia. 
Masuk je dalam tu, naik tingkat 2 kemudian jumpa dgn ustaz Ahmad, pekerja arab yg boleh cakap melayu, hee bahasa melayu adalah bahasa paling kudah untuk dipelajari tauu. 


Lepas tu, kami pun pergi cari kedai gambar pulak, satu mohandisien dah rasa pusing nie hmm, cari punya cari tak jumpa, pastu tanya orang pusing lagi tnya lagi, alhamdulillahh jumpa jugak. Setelah tangkap gambar kami pergi balik embassy . Serahkan dokumen semua , tuptup dia cakap tasdiq kena terjemah, hmm kann dah ckp kena, tapi kawan aku kata okay je dalam bahasa English, so kami tu yg pergi terus, kemudian gambar passport pulak ada syaratnya yg Allah susahnya haii dik, nie syaratnya :

Lepas tu, pasrahnya kami pun berjalan ke DMAK hahaha bukan jalan, kami naik teksi ke metro dokki dan kemudian naik metro ke abbasiyah pulak. Haa nie pun ada cerita tauu. Masa nk pergi ke abaasiyah tu kena tukar metro, so tnyalah org nk tukar metro tu. Ada yg kata turun di attaba dan kata turun di shohada, hmm so akhirnya kami pun amik keputusan turun di shuhada, bila turun , kami pun tnya org kat sana. Dia suruh naik balik metro dan tukar di attaba. Bila di attaba, saya teringat dulu naik metro Abou Pasha masa nk ke DMAK. So kami pun turun di sana, nak dijadikan cerita kami turun di stesen yg betul tapi kami salah jalan nak ke DMAK tu, huhuhu berpeluh jugak pusing satu abbasiyah๐Ÿ˜ญ
Sampai DMAK terus ke pejabat utk buat penterjamahan. Haaa tp esoknya baru siap. So terburn dengan jayanya tiket train kami untuk balik ptg itu. Maka, kita pun decide nak pergi food haunting ke Sabiek. Dalam pejabat tu terjumpa kakak masa persediaan dulu, kak Sirin, naseb ada kak Sirin kami berjaya ke Sabiek tanpa sesat, naik bas 1126.
Kami makan dengan senangnya dan kena fikir pulak tempat bermalam kami, huhuhu kawan pulak takde. Maka minta tlg kawan carikann. Naseb baik ada dia, dia yg jadi musyrif, dia yg tlg cari umah dan belanja makan hee
Pastu selesai makan, kami ke umah negeri masing2 pulak, utk amik semangat katanya, hahaa balik abbasyiah balik p umah kawan tu malam keluar pulak g cs. Hahaha 
Esok tu baru g amik terjemahan pastu hantar semua dokumen dan balik alex pukul 2.30. Penat tauu. Dah datang sehelai sepinggang, baju keluar g cs pun pinjam, pakai sprot shoe dgn baju kurung kot hahaha
Musyrif pun belanja mkn aiskrim haha padahal b4 tu dah makan benda manis kot hmm
Thankyou hee
Balik je alex terus g umah syaza sbb lapar hahha duit habis maa. 800 egp kot hmm
Jumpa lagi utk next entry. Moga boleh jadi panduan nnt. Hee

Tuesday, August 16

Movie Review

Movie Review]
Sempat pulak cuti2 nie tgk movie, nie movie dah lama keluar tapi baru sempat tgk. Ttba pulak semangat nk buat review walaupun tajuknya tak gempak dan movie nie bukan box office pun tapi tarikan sequele yg menarik penonton utk tgk rasanya.
Ada Apa Dengan Cinta 2.
Hubungan Cinta dan Rangga yg telah putus setelah Rangga mengutus surat kepada Cinta kerana dia merasakan dia tak mampu untuk membahagiakan Cinta dan merasakan dia akan menyusahkan Cinta saja sebab terpaksa menunggunya lama. Jadi, Rangga menulis surat itu utk putuskan hubungan itu. 
Rangga pulang ke Indonesia kerana adik Tirinya, Sukma meminta utk pulang bg melawat ibunya yg sakit. Dia enggan tetapi bila difikirkan dia pun pulang tetapi dia mencari Cinta dahulu setelah 14 tahun kisah putus mereka terjadi. Namun, tidak ditemuinya.
Cinta dan kawan2nya pergi bercuti di Jogja dan kebetulan kawan2 Cinta ternampak Rangga dan mereka berjumpa Rangga dan mereka tahu Cinta masih ada hati kepada Rangga walaupun dia akan berkahwin dengan org lain.
Rangga dan Cinta bertemu dan Cinta ingin penjelasan berkenaan surat yg Rangga utuskan dahulu. Bila Rangga pulang ke US, Cinta baru tahu yg hatinya masih lagi ada Rangga. Dia kejar Rangga ke US dan tamatlah ceritanya.

Ibrahnya :
1. Komunikasi adalah yg utama dalam setiap hubungan.
2. Jangan letakkan harapan untuk membahagiakan org lain jika kita rasa tidak mampu.
3. Cinta itu tidak boleh dipaksa.
4. Hati2. Lelaki ini licik sikit dlm hubungan.

Itu je kot . Tontonlahh walaupun lagha sikit tetapi amik yg baik je tau. Yg buruk jgn amalkan.๐Ÿ˜

Sunday, August 7

Longgg time nooo see

Assalamualaikum, haaa aku asyik bertangguh kot nak tulis blog hahaha malas. Boleh ke alasan tu? Hmmm 
Terkejut tak, bulan ogos aku still kat egypt? Haaa sorry peeps aku tak balik msia pun tahun nie, just nak spend my last last summer here, hahaha ramai gak yg tanya awat tak balik? Hmm jawapan aku sbb taknak balik, nk spend masa kat sini ๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”
Puasa kat sini, raya kat sini, tak rasa sedih pun, tp kadang homesick tu tetap lahh ada, tipu lahh kalo takde cumanya bila homesick, aku ceriakan diri aku dengan adik beradik aku kat sini, rindunya adik2 dentist medic farmasi dan kakak2 ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ cepat balik ye nnt boleh pergi tafaqquh sesama๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“
Banyak jugak benda baru aku belajar kat sini, jumpa org baru, jumpa crush baru ehh๐Ÿ™‰๐Ÿ™Š๐Ÿ™ˆ
Hahahahaa aku ada kawan2 so aku tak sedih sangat , bila sedih aku tido hahaha bangun tido dah happy balik hahaa
Cuti lagi baki 3 minggu, fuhh kena beli brg sekolah dan siap brg2 nnt. Kemas bilik dah, buku2 pundah, cuma kertas2 tu nk kumpul dan buat rujukan nnt, maklumlahh dahh final year๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰
Fuhhh, final year kot๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ doakan aku. Doa2 moga dimurahkan rezeki yg sebanyak mungkin๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป
Haa tu je kot, byk je keja si  halia nk buat tp dia tak buat2๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’ so doakan Nur Halia rajin dan tak putus asa okayy๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป
Egypt is like a deep sea, only a good diver can see/search the best diamond๐Ÿ’Ž

Ps : td naik kat tl, ada baby comel, moga jadi anak yg soleh mcm ur parents kayy? Im happy for u๐Ÿ™‚

Sunday, May 15

Bila sakit, kau tahu mana kawan.

Assalamualaikum, haiii alhamdulillah masih panjang umur lagi nak beletiaq panjang dalam blog nie kan hehehhee
Alhamdulillah, Allah berikan kesembuhan demam seminggu ceq dan terimakasih atas doa kawan2 yg sudi mendoakan saya. Perit sebenarnya demam time exam. Sakit tu lagi double tambah bila kau exam demam nak perah otak nk cari jawapan lagi, fuhhh. Mencabar!
Aku demam ntah lah sebab apa, aku demam bila endo dan rpd exam dalam satu hari yg sama, meeting rnd yg 6 jam dengan 1 biro dan 1 program yg perlu diinovasikan. MashaAllah. Bekerja utk ummah sampai pukul 10.30 baru sampai umah.
Mandi, tido, bangun subuh teruk suara serak telan panadol, balik umah terus demam, smlm tu tido umah amirah. Ujian. Aku tak study pun utk ortho. MashAllah ortho aku sampai ke laut china selatan merapunya. Pastu lepas exam aku rehat, p jumpa dr lagi teruk demam aku, pedo baca mcm tu je, jawab exam mcm nk pecah otak, balik umah demam panas terus.
Mujur aku ada housemates yg caring gila kat aku, jaga aku 24 jam, tgk aku setiap kali waktu mkn ubat, sediakan air, sediakan makan, bancuh air asam jawa kat aku, belikan aku ubat. MashAllah solehah dan baik2 dorang nie, nk try boleh pm dehhh๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Mujur ada depa. Aku terharu teruk. Pastu ada kawan2 lain datang melawat, bawa kan bubur tapi sorry aku tak lalu makan semulut dua ja. 

Tapi ada jugak, kawan yg selalu study dgn kau, ajar kau study, dah tahu kau sakit, dia takdatang melawat pun, padahal masa kau sihat datang je jumpa kau, study sesama. Hmm ntah lahh. Pastu jumpa seorang nie, "ehh, lama tak nampak," aku mampu senyum dan balas, "haah, saya demam. Tu yg tak pergi mana2 tu" 
Hmmm kann, kadang bila kita sakit, kita tahu sapa sebenarnya sahabat. Bila kita sihat kita tahu mana kawan. Kadang aku tak harap pun org datang melawat atau masakkan aku sesuatu masa sakit. Cukup sekadar msg tnya khabar atau yg lebih baik doakan aku. Itu je.
Thankyou korang. Bila sakit aku rindu rumah, rindu mak abah. Tapi korang buat aku hilang rindu bila korang layan aku, jaga aku mcm kita nie adik beradik.
Thnankyou korang espeacially, my housemates.
Sebabtu lahh saya suka ckap, six always fii albi❤️❤️❤️❤️❤️


Jaga diri semua, musim panas dah melanda egypt.
Banyakkan minum air dan jaga diri.
Goodluck exam.
Lagi dua paper ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

Tuesday, May 3

Final exam

Esok dah start final written, tapi aku masih malas study, sbb smlm aku dah study pastu hari nie aku malas, hmmm.
Rasa nk lari masuk laut je sbb geram kat diri sendiri.
Benda ini terjadi bila ada org rosakkan mood kau awal hari. 
Hmm awak tolonglah jauh dari saya okay? Saya letih dahh nak lari dari rasa sakit hati ini. Saya nak kedamaian.
Dan hang, tahniah. Aku harap hang hidup bahagia dgn family kecik hang. Adoiii hg pun satu halia, gatai tangan p klik tu awat. So hg rasa apa la nie? Aku rasa bahagia ja, tak rasa apa2 aku rasa biasa.
So hang jangan jadi batu api sgt okay?
Please, doakan yang lebih sikit utk halia. Semoga halia kuat tabah, sabar dan kental jiwanya๐Ÿ’ช๐Ÿป❤️
Goodluck alexdent!
You can do it!๐Ÿ’ช๐Ÿป

Sunday, April 24

Twins

Just found someone who keep updating his blog even he is busier than me!
So theres no more reason to keep me away from this feiyang๐Ÿ˜…
Everyday, a lot i learned from people, surrounding and even from myself too. People change, so we need change for better tomorrow.
Guess who always beside me when im sad?
Only HIM.
Keep wake me up in midnight after i fall asleep.

Thankyou❤️

Thursday, March 10

Sedih yg amat

Cerita yg sangat aku rasa aku bersalah dan aku rasa bersalah sgt dengan partneraku.
Serius kalo takde org kat klinik tu, aku rasa aku dah banjir, muka aku blur tanpa boleh mengatakan apa2, nak explain kat doktor pun terabur, ckp dgn ptient apatah lagi.
Kau nie halia, dah lah share pt dgn org, dia yg cari pastu kau buat hal? Kau tak rasa malu ke?
YaRabbi, aku malu sgt, rasa bersalah sgt, aku minta maaf sampai aku taktahu nk minta maaf mcm mana lagi๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Dengan minggu nie yg sgt lah disaster, telefon rosak, takdapat pt utk endo dan fixed lagi, pastu dan hari nie rpd pulak, why ah? Boleh ke tnya mcm tu? Rasa mcm org takde Tuhan pulak persoal naseb sendiri.
Aku taktahu lah aku stress ke apa, semua benda aku buat tak menjadi, byk sgt, boleh nangis, ttba pengarah pulak call, hmm apa lahh adik nie call, saya tgh sedih, tgh nangis, ckp pun nangis2. Hmm harap dia tak perasan๐Ÿ˜”
Ntah lah, hmm

Sunday, February 28

MTC 8

Alhamdulillah , done! Boleh tidur dengan aman dan lena๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ
Tapi ada lagi kerja post MTC nie๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป๐Ÿ™†๐Ÿป
Doakan semuanya berjalan lancar๐Ÿ’ช๐Ÿป

Aku takpernah cakap banyak selama nie, aku rasa aku adalah aku yang dulu, 
Thankyou for this chance๐Ÿ˜Š
Kalo ada muhasabah untuk saya dan AJK sangat dialu-alukan๐Ÿ˜Š

Friday, January 29

Sem 8

Assalamualaikum, haiii, mcm mana cuti? Buat tak list g nak buat tu? Dah complete ke blom? Hee bagi yg baru nk mula cutitu, selamat bercuti yer sis dan bro, moga cuti kalian bermanfaat.

Haa, haii adik2 abang kakak sekolah gigi, cam mana persediaan esok? Labcoat dah iron ke? Hee aduh selamat lah kembali ke dunia reality okay? Dunia fantasi dah habis, kena siapkan diri penuh berani dan rajin utk sem kali nie, dengarnya lebih mencabar dengan 7 clinic, 9 subjek dan non stop quiz dan patients, hmm doakan halia dan kawan2 ya. 
Jadual yg taknampak tak pack , tp i will expect the worst dulu. Huhuhu

Saya nk cerita pasal dahab,tp blom ada masa, nnt lahh okay?
Good night!
Doakan saya!
Kata semangat utk diri sendiri, dan i love myself badly๐Ÿ˜Œ

Sunday, January 24

Aku rasa

Sebenarnya trip aku bukan berhenti di Sinai, tapi kami terus ke Dahab lepas tu. Cuma aku rasa, dan aku bertanya diri sendiri, "sinai tu bukan kesalahan kami nk daki, bukan kami nak hebohkan kesusahan kami, atau nk tunjukkan apa2, tapi km hanya share pengalaman kami saja."
Mungkin pengalaman kita berbeza, so kita perlu terima pandangan dan cara org lain. Tak perlu pun condemn org lain, ckp aku pergi relax je, aku pergi mcm makan kacang je, dan macam2 lagi yg senang, tapi kita harus faham lain org lain cara penerimaan dan body stamina dia pun lain.
Sungguh, aku tak marah, tapi aku kecewa. Kalo kita tak suka akan satu keadaan tu, kita senyum dan senyap sudah, dan kita amik lah yg mana ada pengajaran tu.
Bagi aku org yg naik dengan begitu kudah tu, adalah org yg bertuah , aku jeles tau,sbb korang boleh rasa dengan tenaga sendiri, happy dan senangnya naik atas tu, sbb korang dapat hayati mcm mana nabi Musa as naik atas tu pun sendiri tapi saya takpasti dan wallahu 'alam lahh perasaan nabi tu bagaimana waktu tu.
 
Kenapa pilih sinai?
Semenanjung sinai, adalah antara semenanjung yang ada di mesir, yg memisah antara benua asia dan afrika , duduk antara dua selat , dan tempat nabi Musa as menerima wayu kitab taurat. Hebat kan?
So mana mungkin kita tak memilih untuk melawat tempat anbiya sebegini. Kita harus pergi nerjalan dan mengambil ibrah sebanyak mungkin , bukan sahaja kita menikmat suasana indah alam, tapi tengok dengan pandangan hati, ciptaan Allah, lukisanNya yang indah, tempat singgah manusia sebelum berjumpa dengan Nya. Maka, ucaplah subhanaAllah.

Di sepanjang perjalanan di sinai, kami singgah melawat makam nabi Soleh as dan makam nabi Harun as. Seterusnya berhadapan dngan makam nabi Harun as terdapat patung samiri penyembahan kaum yahudi yang nabi Musa tinggalkan mereka selama 40 hari. Patung tu hanya tinggal ukiran di batu.





Cari patung samiri tu? 

Kemudian, sepanjang perjalanan aku tidur, hahaha sampai dekat dahab, depan hotel pun tak mahu turun sbb terlalu penat sangat๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜‚
Tu je cerita di sinai, mungkin nnt ada waktu , next entry cerita pasal Dahab pulak. InshaAllahh.

"Jika inginkan tarbiyah sehebat nabi Musa as, nanda harus daki Sinai"
"Sinai bukan tempat batu atau pelancongan, tapi tempat kita terima ujian, cabar diri, letakkan kita dalam kesusahan nabi dahulu dalam menempuh payah berdakwah di jalan Allah"
"Akhirat tu payah, dunia itu murah, sebab tu kalo penat, ingat balasan payah tu lagi indah"

Sinai, satu pengorbanan.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Assalamualaikum, fuhhh bertahan je nk bercerita pasal trip kali ini. Second trip round egypt.
Mcam saya ckp dalam post yg lepas, mungkin kami yg belajar kat sini , taknampak how beauty Egypt is, sbb kmduduk dan dah kenal sgt egypt, katanya, tp di sebalik Egypt yg kami sangka, seperti langit dan bumi, bukan indah khabar dari rupanya yang pasti. Egypt , Ardul Kinanah, Ummul Dunya. Tempat Firaun, tempat nabi Musa dan banyak lagi gelarannya. Yang pasti anda akan mudah terjatuh cinta akan bumi Allah ini.

Okayy, jom saya cerita pengalaman pendakian Ke puncak Tursina dan seangkatan dengannya. InshaAllahh.
Kami mulakan perjalanan ke Sinai pada jam 7 pagi , dan kena lalui banyak jugak checkpoint yg rasa mcm dah kat palestine dahh hee. Tp Alhamdulillah semuanya baik2 saja. Kisah sedih , bila singgah resthouse kami terpaksa tunggu giliran nk guna toilet sbb share lelaki perempuan dan terpaksa tunggu air dipasang dulu baru boleh guna, ttba masa last tu ada kawan ckp, "aku mmg datang nk tgk toilet dia pun" betul lahh, org tgh nk gosok gigi ttba air tu dia tutup yg main tu, dah mcm mana nk pakai, dah bayar dah bayar. Hmm well egyptian kan?

Sebelum ke sSinai, aku takpernah cerita pelik pun dttg sinai, kesusahan nk panjat atau apa2 lahh, semua yg aku tnya, semua ckp best dan semua yg positif lahh. Kami mulakan perjalanan yg panjang tu pada pukul 11.30 mlm, aku janji dengan Amirah utk jalan sesama siap ada password lagi , iaitu, bila aku sebut 'Rendang' dia akan jawab 'tok' hee mcm kem tak? Hahaha
Tapi bila sampai half jalan pendakian, aku terpisah dgn Amirah, sbb aku terlalu lembap jalannya, aku asyik berhenti je, tak fit langsung. Sedih jugak tp aku seuka je dalam jalan sorang dan tak beban kan org lain utk tunggu aku. Aku jalan sambil mkn coklat bar, sbb aku nk refill energy kononnya. Lepas tu, aku rasa seksa nafas dan jantung aku berdegup laju macam tak sempat nk pam darah tu , hmm sakit dada sebab pressure pun sakit, rasa mcm nk putus asa je, sepanjang jalan tu aku diam, ttba aku teringat kelas bicara hati AsmaUlhusna masa tafaqquh, alhamdulillah, it really works. Aku dok sebut Al Qowiy, Al Hafiz tu je, zikir nama tu je, sambil dalam hati berdoa, aku kena sampai puncak, jgn give up, everytime penat, aku berhenti dan gigit coklat dan aku sebut, SubahanAllah, sungguh Allah tu dekat je dgn kita, selalu ada bila kita perluNya. Aku yg rasa kaki nak lucut nie, ttba bila aku gerakkan kaki ringan kembali bila setiap kali nk mula langkah bila berhenti. Aku rasa je nk pitam tapi aku ckp lagi kat diri aku,
  " kalo kau pitam, kau fail, kau tak rasa rugi ke, kalo ada peluang dah nk panjat nie, pastu kau give up, pastu kau tak sedar ke, nielahh jalan yang nabi Musa as jalan dulu tau" 
So aku kembali semangat nk sampai atas tu, walaupun cuaca sejuk gila, dan membeku sehingga -3 kat atas puncak, kami gagahkan diri jugak nak ke sana. Tahniah korang, serius moment daki Sinai mmg akan kenang sampai bila2.
Dalam perjalanan tu banyak jugak negatif vibes, tapi yg negative tu semua berjaya naik sampai atas, alhamdulillah, dalam2 banyak kenangan tu, ada satu rungutan aku kat Amirah "Amirah, kita nie datang bercuti ke datang kem motivasi" Astaghfirullah, rasa nk cili je mulut aku, bila aku ckp tu, time aku ckp tu dah 5 pg dan selamat sampai ke puncak, kami ttgh tunggu nk tgk sunrise dan solat subuh.
Tapi serius tau, cantik sangat sunrise, walaupun sejuk dan banyak gila dugaan yg km terima, semua nya berjalan lancar. Alhamdulillah. 
Tahniah kawan2 yg berjaya daki dgn kaki kurniaNya . Dalam langkah kita sepanjang di Sinai tu, adalah langkah2 para Anbiya dahulu, so kita harus berasa bangga lah, sbb kita dapat peluang sampai ke sini.
Ttba aku imagine, Nabi Musa as gigih utk berjalan mencari Allah, untuk terima wahyu dalam usaha mengembangkan syiar agam Allah masa itu, susah payah nabi panjat gunung tu sangatlah perit, tapi nabi berjaya, maka apalah sangat kita dgn ujian sebegitu bagi pendosa mcm kita. 
"Benar, jalan ke akhirat tu susah, jalan ke dunia tu senang, tapi pilihlah jalan akhirat nescaya kau juga akan dapat jalan di dunia"
Sungguh, jalan menuju Allah tu payah, tapi tu lah ujian Allah utk kita, dan jika kita bersabar, nescaya Allah tu tolong kita untuk mudahkan segalanya. Biiznillah.

Coretan penuh emosi dan ibrah.

Monday, January 18

Manfaatkah hari anda?

Hmm tajuk dushh tumbuk diri letak kat dinding hee
Soalan yg patut aku tnya kat cermin dan oantul balik kat diri aku๐Ÿ˜‚

Okayy, kan aku dahh g jaulah suwa tu, pastu balik tu, siangnya aku g bersosial kejap sampailahh malam, balik je tu hantar my hello kitty yg nk g travel eastern europe tu, alahai sedih je hati kecik aku nie๐Ÿ˜ฟ sedih sbb org g jalan best2 tapi aku , hmm takpalah rzeki kan? Egypt pun best apa, rugi aku tak jalan habis lagi nie๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Pastu hari nie, ingat nk g jogging pastu ttba ribut angin kuat sampai jadi planet marikh kejap alex hari nie๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข so amik langkah berjaga duduk bertapa dalam umah je lahh, 
On laptop, pastu biarkan dia bunyi sorang2, buat aktiviti cuci umah yg paling suka sekali cuci toilet dan dapur, puas hati aku selama nie, dah lama aku geram lantai kat dapur tu, yes, semua dah mati, aku dah chlorox kan semua lantai satu umah hari nie๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ walaupun umah bau chlorox tp aku tetap gembira sbb dah cantik๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป
Alhamdulillah, barulah rumahku syurga ku๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Sebelum tu, sembang dgn laili, hee haii laili, finally ur name is here. Hohoho gosip2, cerita2 pastu sambung mop guna pewangi pulak supaya wangi balik umah ini๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Pergi meeting, pastu buat kerja. Hee
Perasaan dia bila, kau buat kerja ada 10 chatbox yg kau kena handle ada dua kerja berbeza yg kau kena buat, dan ipad n fon kau dok bunyi jugak, rasa mcm stress je bunyi nie๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ tp tu eprasa mcm tak kesunyian dan kita buat kerja yg bermanfaat kot!
Alhamdulillah, moga Allah berkeberkatan waktu tu, walaupun aku selalu rasa tak cukup๐Ÿ˜ข
Housemate mai sembang, gosip lagi, dan halia kau kena kuat! Walaupun org kata kau bodoh terima keja ini, tp at least kau bekerja yg kau suka dan dapat tlg org lain. Besar tau pahala tlg org lain๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ ingat tu.

Hati kuat๐Ÿ’ช๐Ÿป
Jiwa kental❤️
Peduli org kata๐Ÿ™‰
Jaga amanah saja๐Ÿ˜‰

Saturday, January 16

Winter break 2016

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillahh.
Selesai sudah oerang kami 10 subjek untuk semester 7 kali ini.
Penat dan malas tu ada, tapi tu tak kesahlhh sbb dahh selesai dahh.
Hmm kadang2 menyesal jgak belajar main2, tapi bila masuk exam baru tau diri tu takat mana. Adehh.

Semalam lepas je exam, aku balik umah kemas bilik dan buku2 sem nie, pastu g meeting. Hmm pastu balik umah kemas barang nk ke jaulah pulak, alhamdulillahh jauhlah kali ini best!
Terimakasih semua yg terlibat kawan2 dan juniors dan seniors yg ada nie๐Ÿ˜Š

Kami bertolak ke siwa malam pukul 12 lebih sudah, sampi di sini sudah pukul 10 , jalan2 sekitar siwa dan ptg kami pergi ke gurun pulak untuk tgk oasis dan naik kereta laju2. Gayat tu takpayah cerita lahh. Dengan sandborading yg ntah apa2 tu, aku naik sampai tersembam, aduhh sakit gila kot. Naseb cool je depan kawan2 hee. Malam jalan pulak kat pekan siwa, beli kurma utk bawa balik alex. Sedap tau kurma sini. Aku pernah beli masa 1 st year dulu je, hee

Hari nie kami bertolak ke matrouh pulak nak tgk pantai lawa2 kat meditereanian nie, hee serius lawa sgt, takjub rasa. SubhanaAllah. Lukisan bumi Allah tu takde tandinganNya ❤️

Aku mampu letak gambar je. Jemput2 tgk, kot2 ada yg ingin lawat ke mesir nnt boleh datang ke sini. Hee inshaAllahh.

Safari siwa, naik kereta turun bukit dan jalan2 dekat gurun

Uyun Cleopatra, mata air yg bila musim sejuk dia panas dan bila musim panas dia sejuk. SubhanaAllahh

Tasik garam, di siwa. MashaAllah, nikmat yg Allah kurniakan utk masyarakat siwa di sini. Ada garam yg dieksport ke luar siwa dan seluruh mesir

Di pantai Ageeba. MashaAllahh, kagum tgk 7 tona color air kat sini, masa sunset lagi cantik org kata.

Hee, nie baru trip pertama cuti winter halia, jumpa trip akan datang, inshaAllahh.
Egypt looks nothing, but Egypt has everything❤️

Thursday, December 31

2016

Assalamualaikum 2016.
Rasa mcm baru smlm je langkah hari pertama, dah masuk tahun baru lagi.
Umur pun dah panjang. Hidup pun dah pendek. Amalnya macam mana? Masih istiqamah atau futur?
Ayuh, tajdid niat, buang yg lama topup yg baru, pasti bolehhh!
Rabbuna yusahhil!
Final exam mood!
Lag half way!
Doakan kami!

Wednesday, December 16

Klinik ohh klinik

Aku ada seribu satu cerita.
Tapi nak mula yang mana dulu ya?

Nanti aku cerita.

Monday, November 9

Wartawan

Being unknown is better.

As my wish, could find one you in the thousand million stars.



Lusa , exam. Mohon fokus!