Assalamualaikum, fuhhh bertahan je nk bercerita pasal trip kali ini. Second trip round egypt.
Mcam saya ckp dalam post yg lepas, mungkin kami yg belajar kat sini , taknampak how beauty Egypt is, sbb kmduduk dan dah kenal sgt egypt, katanya, tp di sebalik Egypt yg kami sangka, seperti langit dan bumi, bukan indah khabar dari rupanya yang pasti. Egypt , Ardul Kinanah, Ummul Dunya. Tempat Firaun, tempat nabi Musa dan banyak lagi gelarannya. Yang pasti anda akan mudah terjatuh cinta akan bumi Allah ini.
Okayy, jom saya cerita pengalaman pendakian Ke puncak Tursina dan seangkatan dengannya. InshaAllahh.
Kami mulakan perjalanan ke Sinai pada jam 7 pagi , dan kena lalui banyak jugak checkpoint yg rasa mcm dah kat palestine dahh hee. Tp Alhamdulillah semuanya baik2 saja. Kisah sedih , bila singgah resthouse kami terpaksa tunggu giliran nk guna toilet sbb share lelaki perempuan dan terpaksa tunggu air dipasang dulu baru boleh guna, ttba masa last tu ada kawan ckp, "aku mmg datang nk tgk toilet dia pun" betul lahh, org tgh nk gosok gigi ttba air tu dia tutup yg main tu, dah mcm mana nk pakai, dah bayar dah bayar. Hmm well egyptian kan?
Sebelum ke sSinai, aku takpernah cerita pelik pun dttg sinai, kesusahan nk panjat atau apa2 lahh, semua yg aku tnya, semua ckp best dan semua yg positif lahh. Kami mulakan perjalanan yg panjang tu pada pukul 11.30 mlm, aku janji dengan Amirah utk jalan sesama siap ada password lagi , iaitu, bila aku sebut 'Rendang' dia akan jawab 'tok' hee mcm kem tak? Hahaha
Tapi bila sampai half jalan pendakian, aku terpisah dgn Amirah, sbb aku terlalu lembap jalannya, aku asyik berhenti je, tak fit langsung. Sedih jugak tp aku seuka je dalam jalan sorang dan tak beban kan org lain utk tunggu aku. Aku jalan sambil mkn coklat bar, sbb aku nk refill energy kononnya. Lepas tu, aku rasa seksa nafas dan jantung aku berdegup laju macam tak sempat nk pam darah tu , hmm sakit dada sebab pressure pun sakit, rasa mcm nk putus asa je, sepanjang jalan tu aku diam, ttba aku teringat kelas bicara hati AsmaUlhusna masa tafaqquh, alhamdulillah, it really works. Aku dok sebut Al Qowiy, Al Hafiz tu je, zikir nama tu je, sambil dalam hati berdoa, aku kena sampai puncak, jgn give up, everytime penat, aku berhenti dan gigit coklat dan aku sebut, SubahanAllah, sungguh Allah tu dekat je dgn kita, selalu ada bila kita perluNya. Aku yg rasa kaki nak lucut nie, ttba bila aku gerakkan kaki ringan kembali bila setiap kali nk mula langkah bila berhenti. Aku rasa je nk pitam tapi aku ckp lagi kat diri aku,
" kalo kau pitam, kau fail, kau tak rasa rugi ke, kalo ada peluang dah nk panjat nie, pastu kau give up, pastu kau tak sedar ke, nielahh jalan yang nabi Musa as jalan dulu tau"
So aku kembali semangat nk sampai atas tu, walaupun cuaca sejuk gila, dan membeku sehingga -3 kat atas puncak, kami gagahkan diri jugak nak ke sana. Tahniah korang, serius moment daki Sinai mmg akan kenang sampai bila2.
Dalam perjalanan tu banyak jugak negatif vibes, tapi yg negative tu semua berjaya naik sampai atas, alhamdulillah, dalam2 banyak kenangan tu, ada satu rungutan aku kat Amirah "Amirah, kita nie datang bercuti ke datang kem motivasi" Astaghfirullah, rasa nk cili je mulut aku, bila aku ckp tu, time aku ckp tu dah 5 pg dan selamat sampai ke puncak, kami ttgh tunggu nk tgk sunrise dan solat subuh.
Tapi serius tau, cantik sangat sunrise, walaupun sejuk dan banyak gila dugaan yg km terima, semua nya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Tahniah kawan2 yg berjaya daki dgn kaki kurniaNya . Dalam langkah kita sepanjang di Sinai tu, adalah langkah2 para Anbiya dahulu, so kita harus berasa bangga lah, sbb kita dapat peluang sampai ke sini.
Ttba aku imagine, Nabi Musa as gigih utk berjalan mencari Allah, untuk terima wahyu dalam usaha mengembangkan syiar agam Allah masa itu, susah payah nabi panjat gunung tu sangatlah perit, tapi nabi berjaya, maka apalah sangat kita dgn ujian sebegitu bagi pendosa mcm kita.
"Benar, jalan ke akhirat tu susah, jalan ke dunia tu senang, tapi pilihlah jalan akhirat nescaya kau juga akan dapat jalan di dunia"
Sungguh, jalan menuju Allah tu payah, tapi tu lah ujian Allah utk kita, dan jika kita bersabar, nescaya Allah tu tolong kita untuk mudahkan segalanya. Biiznillah.
Coretan penuh emosi dan ibrah.
No comments:
Post a Comment