welcome

Wednesday, February 25

Semi final.

Salam satu hati satu suara, dengar tu je lah kot malam nie, hmm sedih, takdak mood n dah lahh, mmg org akan fokus krpada yg lain,
Esok quiz, doakan km.

Bahas masuk semi je, alhamdulillah, tu lah pengalaman, n alhamdulillah dan inshaAllah, kita kena lebihkan byk fikir tentang masalah ummah keLak haha.

Wishlist tercapai dgn mencabar diri ckp kat depan org ramai, pastu berdebat pulak, fuhhhh. Moga aku kuat. InshaAllah, 
Jom study n nnt tido, 
Rindu mak, selamat malam.
Doakan saya.

Tuesday, February 24

Debat, bahas

Un expected events which i joined n participated , fuhhh.
For a long time im not in this arena, i had do the longggg com back babe. Haha bajet artis, haha
Then, lose for first time, then today, very short time, alhamdulillah, we won 2 games, n last games, me as the best speaker, alhamdulillah,.
May Allah ease our way, 
Fighting halia. 
Keep faith.
Keep fighting.

Monday, February 23

Kisah winter break 15 - finale -

Hari terakhir, dah dalam flight dah nk ke frankfrut dan seterusnya ke cairo. Huhu sedihhnya taknak balik, sobson, jatuh cint dengan keindahan alam ciptaan dunia yg Allah ciptakan utk manusia. SubhanAllah,
Okayy jom i cerita pasal smlm, okay smlm lepas makan, km keluar ke Camp Nou Stadium, iaitu stadium rasmi Baecelona Fc. Perghh, i takpernah pun amik tahu pasal barcelona tp tau messi n neymar je, tu pun tau nama je lah, hahabaca info, masuk stadium, tangkap gambar n buat macam2 lagi.pastu, km naik bas terus ke Montjuic Aragon di puncak bukit barcelona. Hebat, tapi tak masuk pun, hoho, naik bas sampai punjak, time kerajaan aragon depa tawan bukit ini, bukit ini sangat strategik dan menjadi kubu pertahanan mereka dari darat dan laut, dari laut boleh tgk laut meditereanian dan dari darat boleh tgk seluruh lembah barcelona dan city nya yg cantik. Kemudian km turun ke bawah dgn cable car, pergh terserlah kegayatan aku, hoho subhanAllah lagi sekali, sangat cantik, bumi yang Allah anugerahkan utk mereka. Dan km seterusnya ke masjid utk solat dan membeli belah utk masak2 malam nnt, kemudian pergi jalan2 sampai pukul 8, yeayy dah pandai guna public transport sini seronok, haha public transpot depa sangatlah smooth dan cekap. Moga Malaysia juga begitu kelak, inshaAllah.  Pastu balik dan masak, makan, dan ada sedikit muhasabah dari ustaz dan cadangan serta komen km, balik kemas beg dan siap barang utk berangkat esok seawal 5 pg. Ustaz dah ke airport dulu sbb flight dia pukul 8 dan km pukul 9, maka dua org doktor yg baru grad ini bersama km ke irport, best gak cari jalan sendiri, hehe skrg dah dalam flight, moga perjalanan ini selamat dan sejahtera. Moga ibrah Andalusi juga tersemat di hati dan sentiasa bangunkan diri menuju Maradhatillah. InshaAllah.
Tamat sudah penggembaraan sembilan orang pengembara cilik. Jumpa lagi pada winter break dan cuti akan datang, inshaAllah . Stay tuned!
Doakan km!

Adios Espanya.
Adios barcelona,
Selamat tinggal winterbreak 2015!
Will miss u❤️

Kisah winter hreak 14

Semalam after 4 jam dah sampai barcelona, skrg dekat stadium rasmi barcelona fc! Yeayy dah masuk dah keluar dah pun, happy dan seronok sgt, walaupun tak minat bola tapi setia langkah tu patut dihayati dan dibaca, baru berbaloi 17 euro masuk, ada gambar jual tp tak amik pun, hehe 
Skrg tgh rehat, dan ada sambungan lagi lah, sabar yaa, sambungan cerita akan bersambung, hehe jom makAn dulu.

Sunday, February 22

Kisah winter break 13

Sampai je station bas Valencia nie, fuh naik bas  9 jam kot, haha kalo kat msia tu mcm dari alor star ke kuantan pahang lah, pernah naik masa persediaan di ikip dulu. Hehe
Sampai je km bersihkan diri dan ambil wudhu utk solat nnt, dan km terus bergerak ke La Cathedral Valencia dan kebetulan pada hari nie hari Ahad dan mereka telah membuat satu pertandingan persembahan tarian tempatan, best sgt, berbaloi naik bas jauh2 boleh tgk persembahan mereka. Kemudian ustaz tunjukkan di sebelah cathederal tu ada bangunan kerajaan, yang dahulunya adalah ostana dan telah diubah menjadi temoat pentadbiran dan ditukarkan masjid menjadi Cathederal. Kemudian km ke tores de tak ingat apa, kat situ ada jugak menara tinjauan pada satu ketika dahulu digunakan sebagai pintu masuk ke Kota Valencia, ada lgi tembok tapi ada kesannya saja. Kebanyakkan bandar besar adalah terdiri daripada sungai dan begitu jugak Valencia , tetapi air sungai telah disekat dan Jalan air sungai itu digunakan oleh pihak kerajaan dijadikan sebagai kawasan rekreaksi setempat sehinggalah sekarang, kerana di hilir sungai terdapat pelabuhan dan dibangunkan kawasan itu. Setelah itu, km pergi ke Masjid Valencia dan solat di situ, ada seorang muslim ini menjual buah buahan dan sayur sayuran di perkarangan masjid, maka km pun beli dan makan di situ, keudian pergi ke kedai makanan halal untuk beli lunch. Kemudian ke station bas balik untuk ke barcelona. 
Masa menunggu taxi, aten tahan teksi dan pemandu taxi tu perempuan, wahh seronok lah first time  naik teksi pemandu dia perempuan. Ustaz cabar k. Semua untuk bercakap dgn warga tempatan semasa nk tahan teksi nnt, haha mcm2. Sampai station bas dah pukul 3.30 so km ambil beg dan makan di situ, dan pukul 4 naik bas ke Barcelona, yakni deatinasi terakhir km sebelum pulang ke egypt lusa. Sedihnya nk tinggalkan spain. Huhu
Skrg agas bas , masih dalam perjalanan ke Barcelona, inshaAllah lagi 30 minit kan sampai. InshaAllah.
Ustaz cakap malam ini aktiviti bebas. So lapar. Nak makan maggi lah jap lg. hehe
Adios, nk tgk battle ship nie, hehe daaaa

Friday, February 20

Alhambra, kota kemegahan disebalik kemusnahan.

Alhambra kemegahan dan kehancuran.
Kenapa nama dia Alhambra? Dan siapa bina bangunan indah ini? Kenapa ia dibina? Wow banyaknya soalan! Ok kita jawab satu2 dehh.
Dinamakan Alhambra kerana bangunan nya berwarna merah, dalam bahasa arab, ahmar kan merah, so dari situlah dia dapat nama. Okay bangunann ini dibina pada tahun 889 masihi oleh pemerintah Granada pada zaman itu. Arkitek Alhambra ini terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa, bersatu dan diupah oleh raja utk membangunkan Alhambra. Senibina yang halus lagi cantik dan sangat unik, penuh ciri2 keislaman dan dipenuhi dgn sistem teknologi yg canggih.
Yang popular di Alhambra adalah jam 12 singa dan dataran balai pengadapan yg jernih tu, unik kan? Ustaz dan mengisahkan ttg Granada yg dijatuhkan akibat perebutan kuasa. Kemudian dia telah diserahkan kepada kerajaan castel akibat desakan ke atas Alhambra. Maka penyerahan kunci berlaku pada 2 Januari. Sultan terakhir pada ketika itu ialah Abu Muhammad, dia telah membuat perjanjian dengan Raja fernadan pada ketika itu iaitu, ahli keluarga diraja sultan perlu keluar dari Alhambra dengan aman dan seluruh umat Islam di bawah pengaruh Granada bebas untuk mengamalkan  agama mereka. Pada ketika Abu Muhammand keluar dan dia berpaling semula ke Alhambra, dia menangis teresak-  esak dan ditegur oleh ibunya "usah kau menangis seperti seorang perempauan,kerana kau takpernah mempertahankan kota ini seperti seorang lelaki." Deep sungguh, dan quote ini sgt popular.
Kemudian diambil alih oleh castel dan berikutan dengan cerita ini, Cordova turut merasa tempiasnya. Peristiwa yg mana saya dah ceritakan sebelum ini, iaitu paderi di cordova meminta izin kepada king Fernandan nk ubah masjid, tetapi malangnya terikat dengan perjanjian, maka Raja Fernandan pun menyuruh paderi pergi menghantar surat kepada Paus di Rome. Maka diluluskan dan dibtalkan semua panjanjian, maka terjadilah pembatalan perjanjian dan masyarakat Islam diburu dan diberi pilihan sama ada ingin kekal Islam atau murtad. Masyarat islam yg kekal islam dihalau keluar dan mereka memlilih ke Maghribi dan yang kekal dalam negara berpura pura Islam dan wajib menggantungkan paha khinzir di rumah masing2 dan pintu rumah mereka tidak dibenarkn berselak supaya memudahkan mereka meronda dan melihat adakah mereka masih mengamalkan islam. Dan islam yg kekal hanya pada satu generasi sahaja kerana mereka yg dewasa takkan mengamalkan islam seperti solat di hadapan anak mereka, kerana mereka bimbang akan anak mereka akan memberitahu hal ini kepada orang lain. Ada satu perayaan itu, mereka mengajak org mourish (org islam yg telah murtad) ke majlis itu dan diasingkan serta diberi minum arak dan makan babi, sesiapa yang tak makan itu akan dibunuh segera itu jugak. Sedih kan? Dan kita dapat lihat banyak dah berita macam itu dekat negara seperti Rohingga dan tempat yg penduduk islamnya minoriti. Kemudian setelah mereka mengambil alih Granada, mereka telah membina satu Istana yg dibeli nama Istana Carlos V dan sebuah gereja yg besar untuk menggandingi Alhambra, tetapi istana yg dibina itu takpernah pun siap, kesian sihhm dan raja Carlos V itu tak pernah pun duduk situ, hoho kemudian ustaz bawa km ke atas kubu, dan ustaz suruh km bayangkan km nie as sultan Abu Muhamad yg terakhir, pandang ke arah tanah Granada nie, apa yg anda rasa? Anda telah mengecewakan ramai org dan Islam yg gah di sini telah jatuh disebabkan anda. Sedihh,,
Okay lepas tu, pusat pentadbiran castel berpindah dari Granada ke Teledo dan akhir ya ke Madrid. So Alhambra ditinggalkan sebegitu sahaja tanpa diusik pun oleh penduduk tempatan sehinggalah ada seorang penulis ini membuat tulisan tenatang Granada, yang menceritakan tentang Granada. Lalu ada seorang pembacanya, telah datang dan mencari dimanakah Alhambra, dan berita pencarian Alhambra diketahui oleh kerajaan spain apa ketika itu, maka kerajaan telah datang ke Alhambra dan menyelenggara Alhambra dan membangunkannya sehingga dijadikan tarikan pelancong sampai skrg. Semasa orang itu hendak datang dan melawat Alhambra, patung orang putih (kristian) telah dibuat dengan patung itu berdiri dan menembalikkan tiang yg bertulis "la ila ha ila Allah" dibawah, ini menunjukkan penghinaan ke atas Islam, dan patung itu diadabikan hingga sekarang, sedih. Dulu Slam yg gah telah dihancurkan sebegini rupa. Masyarakat islam ayuh bangkit dan bangunkan diri demi agama, ingat matlamat, dan menujulah kejayaan. 
Selepas tu, masa menurun bukit, ada seorang muslimin ini telah menyediakan perkhidmatan menulis Khat, aku pun ambil kesempatan untuk menulis nama aku di atas ketas itu. Cantik, Alhamdulilah, kemudian pergi solat dan kembali ke apartment untuk mengambil barang, dan bergegas ke station bas untujk mengambil bas ke Serre Neovada iaitu tempat orang main ski dan bersalji, km request kat ustaz, hehe Alhamdulillah ustaz bawa kami ke sana dan dapat buat snowman dan main salji, best! Hehe pastu ada ribut taktahan minum hot choc then sejuk lg, cari cafe yg bertutup pulak maka ke kafe lain dan order hot choc dan french fries, pastu ustaz dan boys datang join dan kawan2 yg lain jugak, seronok sungguh main salji, balik ke station bas dan nk beli tiket bas ke Valencia, tetapi tiket dah habis, huhu terpaksa lah km menungu bas keesokkannya.
Ustaz telah buat dua option, option pertama tunggu bas ke Valencia pukul 3 pg nnt dan yg kedua, tido di Granada dan nnt ambik flight terus ke Barcelona. So km pilih yg pertama, so bermula kehidupan agak merempat di station bas tu sampailah pukul 3 pg. sejuk tu jangan cakap lah, huhu pastu tunggulah, ustaz belanja minum hot choc, aku dah tertido dlm keadaan sejuk tu,taktahu nk buat apa kan, huhu pengalaman, haha aku suka ja, barulah dapat rasa macam mana org yg merempat tu dok dlm musim sejuk kat luar sana. Sedihh, ikhtibar kepada diri sendiri, muhasabah.
Dan akhirnya ke Valencia pukul 3 pg dan sampai ke sana pukul 12, dan skrg dah sampai pun ke Valencia, so nnt i sambung story k, daa

Thursday, February 19

Kisah winter break 11

Okayy hari terakhir di Cordova, ustaz bawa km pergi ke madinat Al zahra, umpama bandar putrajaya pada zaman andalusia, dibina oleh Abdul Rahman 3 dan disambung dan digunakan oleh Al hakam 2 serta perdana menterinya Y'far yg merupakan adik sultan itu sendiri.  Teknologi di madinat al zahra sgt hebat, lengkap dgn keselematan, keindahan dan kesenian, tetapi sayang telah pun dimusnahkan ketika perang saudara yg berlaku di Cordova. Jika madinat al zahra masih lagi wujud hingga sekarang, ia mampu menandangi jauh lebih cantik dan indah dari Alhambra di Granada. Selepas itu, km pulang ke hostal dan ambil beg kemudian rushing naik bas utk ke granada. Pergh rushing tu yg taktahan, huhu 
Lepas 2 jam 15 minit km pun sampai di Granada, dan ambil teksi utk ke tempat penginapan di lereng bukit. Check in, aku dah kagum dengan seni bina dan hiasan dalam apartment nie, dah lah wifi laju dan best lahh, hehe masa tu pukul 6 dan ustaz ckp kena kumpul kat luar pukul 7.30 mlm, so kalut lah km, tp pada masa tu dan lagi masa spagetthi dan masak kuah sup cendawan, sedap sgt! Alhamdulillah. Pastu keluar, ustaz bawa ke tempat view yg cantik lg menarik, nampak keindahan Alhambra dari seni, dan bandar sekitarnya. SubhanAllah! Kau berikan ilham kepada orang dahulu utk bina bangunan seindah ini, hebat!
Pastu nk ke plaza nk shopping , tp time tu dah lewat, dan kedai pun dah tutup, so p je lah kedai runcit, aku beli telur utk masak esok . So balik bilik, aku masak nasi dan rebus spagetthi utk esok . Kemudian before tido, aku tgk lah manisnya cinta di Cappadocia. Alahai, cerita best tp yg tak best tu aku nangis, emo dohh, so konklusinya halia tak boeh cerota cinta dan kena tgk cerita action komedi dan seram ja, haha tu baru kental.
Yeayy hari yg ditunggu, nak masuk ke dalam Alhambra. Nak tau kisah Alhambra? Jom kita buka page baru dan cerita only the story of Alhambra.