welcome

Sunday, February 8

Kisah winter break part 4

Masih lagi di dalam negara kecil uk di Gibraltar. Alhamdulilahseselai km menawan jabal thoriq. Alhamdulillah. Sekarang tgh berehat dan solat jamak takdim di masjid inrahim yg dibina oleh sultan saudi arabia.
Km memasuki ke gibraltar ini dengan hanya jalan kaki dari stesen bas ke border, dan passport dicheck disitu,. Rancangannya kami akan menaiki cable car untuk ke atas jabal thariq tapi memandangkan cable car tgh under mantainance skrg, so kita naik sewa kereta ke atas sahaja. Best tak best tu lain cerita tapi dah masuk uk nie lg la best, haha sebab negara idaman setiap impian aku kan? Huhu
Dengan membayar seorang 28 euro , km pun menaiki taxi sewaan ke atas sana, Alhamdulillah.driver nya cukup ramah dan byk ceritakan kpd km pasal gibratar dan banyak memuji britain jugak hehe biasa lahh, tp yg paling best, i love their accent, haha rasa mcm dok dlm cerita narnia dan harry potter pun ada gak, haha
Dari bawah km ke atas dapat lihat hampir seluruh pemandangan gibraltar secara keseluruhan. SubhanAllah hebat ciptaan Allah, hebat sehebatnya. Sungguh cantik pemandangan di sini. Km berhenti di check point pertama yg menceritakan ttg perang antara britain dan spanish dalam berebut gibraltar. Kawasan gibraltar yg strategik yg enjadi idaman semua kuasa besar, dan byk kuasa besar pernah menawan di sini sehinggalah gibraltar telah pun danditawan di bawah britain smpaiah sekarang.
Kawasan nie diberi nama the pilar of herecelus. Dari sini kita dapat lihat laut meditereanian dan lautan antlantik. Di sebelah sana dapat tgk morroco dan spain. Di tanah morrocco masih ada lagi kawasan milik spain yg menjadi strategik spain utk menawan kembali gibratar dari uk kelak, tapi wallahu alam benda tu bila akan berlaku. 
Kemudian km mendaki lagi ke atas dan km singgah di check point kedua iaitu st micheal cave. Cave yg terjadi akibat gerakkan bumi ke atas, boleh nampak gua batu kapur yg sgt cantik , dan sekarang gua itu dijadikan tempat persembahan opera teater kepada masyarakat tempatan. Di sana juga , km ada beli sedikit cenderehati buat keluarga dan kawan2. Ok sambung di next entry k. See u.

Thursday, February 5

Kisah winter break part 3

Perjalanan ke Gibraltar.
Masuki alam dunia uk sikit, hehe Gibraltar adalah negeri di bawah pemerintahan uk, jadi di sana guna mata wang pound sterling dan passport sgt penting sbb kita masuk ke negara yg lain. Kami memilih perjalanan dengan menaiki bas awam biasa atau lebih dikenali sbg bas lompat, yg mana dia akan berhenti di setiap bas stop utk mengambil org bagi memenuhkan bas.
Td sampai di algeciras pukul 5.30 pg, km ada lg lebih kurang 1 jam setengah untuk siapkan diri sebelum solat subuh pukul 7 nnt. Bas km ke gibraltar pulak pukul 7.30 pg. selesai solat km terus menyimpan bagasi km di stesen bas bagi memudahkan perjalanan km ke sana. Simpanan loker lebih murah dan lebih kecik saiznya, aku share loker dgn ustaz, 3.2 euro saja. Km terus menaiki bas ke gibraltar dgn harga 2.45 euro.
Sekarang ada dlm bas dahh, nnt cerita lg bila sampai sana, negara uk di andalusia. 
Oh ya, td ustaz ada bgtau gibraltar
 Bukanlah negr pertama datangnya islm tp di tarifa yg awal dua tahun dari di gilbraltar.
Dah nampak gibraltar td. So ayuh tgk pemandangan.
Adios.

Wednesday, February 4

Kisah Winter Break part 2

R n R di Pedro Abad odw ke algeciras dari madrid.
Semalam sampai dekat spain, yeayy Alhamdulillah. Tak sedar pun masa mendarat, huhu sbb ttido lepas makan. Sampai je kat airport, km disambut mesra dengan ustaz azrul azwan. Mula2 cm segan2 gak, tapi bila dok lelama , haa boleh masuk sekali rupanya, haha thats normal halia, u easy to get in with others.
Perjalanan km bermula, cehh bajet sungguh ayat, haha
Mula2 jln naik metro, ustaz bg kad a day in madrid for all metro in madrid. Tiket tu harga 8.40 euro. Tu lg mudah n berboloi jika guna kad tuh, so jaga elok2 dehh. Spain terkenal dgn pencopet yg terkenal di dunia. Pencopet paling cekap dan cepat tanpa kita sedar pun, huhu kunci beg anda jika guna beg sandang belakang, kalo guna beg sisi boleh lah galas di hadapan. Tu cara yg terbaik, inshaAllah. Jika berlaku peristiwa yg tak diingini ini, dinasihatkan jgn menjerit sebaliknya jika sedar, cukup sekadar pukul tangan atau tempiskan tangannya. Nauzubillah  min zalik. Moga terhindar dari benda2 buruk nie, amiin.
Perjalanan menaiki metro sgt mudah dan cepat, kerana sistem pengangkutan awam nya sangat cekap dan menepati masa. Boleh lihat di sekitarnya org kat sini amatlah berdisiplin dan hargai waktu mereka, berlari2 kejar metro dan dalam metro ada yg membaca melalui tab atau buku sendiri. Benarlah kata2 cikgu dulu masa sekolah, org2 eropah nie khususnya org berkulit putih (dulu lah panggil cam tu) sgtlah suka membaca walaupun depa kat mana2 pun. Kita patut contohi mereka walaupun kita sudah tahu membaca tu jambatan ilmu kerana tulah wahyu pertama yg Allah turun kan kpd kekasihNya, Nabi Muhammad saw.
Km ke stesen alvero utk simpan bagasi dan beg di situ, satu loker boleh memuatkan 3 beg bagasi besar, jadi km pun berkongsi loker , halia ain n negi, nad syaza n syida, aten, aisyah n faiq. Memang berbaloi, 
Dari metro tu km turun di stesen Opera, kemudian km keluar dari bawah tanah. Haha
"Wahh boleh tgk real world of madrid!"
"Feeling cold tak?" Sbb kat dlm tak sejuk pun.
Bila keluar je dar situ, haaa baru tahu betapa sejuk ya madrid nie😅
Pastu yg lawak ya aku tertinggAl mafla yg lawa lagi tebal dalm loker. Haihh lah halia oii, hmm mcm2, hehe rasa nk tumbuk ja diri nie, hmm
Pastu km dibawa ke suatu istana lama kerajaan spain yg telah diambil alih oleh kerajaan kristian dulu, dipanggil sbg Royal Palace dan ada gereja yg agak besar di sebelah situ. Gereja yg ada byk patung, yg terkenal dgn pengaruh rom, sbb madrid nie diperintah oleh kerajaan castle yg berada dlm jajahan pengaruh kuasa rom pada suatu ketika dahulu. 
Kemudian ustaz ckp tinggalan islam kat madrid sgtlah sedikit shj, jadi takbanyak boleh kita tgk kat sini, lepas tu km pun pergilah tgk tinggalan islam yg sedikit tu, tinggalan itu cumalah tembok masjid yg telah musnah, dan dipagatkan dan dijaga dgn elok. Ada sedikit gambaran asal plan kota lama islam dan kota sekarang yg telah dibina semula oleh kerajaan kristian. Ustaz kaitkan dgn pembentukan negara , seperti kerajaan maritim dan agraria. Barulah faham pembentukan kerajaan nie setelah 5 tahun belajar sejarah, huhu its worth tau dapat sejarah A+. Alhamdulillah.
Pastu kat setiap kerajaan mesti ada sungai utk kegunaan masyarakat setempat, dan pemerintah akan duduk di atas bukit sana memantau gerak kerja rakyatnya. Hebatkan kerajaan dahulu, sgt bijak dan sistematik. Mata aku tak terlepas menangkap setiap inci sudut di sekitar perjalanan ke sungai, taking big breath kat sini sgtlah worth. Cantiknya, subhanaAllah. Inilah negara yg aku idam dahulu, tapi perancangan Allah lg hebat, Dia berikan aku peluang emas ni utk melawat ke bumi Andalus ini.
Sungai rio dan jambatan yg dibina sgt ada kaitan dgn senibina islam yg hebat, binaan yg sama juga nnt ada di Alhambra. Nk tahu nntkan episod cerita dari ustaz . (Ustaz taknak bgtau td, sedihh, huhu)
Lepas tu, km bergegas lari ke masjid madrid utk menunaikan jamak takhir asar dan zohor serta jamak taqdim maghrib dan isya. Kemudian km pergi ke pasar raya halal di situ utk membeli sedikit makanan buat alas perut, Alhamdulillah. Km berjalan lg mencari restoran arab utk mkn malam, haihh perut dahh lapar minta makanan sbb seharian berjalan. Harga di situ agak berpatutan, diingatkan jgn convert wang tau, hehe nnt takmakan lah hang, haha range harga mkn disitu 4-8 euro. Sgt2 lah kekenyangan, Alhamdulillah.
Km bergegas lari ke metro kerana km ada masa kurang dr 2 jam untuk berangkat ke algeciras dgn bas. Berlari ustaz dgn dua doktor tu, km masih lagi relax, haa aku pulak sakit nie haa pinggang dan perut rasa nk nangis pun ada , sekarang pun sakit gak, sobsob
Km pergi ke stadium rasmi real madrid, yeayy. Walaupun aku tak minat bola tp aku suka je tgk depa main walaupun aku takpaham, huhu ka sebab ada cr kat situ? Haha tu mungkin sebab jugak, dok berangan kot2 jumpa cr tp hampehh haha takpa aku lebih ada cita2 tinggi nk jumpa Rasulullah lg dr dia, amin.
Pastu km bergegas lari dlm metro utk amik beg sbb km tersalah tgk jam bas bertolak, bas sepatutnya bertolak pukul 10 mlm tp km sangkakan bertolak pukul 10.30 mlm. Dan ketika itu sudah pukul 9.30 mlm , dan km perlu amik tp metro dan perlu melalui lebih 8 station utk sampai di tempat simpanan bagasi dan terus amik bas ke algeciras. Laju tak laju, km berlari sampai semput lahh, km amik beg pukul 9.55 dan hanya bekalkan 5 min tu km berlari menuju ke bas, Alhamdulillah drebar bas masih ada dan km kenalah marah sbb lmbt, km pun pergi simpan beg dibawah dan naik ke atas, fuuhhh rasanya, nk tercabut jantung dan rasa peparu tu kurang oksigen huhu sakitnya, tahan lalu aku tertido dlm bas tanpa sedar pun. Kaki pun sakit gak, buka kasut dan bersila sambil tido. Bangun je tadi dah sampai kat r n r sini, pergi toilet, gosok gigi dan jamah sedikit droo, hehe alhamdulillah masih lg sedar,
Bas pun dah mula gerak meneruskan perjalanan ke algeciras. Tapi tak nampak apa2 pun kat laur, gelap sgt, aku pun dah mulai menguap , so moh ler tido dulu, esok pagi sambut cerita lagi.
Lagi 4 jam kot akan sampai di sana, inshaAllah.
Selamat berehat pengembara cilik. 

Monday, February 2

Kisah winter break part 1

Kisah perjalanan 9 sahabat bermula dari Iskandariah menaiki superjet selama 6 jam lebih ke cairo airport. Perjalanan yg jauh tak mematahkan semangat mereka utk menjadi pengembara di bumi Yg pernah mencipta kegemilangan islam yg terhebat. Kisah penggembaraan kami bermula.
Travelog halia dan kawan2 :
Sementara menunggu boarding ketika di airport, kami menunaikan kewajipan muslim dan ambil dinner yg dimasak oleh syahidah dan housemates. Wahh sedapnya, ya rabbi, haha sebab semua tengah kebuluran kan? Haha
Online online sembang cuci mata tgk foreigners kanak2 comel, sampailah masak untuk check in .
Berjalan masuk ke dalam untuk check in, seperti kebiasaan anak2 iskandar, km takut untuk masuk ke kaunter kerana visa kami blom siap lg di sini. Seperti yang disangka, km semua ditahan dan disuruh menunggu di tepi sementara pihak penerbangan berbincang utk melepaskan kami. Dalam hati, selawat dan berdoa moga urusan ini dipermudahkan dan kami boleh berlepas selamat ke Madrid.
Alhamdulillah setelah setengah jam kat tepi kaunter, sambil2 menunggu sempatlah bergambar beberapa keping buat kenangan. Setelah isi dan lepas, kami pergi ke imegresin pulak, kat sini juga risau, risau fulus pulak keluar untuk membayar denda 150 le. Kalut membuka beg mencari duit genih dan letak dalam poket, tapi Alhamdulillah semuanya lepas tanpa perlu bayar kecuali Nadzirah sebab dia terlupa nak bawa kernih.
Menunggu dalam keadaan yang mengantuk dan mamai, kami tetap menunggu dengan sabar sambil menonton natgeo pasal crocs vs hippo. Haha rindu nak tgk tv, huhu
Sesampainya dalam perut kapal, kepala aku terus terlentuk tertidur. Letih barangkali, begitu jugak yg lain. Hehe
Aisyah gosok lengan untuk kejut makan, yeayy. Sementara menunggu makanan pun boleh lagi terlelap, hehe luthfansa bukanlah menyediakan makanan halal untuk pelanggan kecuali di request. Tapi selamat je sbb dari egypt makanan masih lagi halal, lepas nie dari frankruf ke madrid makanan adalah tidak halal jadi kita kena pilih makanan vege je. Huhu bertahanlahh.
Mari tido lg.
Dalam masa tidak kesedaran tu, sudah sampai di frankfrut. Alhamdulillah, sudah sentuh dahi di tanah nazi ini. Selesai itu, dapat pulak wifi laju lagi best, masing2 masuk dalam dunia khayalan , dunia tanpa sempadan , yg dekat makin jauh, yg jauh makin dekat.
Tangkap gambar, main sembang cerita, belajar bahasa spain lg, dah nak masuk gate, dah nk boarding.
Jom . Nnt kita sambung lagi, inshaAllah. Adios.

Sunday, January 18

Germany!

Assalamualaikum. Morning!
Wahhh morning di germany skrg uolls. Opss😝😝😝😝
Skrg tgh transit kat frankfrut.
Alhamdulillah, halfway to go!
Doakan.
Nak i belanja satu gambar

Kawan trip yg cantik lg cun.
Nie lagi satu.

Bila dapat wifi, hmm cam nie lah

Sedia uk boarding.
Adios.

Winter break 2015

Assalamualaikum. Haii peeps.
How do u do? Great?
Alhamdulillah. Moga baik sahaja n moga Allah permudahkan urusan kalian. 
Ameen.

Sekarang nie dlm bas, dlm perjalanan ke cairo airport.
Hehe
Tahu tak kita nk ke mana?
Haa? Tak tahu? 
Okayy, bertenang semua. Bertenang, inshaAllah saya dan kawan2 yg lain nk pergi
SPAINNNNN!!!!!!

Hehe moga permusafiran km dipermudahkan dan pergi selamat dan pulang jugak slamat. InshaAllah.
Next update, i will tell u later k, inshaAllah.

Gunakan masa cuti dgn baik,
Maanfaatkan setiap masa,
Kerana masa itu berharga, 
Dan kamu jugak istimewa .
 :)

Take care❤️

Saturday, January 10

One small step

Assalamualaikum, selamat pagi malaysia :)
Haii guys, do u miss me? *lulzz

A small step will make a big move.
Biiznillah.
Im done.
One of my wish. Menjaga ikhtilat.
Maybe i cant control my social network completely, as long as im trying to take care of them.
InshaAllah, pray for me.

I've make a new insta for girls only.
So officially the old one will be rest for life.
I will continue to share my photos n videos in new insta, inshaAllah.
Keep supporting me kay?
Thank you.

Fb, twitter, maybe i try to reduce the conservation with guys except for works and dont like the ajnabi things except its beneficial for islam.

Lower the gaze, keep making move to get closer to Allah.
Thats better.
Remember, all this things could be success if u keep tightly with the key.
The key is ISTIQAMAH.
inshaAllah.

Tmr will have a final exam for prostho. So peeps, dun forget, pray for ur dentist k.
Love u.
Nite.
Sweet dream.