Tahniahh halia dah habis grand final dental schoolππ»ππ»ππ»ππ»
Semoga cuti yg ada b4 grad digunakan dgn baikπ
Lepas je exam 12hb, 13hb tu ada lagi ot. Pastu kami cuti sempenan easter break sampai 16hb . Lepas tu ada garage sale , jual brg2 dentist. Alhamdulillahh dahh habis dahhππ» thankyouu adik2 beli moga dapat digunakan π
Lepas je garage sale, mlm tu aku ke cairo airport dgn Afiqah, new partner in crime π±π»♀️ kami ke Aswan!
Fuhh, keputusan nie mendadak, plan dah lama nk pergi tp tak g pun cari tour agent yg boleh bawa ke sana, maka, nekadnya kami berdua, kami pergi ke tour arab utk cari agent. Alhamdulillah berkat jalan tengah panas kami berjaya jumpa hee.
Jumpa hari rabu, hari jumaat dah terbang ke sana.
Cruise : usd 40 semalam , kami duduk 3 malam usd 120
Tiket flight : le 1642 (berubah ikut masa)
Belanja : le 500
Abu simbel : usd 70
Nubian village : usd 20
Gerka ke cairo dgn superjet pukul 1 pg sampai di cairo pukul 5. Solat subuh di airport dan breakfast nasi lemak tempah kat ksp hee. Sambil tunggu tu, sempatlah berbual dgn seorang Dr pakar kanak2 hospita, Damanhur, dulu study kat alex jugak, dia dlm perjalanan ke Jerusalam utk menghadiri acara kebangkitan nabi Isa as dari persemadiannya. Ini adalah acara tradisi dan kepercayaan org2 kristian. Saya pun takpasti sgt apa sebenarnya tp begitulah cerita Dr tu kepada saya dan Afiqah. Pukul 10 kami masuk utk check in dan tak sabar nak mendarat di Aswanπ
Kami sampai di Aswan sekitar jam 1 petang dan dijemput oleh Tour Guide, Me Galal dan turut dlm tour kami tu adalah Dr Alia Sagad dari Iraq , beliau Dr pakar sakit puan di bahgdad. Wahh best jumpa dan kenal ramaii orgππππ
Lepas ke airoprt kami diberi lunch pack dan teruskan perjalanan ke High Dam yg dibina di Lake Nasser pada Zaman pemerintah pan Jamal Abdul Nasser dan disiapkan pada zaman pemerintahan Anuar Sadat. Ada byk cerita disebalik high dam, tp taklarat nk taip hahaha high dam nie bukan saja empangan tapi jugak kawasan penjana elekrik. Di dalam tasik tu ada buaya, ikan dan sebagainya, sbb tasik tu adalah dari sungai Nil sebenarnya dan 40 km persegi kawasan tasik itu berada dalam wilayah negara Sudan. Dulu2 tasik ini adalah tempat org Nubia, lepas nk buat tasik nie, depa dihalau keluar dan dipindahkan di kawasan sekitar aswan, jauh dari kawasan tasik itu.
Lepas tu, kami ke Aswan dam pulak utk melawat philae temple. Philae temple tu sebenarnya dalam aswan dam, so bila depa besarkan kawasan tu depa ubah temple tu ke tempat yg lebih selama mcm sekarang, so kawasan dam nie sgt cantik. MashaAllahh.
Kemudian ke kedai perfume, tak beli pun main bau2 je hahaha pastu ke Nubian Village dengan Dr Alia je sbb Afiqah tak sihat. Sepanjang perjalanan ke nubian village saya sgt kagum, dan sangat takjub, ada byk tempat menarik di mesir nie yg blom saya terokaii. Sampai di Nubian illage dah maghrib, kemudian kami minum teh di guest house dan apa yg mengejutkan dalam guest house tu ada buayaπ±π±π±π±
Dua buaya besaq dan dua yg kecil, mr galal mintak kami pegang tapi aku takut walaupun dia cuma anak buaya. Sudahhlah dulu aku kenal dgn buaya darat, aku taknak kenal lagi, ehh hahahaa
Balik ke hotel dan makan malam, fuhh makan dalam cruise tau iols hee sedap sgt!ππππ
Lepas mkn kami naik atas deck, hee cantik sgt suasana kat aswan bila malam, dari sg nil pulak, lagi cantik. MashaAllahhππππ
Lepas subuh, cruise kami terus bergerak ke Edfu. Dalam perjalanan , kami singgah di Horeris Temple, crocrodile museum dan edfu temple, haa di sinilah kami berkenalan dgn keluarga yg join cruise nie jugak. Ada keluarga kecil arab , pasangan yg dtg honeymoon, hmm yg nie aku kena jadi tukang tangkap gambar sbb dia kata aku pandaii amik gmbr, amboii bodek nmpk hahaha kemudian family dari Brazil hee kami panggil depa family in law sbb anak dia hensem bangat sih tapi sayang dah ada girlfriend maaa huhuhu
Lepas Edfu kami terus ke Esna, kami tengok Esna Lock , best sgt, nk tahu mcm mana, boleh tgk kat youtube, sbb buat video tapi disebabkan malam, maka takdapat nk tunjuk apa2πππ
So pagi tu bangun terus sampaii di Luxorππππ
Di Luxor seharian kami berjalan di sekitar bandarnya, dari east bank ke west bank, dari darat ke dlm tanah tgk firaun, pastu naik kuda keliling kota luxor. Asyik sekali aktiviti kami di sini. Alhamdulillah Luxor tidaklah sepanas aswan, angin dari sg nik sempoi2 bahasa menyambar pipi dan melayangkan yudung tu sudah memadai utk katakan suasananya cukup windy dan bagus sekaliπ
Dari Karnak Temple, ke Hephutsut temple, king of valley dan luxor temple. Fuh semua tempat nie ada gambar dalam buku sejarah tauuπππ rasa bangga gila dapat tgk dgn mata sendiri. Kagum dgn ilham yg Allah berikan kpd org dulu utk bina binaan seperti ini. Sejarahnya jugak hebat. Dan boleh kutip byk pengajaran.
Pada keesokan pagi isnin tu, kami pulang ke Cairo pada jam 6.30 pg dgn Flight di Luxor. Kemudian menaiki bas ekspress ke Alex, sampai di Alex jam 1.30 ptg. Alhamdulillah. Tamat sudah pengembaraan dua kakak di Luxor dan Aswan. Walaupun saya terkilan takdapat pergi Abu Simbelππππ semoga jodoh saya dan mesir masih ada, makanya boleh dtg melawat lagiππππ inshaAllahh
"Nil dan Mesir adalah Jodoh, tanpa Nil tiada Mesir dan tiada Mesir , tiada Nil"
Jika kita perlukan jantung utk menjana darah ke seluruh badan, Mesir memerlukan Nil untuk memberi nadi untuk rakyatnya teruskan hidup.
Air deras tetapi tenang di sepanjang Nil menggambarkan betapa byknya Nil menjadi saksi kehebatan dan kejatuhan tamadun Mesir sehingga sekarang. suka duka mesir, Nil juga menjadi saksi .
Hidup di sini susah, namun mereka tetap teruskan, dalam pengembaraan kali nie, saya dapat kenal pelbagai jenis org dan tingkah, mereka adalah rakyat mesir yg mencorak sendiri negara mereka, menggambarkan bagaimana negara mereka. Semoga Allah sentiasa memberkati bumi ini.
Harap dapat dtg lagi ke sini!π