welcome

Saturday, May 6

10 hari di Cairo

Assalamualaikum wbt. Haa kerap pulak menulis blog kann hahahaha
Alhamdulillah hari nie hari terakhir di Cairo dan pulang ke Alex.
Kami ke Cairo untuk ke kelas Tahsin Al Quran , alhamdulillahh dah habis kelas dlm masa 5 hari je. Baca kemain laju, dari 7 pg hingga 9 malam, hmm. Sheikh2 dan sheikhah tlg ajarkann. Alhamdulillahh habis jugak. Aku baca 6 hari,ahh baru habis, hee aisyah n syida baca 5 hari je, laju, aku peringkat tram sikit hee depa ets. Hahhaa
Baca al quran best sgt pastu aku baru sedar aku ada dyklesia, hmm huruf aku baca main2 terbalik .  Ω† aku kata Ψ¨ Ψͺ pulak aku kata ي hmm asyik kena marah, tapi aku sedih lahh sbb tu masalah aku, susah nk betulkann . Doa2 aku dapat baca lebih baik lepas nie. Hmm
Lepas hari ke 6 , kami kena tahsin pulak dgn Sheikh Nabil, utk dpt sanad. Aku tak amik pun, Aisyah n Syahidah je amik, so nnt boleh baca al Quran dgn depa lahh hee. 
Ada masa aku rasa malas sgt nk habiskan alquran tu, pastu ttba aku baca al quran dlm surah al Nahl. , ttba ada nama aku, pastu sheikh ckp, tu tgk dlm al quran ada nama awak, pastu baca lagi ayat seterusnya ada pulak nama Abah😭😭😭😭😭 aku terus rasa nk nangis. Ya Allahh, ayatMu sgt menyentuh hati, org yg malas terus insaf dan rasa kagum sgt. Kena praktis utk terus baca dan kerap lagi baca. Balik azam nk beli al quran yg lebih besar, so lepas solat bo,eh baca hee.
Doakan saya istiqamahπŸ’ͺ🏻
Pada hari aku khatam tu, aku happy sgt, sbb aku berjaya habiskan dlm masa yg sama result pun keluar, alhamdulillah for very first time aku dpt result pangkat mumtaz😭😭😭😭 nangis aku tau masa dpt tuuu. Tp disebab result sem lain mcm biasa je, so aku grad dental school dgn pangkat jayyid jiddan je. Alhamdulillah. Terimakasih mak abah doakan, dan kawan2 yg banyak tlg. Terutamanya 4 flat, Nusaibah yg tlg ajar study sesama . Mesti nnt zaman sambung master rindu huhuhuhu
Pada hari tu, Allah bg nikmat byk sgt. Sampai aku nangis sedu sedan. 
Lepas hari tu, kami jalan kat cairo pulak, pergi cairo tower, opera house , museum egytian. Best tgk mumia firaun. Dalam alquran ada cerita, mayat dia Allah simpan utk bg kita tgk dan amik iktibar. Byk jugak pengajaran aku dpt, pastu ttba rasa mcm sambungan tour dari aswan ke luxor dan cairo hee
Hari kedua, pegi hadiqah azhar, pergi Cairo Festival City, mall dan balik. Pastu next pergi islamic museum pulak, ada nama msia tau kat museum tu bangga sat hee ada nama melaka jugak hee. Lepas tu pergi jalan2 kat tepi nil, naik boat malam2, balik pengsan terus, hahahaa
Dan hari nie kami balik alex. 
Kat cairo best jugak hidup tp takut lahh sbb ramai org sesak, tu yg tak suka sgt. Tp yg best sekali makanan lahh, byk sgt kedai best2, kedai thailand, kedai melayu dan kedai indon, setiap hari ada je kedai aku p hee. Alhamdulillahh. Taksabar tunggu along n mak maii. Bawa depan jalan2. Hee
Okay lahh , jumpa di next page, hee 
Thankyou baca blog tak seberapa nie hee.
Love, 
Halia❤

Wednesday, April 26

Luxor Aswan, ditawan!

Assalamualaikum wbt. 
Tahniahh halia dah habis grand final dental schoolπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
Semoga cuti yg ada b4 grad digunakan dgn baik😍
Lepas je exam 12hb, 13hb tu ada lagi ot. Pastu kami cuti sempenan easter break sampai 16hb . Lepas tu ada garage sale , jual brg2 dentist. Alhamdulillahh dahh habis dahhπŸ™†πŸ» thankyouu adik2 beli moga dapat digunakan 😊
Lepas je garage sale, mlm tu aku ke cairo airport dgn Afiqah, new partner in crime πŸ‘±πŸ»♀️ kami ke Aswan!
Fuhh, keputusan nie mendadak, plan dah lama nk pergi tp tak g pun cari tour agent yg boleh bawa ke sana, maka, nekadnya kami berdua, kami pergi ke tour arab utk cari agent. Alhamdulillah berkat jalan tengah panas kami berjaya jumpa hee. 
Jumpa hari rabu, hari jumaat dah terbang ke sana. 

Cruise : usd 40 semalam , kami duduk 3 malam usd 120
Tiket flight : le 1642 (berubah ikut masa)
Belanja : le 500
Abu simbel : usd 70
Nubian village : usd 20

Gerka ke cairo dgn superjet pukul 1 pg sampai di cairo pukul 5. Solat subuh di airport dan breakfast nasi lemak tempah kat ksp hee. Sambil tunggu tu, sempatlah berbual dgn seorang Dr pakar kanak2 hospita, Damanhur, dulu study kat alex jugak, dia dlm perjalanan ke Jerusalam utk menghadiri acara kebangkitan nabi Isa as dari persemadiannya. Ini adalah acara tradisi dan kepercayaan org2 kristian. Saya pun takpasti sgt apa sebenarnya tp begitulah cerita Dr tu kepada saya dan Afiqah. Pukul 10 kami masuk utk check in dan tak sabar nak mendarat di Aswan😍
Kami sampai di Aswan sekitar jam 1 petang dan dijemput oleh Tour Guide, Me Galal dan turut dlm tour kami tu adalah Dr Alia Sagad dari Iraq , beliau Dr pakar sakit puan di bahgdad. Wahh best jumpa dan kenal ramaii org😍😍😍😍

Lepas ke airoprt kami diberi lunch pack dan teruskan perjalanan ke High Dam yg dibina di Lake Nasser pada Zaman pemerintah pan Jamal Abdul Nasser dan disiapkan pada zaman pemerintahan Anuar Sadat. Ada byk cerita disebalik high dam, tp taklarat nk taip hahaha high dam nie bukan saja empangan tapi jugak kawasan penjana elekrik. Di dalam tasik tu ada buaya, ikan dan sebagainya, sbb tasik tu adalah dari sungai Nil sebenarnya dan 40 km persegi kawasan tasik itu berada dalam wilayah negara Sudan. Dulu2 tasik ini adalah tempat org Nubia, lepas nk buat tasik nie, depa dihalau keluar dan dipindahkan di kawasan sekitar aswan, jauh dari kawasan tasik itu. 
Lepas tu, kami ke Aswan dam pulak utk melawat philae temple. Philae temple tu sebenarnya dalam aswan dam, so bila depa besarkan kawasan tu depa ubah temple tu ke tempat yg lebih selama mcm sekarang, so kawasan dam nie sgt cantik. MashaAllahh.

Kemudian ke kedai perfume, tak beli pun main bau2 je hahaha pastu ke Nubian Village dengan Dr Alia je sbb Afiqah tak sihat. Sepanjang perjalanan ke nubian village saya sgt kagum, dan sangat takjub, ada byk tempat menarik di mesir nie yg blom saya terokaii. Sampai di Nubian illage dah maghrib, kemudian kami minum teh di guest house dan apa yg mengejutkan dalam guest house tu ada buaya😱😱😱😱
Dua buaya besaq dan dua yg kecil, mr galal mintak kami pegang tapi aku takut walaupun dia cuma anak buaya. Sudahhlah dulu aku kenal dgn buaya darat, aku taknak kenal lagi, ehh hahahaa

Balik ke hotel dan makan malam, fuhh makan dalam cruise tau iols hee sedap sgt!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Lepas mkn kami naik atas deck, hee cantik sgt suasana kat aswan bila malam, dari sg nil pulak, lagi cantik. MashaAllahh😍😍😍😍
Lepas subuh, cruise kami terus bergerak ke Edfu. Dalam perjalanan , kami singgah di Horeris Temple, crocrodile museum dan edfu temple, haa di sinilah kami berkenalan dgn keluarga yg join cruise nie jugak. Ada keluarga kecil arab , pasangan yg dtg honeymoon, hmm yg nie aku kena jadi tukang tangkap gambar sbb dia kata aku pandaii amik gmbr, amboii bodek nmpk hahaha kemudian family dari Brazil hee kami panggil depa family in law sbb anak dia hensem bangat sih tapi sayang dah ada girlfriend maaa huhuhu

Lepas Edfu kami terus ke Esna, kami tengok Esna Lock , best sgt, nk tahu mcm mana, boleh tgk kat youtube, sbb buat video tapi disebabkan malam, maka takdapat nk tunjuk apa2😭😭😭
So pagi tu bangun terus sampaii di Luxor😍😍😍😍
Di Luxor seharian kami berjalan di sekitar bandarnya, dari east bank ke west bank, dari darat ke dlm tanah tgk firaun, pastu naik kuda keliling kota luxor. Asyik sekali aktiviti kami di sini. Alhamdulillah Luxor tidaklah sepanas aswan, angin dari sg nik sempoi2 bahasa menyambar pipi dan melayangkan yudung tu sudah memadai utk katakan suasananya cukup windy dan bagus sekali😊
Dari Karnak Temple, ke Hephutsut temple, king of valley dan luxor temple. Fuh semua tempat nie ada gambar dalam buku sejarah tauu😍😍😍 rasa bangga gila dapat tgk dgn mata sendiri. Kagum dgn ilham yg Allah berikan kpd org dulu utk bina binaan seperti ini. Sejarahnya jugak hebat. Dan boleh kutip byk pengajaran. 
Pada keesokan pagi isnin tu, kami pulang ke Cairo pada jam 6.30 pg dgn Flight di Luxor. Kemudian menaiki bas ekspress ke Alex, sampai di Alex jam 1.30 ptg. Alhamdulillah. Tamat sudah pengembaraan dua kakak di Luxor dan Aswan. Walaupun saya terkilan takdapat pergi Abu Simbel😭😭😭😭 semoga jodoh saya dan mesir masih ada, makanya boleh dtg melawat lagi😍😍😍😍 inshaAllahh

"Nil dan Mesir adalah Jodoh, tanpa Nil tiada Mesir dan tiada Mesir , tiada Nil"
Jika kita perlukan jantung utk menjana darah ke seluruh badan, Mesir memerlukan Nil untuk memberi nadi untuk rakyatnya teruskan hidup.
Air deras tetapi tenang di sepanjang Nil menggambarkan betapa byknya Nil menjadi saksi kehebatan dan kejatuhan tamadun Mesir sehingga sekarang. suka duka mesir, Nil juga menjadi saksi .


Hidup di sini susah, namun mereka tetap teruskan, dalam pengembaraan kali nie, saya dapat kenal pelbagai jenis org dan tingkah, mereka adalah rakyat mesir yg mencorak sendiri negara mereka, menggambarkan bagaimana negara mereka. Semoga Allah sentiasa memberkati bumi ini.
Harap dapat dtg lagi ke sini!😍





Wednesday, January 4

Fayoum Dalam Sejarah✨

Assalamualaikum , hee sihat semua? Haa lama pulak tak menulis rasanya hohoho
Haa berkaitan dgn tajuk , saya suka hati nk share pasal oengalaman jaulah saya ke Fayoum pada minggu lepas. Trip nie kami plan sendiri pastu minta driver arab bawakan. So sebanyak 10 org anak2 pergi ke Fayoum dgn senang hatinya tanpa ada musyrif (ish2 jgn ikut deh akak2 punya perangai nie) 😫
Mula2 kami plan nie, syaza yg plan pastu dia ajak org lain. Kami pun diberi tugas utk google utk cari tempat menarik di Fayoum. 
Hasil pencarian kami :
1. Tasik Qarun
2. Istana Qarun
3. Kincir angin Nabi Yusuf
4. Air terjun di wadi Al Rayyan

Maka, kami pun berjaulah lah seawal 7 pagi bertolak ke sana. Kira2 lebih kurang 4 jam dalam tramco , kami pun selamat tiba di istana Qarun. Yg mana terletaknya di tengah padang pasir dan bayaran masuk ke sana le 20 seorang atas nama pelajar. Dalam tu takde apa2 pun, cuma istana tinggalan sahaja.

Sepanjang perjalanan masuk ke Fayoum tu, kita akan lalu tasik Qarun, so kami pun tak singgah tgk dari jauh je lahh, dan tambang tramco sorang cuma le 225 sahaja, berbaloi lahh hee.

Kemudian kami , kami pergi pulak ke Wadi Al Rayyan, haaa kat sini pelbagai benda menarik ada hee, nk masuk ke wadi kena bayar seorang le 40 sebab nie adalah world heritage site, so kena lahh byar hohoho pastu p wadi al rayyan yg ada air terjun iaitu satu2 nya air terjun di bumi mesir nie☺️

Lepas tu kat wadi nie ada satu tasik, tasik tu boleh naik sampan dan kat situ jugak org2 temoatan ternak ikan. So kami pun naik sampan, bayar seorang le 20, satu sampan boleh naik 5 org sahaja, sbb satu sampan tu le 100. Atas sampan tu bercerita lahh dgn pakcik pengayuh tu, sambil2 tu kami dapat peluang untuk kayuh sampan sendiri. Pengalaman baru nie , so kena cubaπŸ’ͺπŸ»πŸ‘πŸ»

Lepas naik sampan, kami pergi pulak main parasailing😌
Semua org nk test adrenaline rush masing2πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Aku n nani tak naik sbb aku ada masalah kesihatan sikit, mata aku nie haihh, dan nani pulak gayat hahahaaha tgk kawan2 naik sedih tauu sbb aku takdapat naik😭😭😭😭 tapi takpalahh nnt kat temoat lain boleh try hee

Naik tu sorang bayar le 100, naik tu dalam 1 minit lebih je. Mesti best hee
Nahh gambar depa

Habis je aktiviti tu kami pun balik, tapi kat sana boleh jugak naik sandboarding tp ceq rasa tak berbaloii hohoho sebab bukit tu kecik sgt hoohoho kalo nk naik sandboarding best naik kat siwa ye hee

So trip nie taklah mahal sgt utk seharian kita pergi. Boleh plan dan ajak2 kawan2 so budget akan sikit dan kita dapat enjoy dgn kawan2 dan dapat kenal dgn lebih rapat lagi, inshaAllahh

10 budak hitam kat padang pasir hee

Okayy, nnt saya cerita pulak ye cerita saya ke Dumyat inshaAllahh, doakan sayaπŸ™†πŸ»❤️

Sunday, September 18

Ke sahara🌡

Great escape
Orang selalu cakap "Mesir" mesti org terbayang pasal padang pasir kann? Haaa so aku pun p lahh padang pasir hahahaa 
Here we go : BahariyaπŸ«πŸ‘³πŸΏ
Pengembaraan 14 budak hitam di tengah gurun sahara🌡
Bertolak dari Alex pukul 6 pagi dan sampaii di sana pukul 12. Solat dan makan tgh hari kemudian kami terus packing untuk tido di desert malam nieπŸ’†πŸ»πŸ˜«
Hahaha macam adventure kann? Haaa meh nak cerita😌
B4 sampai ke white desert, kami pergi melawat gunung berapi yg dah lama mati, tapi lava nya still ada di tepi2 gunung, along the road, we could see the black desert dan the other side pergunungan yg mcm biasa kita tgk kalo ke sinai atau desert biasa. Pastu g pulak crystal mountain, nie best mmg ada crystal pun . Tour guide ckp boleh amik tapi aku tak berani sbb takut batu tu ada benda lain ikutπŸ‘»
Pastu g main sandboarding hahaha sampai kat kawasan tu mcm nmpak snow tapi tu sebenarnya cuma lime stone yg menyebabkan dia nmpk putih2. Aku main sandboarding kali kedua. Wow nie pertama kali aku naik dan paling jauh sekali😍😍😍
Jerit sampai makan pasir jugak lahh haahahaa
Lepas tu baru ke desert untuk cari tapak perkhemahan. Terdampar di padang pasir mmg takpernah aku terbayang selama nie. Pemandu dan tour guide sedang siapkan makanan dan kami pulak baring atas tilam sambil tgk langit hahaha time tu takde bintang lagi ada bulan purnama yg sangat cantik😘
Tetiba pulak nk terkencing, cuma bayangkann di tgh padang pasir tu alahaiii. Dengan bantuan kawan2 kami pun membuang air di sebalik batu hahaha nie pengalaman paling aku takkan lupakannπŸ˜‚ sementara tunggu makanan siap, kami main macam2 games sampaii cramp perut gelakπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
Makan dan sesi taaruf kemudian tido. Bangun pagi tu aku buka mata terus nampak bintang kat langit🌌🌌🌌 mashaAllah subhanaAllah cantiknya tetiba main cara utk baca bintang pulak hahaha comel je trip nie hahaha
Di tengah sana mana ada line telefon so semua bercakap dan sembang2, kat subu kenal lebih rapat dgn kawan2πŸ™†πŸ» how precious our friends. We are familyπŸ‘©πŸ‘©πŸ‘§
Lepas tu packing balik pergi ke famous mushroom n chick rock hahaha unik tp thats it pastu balik singgah hot spring tp takmamdi sebab air kering haahhaa so balik mandi di hotel yeayyy.
Makan je terus tido πŸ’€πŸ’€πŸ’€πŸ’€
Lepas tu pergi tgk sunset dan balik makan malam . Malam tu kami main games lagi sampaii pukul 10 mlm pastu tido lagi hahaha dan pagi nie kami dahh odw pulang ke alex. 
Trip yg sekejap tapi amat bermakna.
"Egypt always has its surprise, beauty by its own"
Semakin hari semakin sayang dan rindu , tetapi janji kita takkan pernah hilang untuk terus maju kehadapan untuk survive sebab abnaulnil πŸ’ͺ🏻
Fighting!
Haiii final year, please be nice to meπŸ™†πŸ»

Thursday, August 25

Kembara Cilik demi Passport

Assalamualaikum, sihat semua? Hahaha kejap je cuti nak habis dahh huhuhu
Setelah hampir 5 tahun duduk di negara org, maka hampir jugak tamat tempoh bagi passport saya, so kenalah buat passport baru hee
Jalan pengembaraannya bermula begini. Mungkin ini boleh jadi tips kepada adik2 jugak yg akan buat passport di liar negara terutamanya di embassy dan di Egypt yg pasti.
Saya dan kawan saya bertolak ke Kaherah pada 7 pg dan plan nk balik petangnya. So sesampai je stesen Ramsis di Kaherah kami terus beli tiket tanpa rasa menyesal hohoho. Kami dah completekan semua dokumen yg diperlukan, nie senarainya :

Setelah tu, kami pun amik metro ke dokki , metro yg berhampiran kawasan Embassy Malaysia Egypt . Sebelum nak naik metro tu, kami yg masih baru dan dah lama tak datang cairo nie tercari2 mana plan jalan metro nie, metro mana perlu naik, pastu akhirnya jumpa jugak lepas seorang pakcik nie tegur kami yg kebinggungan di tengah2 ramai tu. Kami amik link ke giza. Turun je nk naik metro, metro dah sampai, makanya berlarilah kami, terpaksa masuk coach lelaki, so next stesen kami nekad untuk tukar coach, masa tgh tukar tu saya lari di hadapan dan kawan saya berlari di belakang dan akhirnya saya masuk dalam metro dan kawan saya tertinggal di luarπŸ˜°πŸ˜°πŸ˜°πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ gelabahnya saya, samlai saya call dia utk jumpa di stesen yg seterusnya. Masuk je metro pecah gelak kami, hahaha sampai je dokki kemudian kami mengambil pula teksi ke kawasan Masjid Mustafa Mahmood dan di situ lahh Embassy negara kita. Tapi korang kena cari alamat tau, sebab kawan saya yg cari kemudian kami jalan sampaii lahh jumpa bendera Msia. 
Masuk je dalam tu, naik tingkat 2 kemudian jumpa dgn ustaz Ahmad, pekerja arab yg boleh cakap melayu, hee bahasa melayu adalah bahasa paling kudah untuk dipelajari tauu. 


Lepas tu, kami pun pergi cari kedai gambar pulak, satu mohandisien dah rasa pusing nie hmm, cari punya cari tak jumpa, pastu tanya orang pusing lagi tnya lagi, alhamdulillahh jumpa jugak. Setelah tangkap gambar kami pergi balik embassy . Serahkan dokumen semua , tuptup dia cakap tasdiq kena terjemah, hmm kann dah ckp kena, tapi kawan aku kata okay je dalam bahasa English, so kami tu yg pergi terus, kemudian gambar passport pulak ada syaratnya yg Allah susahnya haii dik, nie syaratnya :

Lepas tu, pasrahnya kami pun berjalan ke DMAK hahaha bukan jalan, kami naik teksi ke metro dokki dan kemudian naik metro ke abbasiyah pulak. Haa nie pun ada cerita tauu. Masa nk pergi ke abaasiyah tu kena tukar metro, so tnyalah org nk tukar metro tu. Ada yg kata turun di attaba dan kata turun di shohada, hmm so akhirnya kami pun amik keputusan turun di shuhada, bila turun , kami pun tnya org kat sana. Dia suruh naik balik metro dan tukar di attaba. Bila di attaba, saya teringat dulu naik metro Abou Pasha masa nk ke DMAK. So kami pun turun di sana, nak dijadikan cerita kami turun di stesen yg betul tapi kami salah jalan nak ke DMAK tu, huhuhu berpeluh jugak pusing satu abbasiyah😭
Sampai DMAK terus ke pejabat utk buat penterjamahan. Haaa tp esoknya baru siap. So terburn dengan jayanya tiket train kami untuk balik ptg itu. Maka, kita pun decide nak pergi food haunting ke Sabiek. Dalam pejabat tu terjumpa kakak masa persediaan dulu, kak Sirin, naseb ada kak Sirin kami berjaya ke Sabiek tanpa sesat, naik bas 1126.
Kami makan dengan senangnya dan kena fikir pulak tempat bermalam kami, huhuhu kawan pulak takde. Maka minta tlg kawan carikann. Naseb baik ada dia, dia yg jadi musyrif, dia yg tlg cari umah dan belanja makan hee
Pastu selesai makan, kami ke umah negeri masing2 pulak, utk amik semangat katanya, hahaa balik abbasyiah balik p umah kawan tu malam keluar pulak g cs. Hahaha 
Esok tu baru g amik terjemahan pastu hantar semua dokumen dan balik alex pukul 2.30. Penat tauu. Dah datang sehelai sepinggang, baju keluar g cs pun pinjam, pakai sprot shoe dgn baju kurung kot hahaha
Musyrif pun belanja mkn aiskrim haha padahal b4 tu dah makan benda manis kot hmm
Thankyou hee
Balik je alex terus g umah syaza sbb lapar hahha duit habis maa. 800 egp kot hmm
Jumpa lagi utk next entry. Moga boleh jadi panduan nnt. Hee

Tuesday, August 16

Movie Review

Movie Review]
Sempat pulak cuti2 nie tgk movie, nie movie dah lama keluar tapi baru sempat tgk. Ttba pulak semangat nk buat review walaupun tajuknya tak gempak dan movie nie bukan box office pun tapi tarikan sequele yg menarik penonton utk tgk rasanya.
Ada Apa Dengan Cinta 2.
Hubungan Cinta dan Rangga yg telah putus setelah Rangga mengutus surat kepada Cinta kerana dia merasakan dia tak mampu untuk membahagiakan Cinta dan merasakan dia akan menyusahkan Cinta saja sebab terpaksa menunggunya lama. Jadi, Rangga menulis surat itu utk putuskan hubungan itu. 
Rangga pulang ke Indonesia kerana adik Tirinya, Sukma meminta utk pulang bg melawat ibunya yg sakit. Dia enggan tetapi bila difikirkan dia pun pulang tetapi dia mencari Cinta dahulu setelah 14 tahun kisah putus mereka terjadi. Namun, tidak ditemuinya.
Cinta dan kawan2nya pergi bercuti di Jogja dan kebetulan kawan2 Cinta ternampak Rangga dan mereka berjumpa Rangga dan mereka tahu Cinta masih ada hati kepada Rangga walaupun dia akan berkahwin dengan org lain.
Rangga dan Cinta bertemu dan Cinta ingin penjelasan berkenaan surat yg Rangga utuskan dahulu. Bila Rangga pulang ke US, Cinta baru tahu yg hatinya masih lagi ada Rangga. Dia kejar Rangga ke US dan tamatlah ceritanya.

Ibrahnya :
1. Komunikasi adalah yg utama dalam setiap hubungan.
2. Jangan letakkan harapan untuk membahagiakan org lain jika kita rasa tidak mampu.
3. Cinta itu tidak boleh dipaksa.
4. Hati2. Lelaki ini licik sikit dlm hubungan.

Itu je kot . Tontonlahh walaupun lagha sikit tetapi amik yg baik je tau. Yg buruk jgn amalkan.😁

Sunday, August 7

Longgg time nooo see

Assalamualaikum, haaa aku asyik bertangguh kot nak tulis blog hahaha malas. Boleh ke alasan tu? Hmmm 
Terkejut tak, bulan ogos aku still kat egypt? Haaa sorry peeps aku tak balik msia pun tahun nie, just nak spend my last last summer here, hahaha ramai gak yg tanya awat tak balik? Hmm jawapan aku sbb taknak balik, nk spend masa kat sini πŸ€”πŸ€”πŸ€”
Puasa kat sini, raya kat sini, tak rasa sedih pun, tp kadang homesick tu tetap lahh ada, tipu lahh kalo takde cumanya bila homesick, aku ceriakan diri aku dengan adik beradik aku kat sini, rindunya adik2 dentist medic farmasi dan kakak2 😭😭😭😭 cepat balik ye nnt boleh pergi tafaqquh sesamaπŸ’“πŸ’“πŸ’“
Banyak jugak benda baru aku belajar kat sini, jumpa org baru, jumpa crush baru ehhπŸ™‰πŸ™ŠπŸ™ˆ
Hahahahaa aku ada kawan2 so aku tak sedih sangat , bila sedih aku tido hahaha bangun tido dah happy balik hahaa
Cuti lagi baki 3 minggu, fuhh kena beli brg sekolah dan siap brg2 nnt. Kemas bilik dah, buku2 pundah, cuma kertas2 tu nk kumpul dan buat rujukan nnt, maklumlahh dahh final yearπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
Fuhhh, final year kot😫😫😫😫 doakan aku. Doa2 moga dimurahkan rezeki yg sebanyak mungkinπŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»
Haa tu je kot, byk je keja si  halia nk buat tp dia tak buat2πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’ so doakan Nur Halia rajin dan tak putus asa okayyπŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»
Egypt is like a deep sea, only a good diver can see/search the best diamondπŸ’Ž

Ps : td naik kat tl, ada baby comel, moga jadi anak yg soleh mcm ur parents kayy? Im happy for uπŸ™‚